InsyaAllah rasanya ni last entry utk tajuk ni.. antara yang penting adalah alat perhubungan/komunikasi.. ye la.. kena la bgtau kt family kita yg kita nih dah selamat sampai dan kita pun boleh la tau apa2 perkembangan di tanah air.. bawak la henset tu sekali.. sim kad Mesia simpan.. tak yah nak buat roaming2.. tersangat mahal dan takut nti terperanjat biler dapat bil.. dan jugak tak payah beli pre-paid Mesia yg boleh guna kt tanah suci.. tipussss je semua tu.. mahal yg amat.. sekali sms dia caj RM2.. tak over tu namanya? Nak2 mcm aku yg heavy user ni kan.. sat2 sms mak aku tanya atif.. sat gi tanya atifah plak..
Sampai je tanah suci.. beli la sim kad prepaid Arab Saudi punya provider.. tak silap aku ada 3 company.. Zain, STC dan satu lagi aku lupa dah.. aku amik yg STC tu.. tak survey yg lain.. rasanya lebih kurang.. kira2 aku berhabis 450riyal bersms dan bertepon dgn family dan kengkawan di tanah air sepanjang aku kt sana.. CK plak cuma abis 40riyal je.. tu pun harga masa beli sim kad tu.. ye la.. semua berita adalah melalui aku kan.. so jimat la.. caj sekali sms adalah 45sen dan kalau kita buat panggilan masih murah.. puas gak la bercakap..
Ok.. tu je kot.. mudahan kalian dikurniakan Allah haji yang mabrur.. InsyaAllah.. ni baru persiapan fizikal.. yang mental tu plak kena la rajin sedekah, bangun tahajud, solat dhuha, baca Al-Quran, sentiasa berwudhuk, bersihkan hati, lupakan segala sengketa, sentiasa maafkan salah orang pada kita dan apa2 yang baik la.. semoga Allah terima amalan kita.. InsyaAllah.. (peringatan untuk aku jugak yg lemah iman nih).
Seperkara lagi yg aku rasa sgt penting.. sebelum berlepas ke tanah suci.. mohon la maaf sungguh2 dgn mahram yang akan bersama kita ke tanah suci tu.. mudahan Allah tak duga kita dengan persengketaan semasa menunaikan ibadah di sana nanti.. (orang pesan kt aku so aku pesan la kt korang plak.. saling pesan memesan.. Alhamdulillah.. aku dan CK ok masa kat sana.. rasa cam baru kawin je.. ke sana sini berdua.. hehehe..)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2019 dah?
Assalamu'alaikum semua!! dah 2019 dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku 😂 entri terakhir pasal...
-
Dalam Bahasa Arab perkataan sirah datang dari perkataan " sara" yang bermaksud mengembara atau dalam sebuah perjalanan. Ia ada...
-
Assalamualaikum.. (mulakan majlis dgn Surah Al-Fatihah) haha.. meh kita blajar sikit pasal bahasa kali ni.. kekadang kita baca dan dah dite...
7 ulasan:
terima kasih share cerita bermanfaat begini
amat dihargai
saya pembaca senyap sunyi saudari..terima kasih berkongsi pengalaman.especially part mohon maaf bersungguh2 dgn mahram.amat dihargai. saya akan ke tanah suci 10/10. Doakan saya dikurniakan dan diberkati haji mabrur..
ziarah76: Alhamdulillah.. atas izin Allah jua
mashita: Alhamdulillah puan terpilih jd tetamu Allah.. gunakan sepenuhnya peluang yg ada.. mudahan Allah terima usaha dan haji kita.. InsyaAllah
tq dr sy n mk sy sbb share pengalaman...berguna sgt utk mk sy yg nk berangkat xlame lg ni...hehe
SIM Card Arab Saudi tu bole dapat kat Malaysia.Saya beli di www.travellersfone.com.Murah je harganya cuma RM25.Sampai saja di Jeddah terus boleh pakai.Tak payah nak cari kedai jual prepaid kat sana...
tanpa nama.. alhamdulillah.. semakin mudah urusan sekarang.. tq atas perkongsian..
http://awwadcommunication.blogspot.com/
SIM KAD ARAB SAUDI MOBILY
Assalamualaikum W.R.T
SIM Kad Arab Saudi MOBILY khas untuk Jemaah Umrah Malaysia yang diedarkan Oleh Awwad Communication dijual harga RM 45.00 dan mempunyai nilai kredit SAR 35.00, DATA 50 MB YANG BERNILAI SAR 5.00 & 10 MINIT PANGGILAN ANTARABANGSA YANG BERNILAI SAR 5.00
Tempoh sahlaku kad selama 120 hari dari tarikh pengaktifan sebaik sahaja Jemaah tiba di Arab Saudi.
Kami mengenakan caj tambahan RM 6.00 bagi kos perkhidmatan Pos dan kurier.
Pihak kami juga ada melakukan penjualan dan penerangan secara terus kepada Jemaah di lapangan terbang KLIA/LCCT sebelum mereka berangkat mengerjakan Umrah.
SIM Kad Umrah adalah untuk kemudahan anda sepanjang berada di tanah suci.
Dapatkan lebih penjimatan panggilan ke Malaysia sehingga 70% sekiranya anda mengaktifkan nombor panggilan favorite anda. Sila ikuti arahan dan maklumat di bawah.
Kadar panggilan tempatan adalah SAR 0.55 / minit dan SMS tempatan dan atarabangsa (ke Malaysia dan lain-lain negara) adalah SAR 0.25 / minit.
Untuk maklumat lanjut tentang kadar panggilan, sila layari www.mobily.com.sa
Untuk maklumat lanjut mengenai Sim Kad Arab Saudi MOBILY, Sila berhubung dengan Sdr Adam di talian 012 2537106.
Catat Ulasan