Singgah Jap

Jumaat, 31 Disember 2010

Rezeki yang tidak disangka-sangka

Yea! Yea! Hari ni cuti.. tu la rezeki yang tak disangka-sangka.. dapat cuti sehari kerana PM bermurah hati dan sangat gembira atas kejayaan Malaysia menggondol Piala Suzuki. Bila aku tengok kat Buletin Utama malam tadi.. rakyat Malaysia sungguh gembira bila Malaysia menang.. semua beri komen positif dan pujian yang melambung-lambung.. dan nama pemain yang dapat menjaringkan gol terus terkenal.. pas ni kita tunggu pemain tu bercinta dengan artis maner plak.. (heheh.. sempat lagi tu..).. dan.. masa ni la peluang nak kutuk Indonesia.. nak tergelak aku dengar.. adat biler menang kan.. Apa pun tahniah untuk pasukan Harimau Malaya!

Ada tak korang terpikir macam maner kalau Malaysia kalah? Mesti pemain-pemain tu semua kena kutuk dan habis cerita aib mereka didedahkan.. kiranya cerita mereka zaman kanak-kanak pun habis dijaja.. yang ni plak adat biler kalah.. (kadang-kadang sebenarnya kalah menang dah diset.. sapa yang akan menang dan sapa yang kalah.. ganazzzzz tak tuduhan aku?)

So.. masih relevan ke pepatah "Biar mati anak jangan mati adat"? Pada aku memang sangat relevan sebab sekarang ni ramai dah mak bapak buang anak (biar anak mati) dan cerita kat kat atas tu contoh salah satu senario adat.

Ada bangkangan? Sila komen. No offence.

(Ni adalah pandangan peribadi aku saja tau.. semua pandangan dianggap sebagai luahan perasaan yang mana no right or wrong..)


Khamis, 30 Disember 2010

Berjaya di Dunia dan Akhirat

Kita selalu berdoa agar kita dan seluruh umat berjaya di dunia dan di akhirat. Kejayaan macam mana yang kita kehendaki sebenarnya? 

Berjaya di Dunia
  • beroleh ketenangan, kesenangan dan kemewahan hidup
  • beroleh kelapangan hati
  • keupayaan mendidik dan dididik
  • beroleh pangkat dan gelaran
  • mempunyai kemudahan membantu orang lain
  • mengecap nikmat iman
  • menjalani kehidupan yang baik, cemerlang, gemilang dan terbilang

Berjaya di Akhirat
  • bangkit daripada kubur dengan wajah berseri-seri dan rupa yang elok
  • beroleh syafaat Nabi Muhammad S.A.W
  • beroleh pengampunan Allah S.W.T
  • melalui titian sirat dengan mudah
  • mendapat ganjaran syurga
  • dapat memandang wajah Allah dengan penuh rasa kecintaan

Berdoalah sentiasa kerana berdoa adalah senjata orang-orang mukmin.




sumber dari buku "Petua Membantu Anak Berjaya" oleh Dato' Dr. Mohd. Fadzillah Kamsah, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin & Nurul Aida Abdul Ghani

Rabu, 29 Disember 2010

Doa Iftitah

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam"


Selasa, 28 Disember 2010

Mimpi

Kata orang.. mimpi tu mainan tidur.

Malam tadi aku bermimpi nak sambung pengajian ke PhD tapi syaratnya kena banyak solat tahajjud (monolog dalam mimpi).

Bangun tidur aku story dengan CK pasal mimpi aku tu. Dengan selamba CK kata tu Allah dah bagi sign suruh bangun tahajjud. Huhuhuhu... lemahnya imanku nih..  

Kebetulan aku terbaca satu iklan dalam surat khabar arus perdana yang menawarkan pembiayaan untuk pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah bagi mereka yang tidak berpendapatan tetap. Objektifnya adalah untuk mencapai sasaran 60,000 rakyat Malaysia mempunyai kelulusan doktor falsafah menjelang 2023.

Hmmmm.. sebenarnya aku tak layak nak mohon bantuan kewangan tu.. tapi terbawa-bawa ke mimpiku rupanya. (tapi.... mana la taukan mimpi ku jadi kenyataan kerana aku tidak bermimpi di siang hari.. hehe..)



Sabtu, 25 Disember 2010

Bercuti

Sekarang ni aku tengah bercuti di kampung halaman CK. Plannya nak sampai 27haribulan je dok kat kampung then balik berehat sehari sebelum stat kerja semula tetapi oleh kerana negeri Pulau Pinang bakal dihentikan bekalan airnya selama 12 jam pada 28hb nanti maka percutian kami dilanjutkan sehingga 28hb tu la. Apa pun aku doakan mereka yang bertungkus lumus untuk membekalkan air yang lebih bersih kepada rakyat Pulau Pinang selamat dan dirahmati Allah. Jadilah kita satu ummah yang sentiasa mensyukuri nikmat Allah. Amin.

Alhamdulillah.. seronok sungguhkan biler dapat berkumpul dengan adik beradik dan ipar duai. Macam-macam plan yang dibuat. Macam-macam makanan yang direka. Jadual penuh. Hari ni ada jemputan 'gulai' di Kota Bharu dan Isnin pulak di Machang. Hahahaha.. macam banyak nau jemputan padahal kat Kota Bharu tu belah pompuan dan kat Machang tu belah lelaki. Kitorang kena la melibatkan diri di kedua-dua tempat sebabnya kenduri pengantin anak buah CK yang sulung. So yang terlebih meriah adalah kami. 

Biler berlakunya perkahwinan campur (antara negeri).. maka adalah perbezaan budaya dan amalan.. betullah.. manusia ni memang pelik.. betullah.. kita memang hamba Allah yang lemah.. betullah.. kita kena terima apa yang ada seadanya... betullah.. kita hamba Allah yang kena sentiasa bersyukur dengan nikmat dan kurniaanNya.

Kenapa aku cakap macam tu? Perkahwinan merupakan penyatuan dua budaya pendidikan yang berbeza dalam satu rumah. Perkahwinan merupakan satu permulaan kehidupan yang baru. So, kita akan nampak warna sebenar pasangan kita beserta keluarganya. Kata kunci dalam melayari alam perkahwinan.. sabar... doa banyak-banyak.. pesanan untuk anak buah CK dan diriku yang lemah iman.. Ingat.. Allah la tempat kita mengadu dan berserah segalanya.. bukan makhluk.. cinta yang melangit terhadap makhluk pun boleh bertukar kepada benci andai Allah dilupakan.

Penutup entry.. pesan orang-orang lama.. ada dua perkara yang kalau anak-anak minta kita susah nak halang.. 
1. mintak nak kawin
2. mintak nak berenti belajar

Hmmmmm... betul gak kan.. ni boleh buat satu kajian kes ni..

Jumaat, 24 Disember 2010

Thought of the day

"Gagal merancang bermakna merancang kegagalan"
(When you fail to plan you are plan to fail) 

Khamis, 23 Disember 2010

Rabu, 22 Disember 2010

Kejadian Tempoh Hari

Lately banyak pulak kejadian yang mencemaskan aku.. sebenarnya Allah nak ingatkan aku supaya bertenang dan mohon padaNya sentiasa.. dan jangan lupa baca "Bismillah" dalam memulakan apa jua pekerjaan.

Kejadian ni berlaku time CK keluar 3 hari baru-baru ni.. aku plan nak bawak kanak-kanak kecik bertiga tu ronda-ronda jasko terutama kedai buku la.. first time in my life nih ronda berempat je tanpa CK.. ye la.. dengan nak handle si abang, kakak dan baby... gigih gak.. pikir sampai dekat seratus kali (acah je.. saja nak bagi cerita macam thriller.. orang lain anak tujuh relax je.. hehe).. boleh ke aku ni? Then aku pun sembahyang Dhuha dulu sebelum pegi dan mohon Allah mudahkan.. suspens ko..

Siap-siap dalam kul 11 pagi kami pun keluar dari rumah dan terus menuju je jasko.. aku sedaya upaya tak mau bagi diorang nampak poster dinosaur tu.. dijamin diorang akan mintak nak masuk lagi.. oh nehi nehi.. ibu tengah berperang dengan perasaan sendiri nih.. sampai jasko aku pun terus bawak diorang masuk store dulu.. pas beli vitagen segala bagai then ajak pegi kedai buku plak.. Alhamdulillah.. semuanya terkawal.. dan saat-saat mencemaskan diriku sudah semakin hampir..

"Ibu: Jom balik. Dah Zohor nih. Baby pun nak tidur (termasuk ibu gak sebenarnya)
Cik Tipah : (dalam troli) Tipah pun dah letih la ibu.. (hok ala.. ibu ko ni berganda-ganda letih tau.. mana nak gendong baby - dok dalam beg sangkut dada.. mana nak tolak troli lagi)  
Atif: Jom kita balik ibu. Meh kita cari kereta kita. Tadi kita masuk kat pintu kaler pink. (ye ke Atif ni.. ibu tak ingat plak kaler apa.. tapi ibu rasa parked kt 6F hijau tadi)."

Then aku pun dengan confidentnya terus la turun ke basement park dengan lift... hohohoho.. tidak jumpa kereta kami.. suspen nih.. dah hilang ke kereta kami? Ya Allah! Tolong la kami..

"Atif : Ibu, kita dah sesat nih.. tak de pun pintu kaler pink. Lain kali kita kena ajak ayah sebab ayah tau kat maner kereta kita. Macam maner kita nak balik nih? (oh anakku.. jangan la ko tambah kerisauan di hati ibumu ini.. dah la henpon ibu boleh tertinggal kat opis.. huhuhuhu.. ko tambah lagi dengan kenyataan sebegitu? terhina sungguh ibu rasa.. dush! dush!dush!)
Ibu: Kita try pusing belakang plak (sambil tolak troli yang ada Cik Tipah dan barang-barang.. baby dok releks je dalam beg sangkut)
Atif: Tak de la ibu! Macam maner ni?
Ibu: Hmmmmmmm... meh kita naik semula lif tadi dan kita try turun kat ekskalator yang kita naik tadi.
Atif: Jom la.. kalau tak nanti macam maner kita nak balik? (ko ni.. cukup-cukup la nak tambahkan suspen ibu ni)"

Gigih la kami 4 beranak naik guna lif semula.. rupanya aku turun di sebelah hujung dari yang aku naik tadi.. MasyaAllah.. then kami pun jalan-jalan sampai jumpa semula ekskalator yang kami naik tadi.. letih sungguh sampai baby pun tertidur.. (kisah benar.. sila percaya)

"Atif: Alhamdulillah la ibu. Kita naik dari sini kan tadi? Nasib baik ibu gunakan kepala otak ibu. (oh! adakah kata-kataku telah diulang suara? Bertuah ko!)
Ibu: Ye la .. meh kita cari kereta kita.
Atif: Haaaa.. kan betul Atif kata tadi kita masuk lalu pintu pink! (betul la Atif.. sori la sebab ibu tak percaya kat Atif tadi.. ibu terkhilaf rupanya dengan warna cuma 6F je yang betul.. huhuhu.. adakah ibu termasuk dalam golongan manusia yang lemah ingatan?)."

Alhamdulillah.. akhirnya sampai la kami ke kereta beserta barang-barang dan terus pulang ke rumah.. TAMAT.

Selasa, 21 Disember 2010

MARI BELI BUKU!

**ENTRY BARU ADA DI BAWAH ENTRY NI YA**

Saja nak promote hasil perah otak kengkawan aku.. Rapat rapat semua.. Untuk makluman anda.. buku-buku ni :

a) bagus digunapakai sebagai rujukan utama oleh pelajar institut pengajian tinggi (tak kira la awam @ swasta) yang amik subjek Audit dan Taxation 2 @ advanced..
b) Boleh jadi rujukan di firma audit
c) Boleh dijadikan cenderahati kepada anak-anak atau anak buah atau student yang dikasihi
d) Boleh tambah koleksi buku yang ada
e) Sesuai diletakkan di semua perpustakaan
f)  dengan lain maksud.. sesuai dimiliki oleh semua orang..


 sila kontek : missdieba@yahoo.com - harga RM25 (termasuk pos)


 buku ni pula sila kontek : hafiz@psp.edu.my - harga RM40
atau
Commerce Clearing House (M) Sdn Bhd
Suite 9.3, 9th Floor Menara Weld
76 Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur.

Mary Au @ 012 4182616
Fax : 04 899 8069

So.. Jangan buang masa lagi.. sebab kelas dah nak mula ni.. boleh order terus dengan mereka yang berkenaan ataupun publisher mereka.. Selamat Membeli!  

p/s: Buku Perakaunan Pengurusan akan menyusul kemudian... Tunggguuuu!!!

Homestay di Kangar, Perlis

Baru-baru ni weol berkesempatan bercuti ke Kangar, Perlis sambil nak berkenal-kenalan dengan bakal besan mak aku. Sepanjang di Kangar, weol menginap di sebuah rumah yang telah dijadikan 'homestay' Sangat selesa. Ada tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu, ruang makan dan dapur (boleh masak-masak). Setiap bilik disediakan katil. Pendek kata, memang selesa. Kalau 3 keluarga yang ada anak kecik-kecik macam aku memang muat dan selesa dan berbaloi berbanding tidur di hotel. Pihak tuan punya homestay turut menyediakan tv, peti ais, meja makan dan dapur. Atas meja makan siap ada biskut, kacang dan air mineral. Kat dapur ada disediakan peralatan memasak (kuali, sudip, periuk, pinggan mangkuk, sudu, cawan, teko) beserta kopi, teh, gula, garam dan minyak. Harga sehari semalam lebih kurang RM150. Kiranya weol siap beli beras, telur, sardin, ikan bilis, kentang dan lain-lain untuk dimasak dan dimakan sendiri. Sangat menjimatkan. Tak pening nak cari makanan kat luar. Dan yang paling best adalah dekat dengan Wang Kelian (buka hari Ahad je) dan Padang Besar (lebih kurang 40km).

ruang tamu.. mak aku jadi model tetamu..
 

ruang makan.. kelihatan biskut dan kacang ada disediakan di atas meja
 

bilik tidur utama


nombor yang boleh dihubungi andai kengkawan sekalian nak duduk kat sini sambil-sambil mencuci mata di Wang Kelian, Padang Besar, Gua Kelam, Muzium Kota Kayang dan lain-lain tempat peranginan yang terletak di Negeri Perlis (boleh zoom in kat gambar ah kalau tak nampak nombor tu)




Isnin, 20 Disember 2010

Kejadian Hari Ini

Alhamdulillah.. selesai semuanya..

Peergghhhhhhh.... pagi-pagi masa nak hantar kanak-kanak kecikku sekalian ke taska mereka masing-masing.. aku sempat lagi buat 'penggambaran drama swasta'.. Aku memandu dengan kelajuan 20km/sejam.. dan berada betul-betul di atas jalan raya.. sambil bersembang dengan Atif.. tiba-tiba aku terdengar bunyi hentaman di hadapan keretaku.. Oh sudah! Aku sudah melanggar seorang pelajar yang berkira-kira hendak melintas di jalan raya.. Takutnya Allah je yang tahu.. kesian kat student tu dan takut dia termasuk kat bawah kereta.. Aku pun cepat-cepat turun dan mintak student tu bersama kawannya naik kereta aku dan aku nak bawak diorang ke klinik. 

Apa lagi.. terus hantar kanak-kanak kecik bertiga tu ke tempat masing-masing dan zassss ke klinik yang kononnya bukak 16 jam (8pagi - 12 tengah malam) sehari. Time aku sampai depan klinik tu dah pukul 8.26 pagi tapi klinik tu bertutup rapat dari pagarnya lagi. Hmmmm... nak ke mana plak eh.. Kawan student tu cadangkan pegi ke hospital.. then zassss pegi hospital plak.. Alhamdulillah.. terus ke bahagian kecemasan dan dapat layanan yang superb dari para kakitangan.. (Kakitangan Hospital Seberang Jaya memang sangat bagus la.. pengalaman aku dok 3 kali kat spital ni memang membuatkan aku terharu..) Student tu kena inject untuk elakkan jangkitan kuman dan luka kakinya yang tersagat di jalan raya telah dicuci oleh doktor. Doktor pun bagi cuti sakit 2 hari dan bagi ubat tahan sakit (panadol rupanya).

Pas tu aku pun ajak kedua-dua mereka bersarapan dan kemudiannya aku hantar mereka ke rumah untuk berehat. Alhamdulillah.. tak de apa-apa yang serius.. Moga aku dan students tu lebih berhati-hati di jalan raya.






KALAU BERPACARAN

oleh Sohaimi Mior Hassan, Anna Raffali, Altimet



Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang
Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Yeah

Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah

Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah





Ahad, 19 Disember 2010

Alangkah..

Alangkah seronoknya jika belanja untuk konsert kanak-kanak diberi kepada penjawat awam dalam bentuk bonus sebulan gaji.... hehehe.. boleh gak digunakan untuk perbelanjaan kanak-kanak bersekolah di tahun baru 2011.

Mana yang lebih patut diutamakan dan didahulukan? Rakyat atau konsert?


Sabtu, 18 Disember 2010

INGATLAH 5 PERKARA..

Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara iaitu:
1.  muda sebelum tua,
2.  sihat sebelum sakit,
3.  lapang sebelum sibuk,
4.  senang sebelum susah dan
5.  hidup sebelum mati..

Kita sering terlupa untuk bersyukur apabila diuji dengan kebahagiaan, kesihatan yang baik, kelapangan masa, kesenangan dan zaman muda. Nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak engkau dustakan? 


Jumaat, 17 Disember 2010

KHUTBAH JUMAAT 17/12/2010 MASJID BANDAR PERDA

"Anak dan hartabenda adalah amanah kepada hamba Allah. Anak-anak yatim juga perlu diberi hak yang sama seperti anak sendiri. Marilah sama-sama merenung Firman Allah, Surah An-Nisa, Ayat 9.

Agar anak-anak kita tidak memiliki generasi yang lemah maka kita hendaklah
  • beri perhatian utama pada aqidah mereka (dan kita juga)
  • bimbing anak-anak menjalani kehidupan mengikut ajaran Islam (ikut Al-Quran dan Sunnah)
  • bekalkan ilmu agama (tanamkan benih-benih keimanan)
  • berikan perhatian agar anak ikut syariat
  • berikan contoh akhlak yang baik pada anak (hormati orang-orang tua, guru-guru dll)
  • tegur kesilapan anak
  • mengawal tingkah laku anak-anak agar tidak terlibat dengan budaya liar (melepak, merempit, berpakaian tidak sopan dll)

Kita dituntut agar berusaha dan berdoa kepada Allah agar anak2 kita menjadi generasi yang berilmu dan berakhlak mulia.

Masyarakat turut perlu menyumbang dalam mendidik generasi masa kini dengan membantu menyediakan persekitaran yang selamat dan sejahtera.

Marilah kita sama-sama bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan mereka yang mulia di sisi Allah adalah mereka yang bertakwa. Sama-sama mengimarahkan masjid dengan sembahyang berjemaah dan bersedekah." 


(Antara yang sempat aku dengar dan ingat untuk perkongsian kita bersama)



 

 

Khamis, 16 Disember 2010

Aktiviti Terjemahan

Dua hari lepas aku minta students aku terjemahkan (tugasan berkumpulan) satu artikel berbahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia dan dibentangkan isi cerita artikel tersebut. Kiranya macam-macam info yang aku dapat la. Nak tergelak pun ada. Tapi teringat gak la masa zaman aku belajar-belajar dulu. Lebih kurang kot. Kiranya sekarang ni roda aku di atas la. Haha. (hissssss!! tak baik ketawakan orang tau!).

Yang bestnya biler aku tanya makna perkataan dalam artikel tu.. tak de sorang pun yang jawab. Aku pun tanya la "Ada sesiapa yang bawak kamus tak? Sila bukak ya". Nak tau? Sorang pun tak de yang bawak. Huuuuuuuu.. Berani mati sungguh diorang ni.. Hehehe..

Apa pun.. it's a good start for my students.. banyak moral daripada aktiviti terjemahan dan pembentangan artikel ni. Nama pun student kan.. Kiranya kena ambik galah tolong jolokkan sebab saya budak baru belajar dan kalau salah meh aku tolong tunjukkan.. Bravo!



Rabu, 15 Disember 2010

Tiba-tiba teringat pasal....

Tiba-tiba aku teringat pasal makanan dan minuman yang best lagi marvellous masa kat Kota Mekah dan Madinah.. setahun dah rupanya... (sebenarnya lepas tengok English Cottage Bread kat blog Dapur Tanpa Sempadan.. sedapnya..)

jus mangga dan guava...memang sedap + pekat + juicy..


harganya 2Riyal untuk satu bekas (kalau tak silap)..


kebab ayam


set minuman yang dibekalkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji


ada teh uncang, krimer, gula, cawan, tisu, sudu dan garfu kecik (anggaran untuk 40 hari)


dan makan malam yang disediakan oleh pihak Lembaga Tabung Haji.. (set makan tengahari lupa nak snap.. biasanya makan lepas balik dari solat Zohor.. tu yang tak sempat nak rakam tu..)



Selasa, 14 Disember 2010

DEMI KESELAMATAN SI MANJA

TIPS MEMBELI MAINAN

1.  Pilih mainan yang bersesuaian dengan peringkat umur anak anda

2.  Elakkan mainan berisiko
  • bahaya tercekik
  • bahaya terjerut
  • kandungan toksik berbahaya
  • bucu tajam & bahagian-bahagian kecil
  • bunyian bising melampau
  • janaan haba/elektrik


Pastikan mainan yang dibeli tertera label keselamatan

Sebarang maklumat lanjut, hubungi:
03-88825886 / 5862 / 5850
E-mel : toys@kpdnkk.gov.my
E-Aduan : http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/
Web : http://www.kpdnkk.gov.my/
Talian Aduan Pengguna 1800-886-800
Talian Aduan TTPM 1800-889-811


nota: Bahan makluman adalah dari Berita Minggu, Ahad, 12 Disember 2010.

Isnin, 13 Disember 2010

Debaran

Semester ni aku kena mengajar satu subjek baru (baru pada aku).. cam biasa.. first time mengajar subjek baru mesti debarannya sangat kuat.. normal kan? (kena study lebih lagi nih)


Ahad, 12 Disember 2010

MARI BERPESAN-PESAN

"Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar, agar kamu tidak perkecilkan nikmat Allah".
(Riwayat Muslim)



RAMUAN DALAM MEE SEGERA



Moral: Fikirkan keselamatan diri dan keluarga serta ummah.

Sabtu, 11 Disember 2010

Mendidik Anak

Baru-baru ni aku bersembang-sembang dengan beberapa rakan dan antara topik yg disentuh adalah mendidik anak di zaman siber ni. Memang besar sungguh cabaran dan dugaannya. Banyak pengaruh luaran yang mengelilingi anak-anak kita. Salah sorang ahli mesyuarat tingkap  bersuara "Sebenarnya nak mendidik anak berpakaian menutup aurat lebih mudah di Jepun berbanding di Malaysia. Sebabnya kita boleh kata diorang berpakaian tak menutup aurat tu sebab diorang bukan Islam. Tapi kalau kat Malaysia kita tak boleh buat ayat macam tu."

Betul kan? Kadang-kadang kita sendiri terkeliru dengan pemandangan yang ada. Aku pernah tertengok drama Cina dan drama Melayu dalam masa yang sama (kes asyik tukar-tukar siaran). Dari pemerhatian aku.. tang pakaian memang tak de beza cuma tang bahasa yang digunakan je baru kita tau yang tu drama Cina atau Melayu.

Ada gak kawan yang kata.. "Ala.. masa diorang kecik-kecik ni la kita bagi pakai baju gaun / seluar pendek / baju tak berlengan.. nanti kang biler besar baru sibuk nak pakai sebab masa kecik tak pernah merasa". Aku sangat tidak bersetuju dengan kenyataan ni. Pada hemat aku yang lemah iman ni.. pakaian pun antara yang perlu kita didik dari kecil lagi.. macam sembahyang gak.. seawal tujuh tahun kita dah patut suruh-suruh anak sembahyang dan kalau umur dah 10 tahun masih tak sembahyang.. kita boleh rotan. See?

Ibu bapa kena sentiasa doakan anak-anaknya dan seluruh umat juga. Antara doa yang kita boleh amalkan agar anak sentiasa mendirikan solat boleh rujuk Al-Quran.. Biler dah kena rujuk Al-Quran.. maknanya kita kena selalu baca Al-Quran.. dengan lain maksud.. dari kecil lagi (biler anak dah mula pandai bercakap dan tidak pelat) kita dah boleh ajar anak membaca Al-Quran ni.

Firman Allah yang bermaksud:
"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doa kami". (Surah Ibrahim, Ayat 40).

InsyaAllah.. andai solat kita jaga.. banyak masalah (tak kira masalah apa pun) boleh selesai. Itu antara yang aku sentiasa pesan kat students. Mudahan guru anak-anakku pun akan berbuat perkara yang sama. Amin.

gambar menunjukkan pintu Kaabah. Penjuru kiri pula letaknya hajarul aswad dan antaranya adalah Multazam (antara tempat berdoa yang mustajab).



Jumaat, 10 Disember 2010

SETIAP HARI BACA AL-QURAN

PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA 9/12/2010
Susunan SITI AINIZA KAMSARI

 Al-Quran adalah kitab yang penuh hikmah dan petunjuk untuk seluruh umat manusia. Ia juga adalah mukjizat yang dijamin terpelihara sehingga hari kiamat.

"Keajaibannya tidak pernah berakhir dan sangat sesuai untuk segala tempat dan waktu," demikian kata seorang bekas diplomat Jerman, Dr. Murad Willfried Hofmann. Justeru, Hofmann, 79, tidak pernah berhenti membaca al-Quran kerana baginya kitab suci itu selalu memberikannya jawapan-jawapan yang sempurna. Beliau adalah pemenang Anugerah Personaliti Islam Terbaik Tahun 2009 yang disampaikan di Majlis Penghargaan Kitab Suci al-Quran Antarabangsa Dubai (DIHQA) tahun lalu.

Bagi Hofmann anugerah yang diterima itu adalah penghargaan dan penghormatan yang sangat tinggi bagi dirinya dan seluruh Muslim di Eropah dan dunia Barat. "Ini merupakan isyarat baik bagi lebih 30 juta umat Islam di Eropah. Hal seperti ini membuktikan bahwa Muslim di seluruh dunia adalah satu bangsa," katanya mengenai anugerah yang diterima pada 10 September 2009 itu.

Hofmann dilahirkan dalam keluarga katolik di Aschaffenburg Jerman pada tahun 1931. Setelah lulus dari Union College di New York, beliau melanjutkan pengajiannya di Universiti Munich, Jerman sehingga ke tahap doktor falsafah dalam bidang undang- undang pada tahun 1957. Ini diikuti pada tahun 1960, Hofmann mendapat gelaran LL.M dari Universiti Harvard.Dalam aspek kerjaya terutamanya dari tahun 1983 hingga 1987 beliau merupakan Pengarah Informasi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Brussel, Belgium. Ini diikuti sebagai Duta Besar Jerman di Algeria pada tahun 1987 dan pada tahun 1990 beliau berpindah ke Maghribi sebagai Duta Besar Jerman untuk tempoh empat tahun.

Buat pertama kali hatinya tersentuh terhadap Islam ketika bertugas sebagai atase di kedutaan Jerman di Algeria pada tahun 1961. Ketika itu sedang berlaku perang gerila antara tentera Perancis dengan tentera Algeria, Algerian National Front (ANF) yang berjuang untuk kemerdekaan negara itu. Beliau menyaksikan sendiri kekejaman dan pembantaian massa yang dialami oleh rakyat Algeria. Menurutnya, setiap hari hampir berpuluh penduduk dibunuh dari jarak dekat, hanya kerana mereka berbangsa Arab atau kerana berbicara mengenai tuntutan kemerdekaan.

"Saya menyaksikan kesabaran dan ketabahan penduduk Algeria yang menghadapi penderitaan yang sangat ekstrem. Kepatuhan mereka yang tinggi selama bulan Ramadan, keyakinan diri bahwa mereka pasti merdeka dan juga rasa perikemanusiaan mereka di tengah penderitaan yang dialaminya sendiri.

"Saya selalu penasaran bagaimana penduduk Algeria masih begitu disiplin, meskipun mereka menderita lalu saya temui bahawa agama merekalah, iaitu Islam yang menjadikan mereka kuat seperti itu. Kerana itu, saya lantas membaca kitab suci mereka, al-Quran yang sehingga kini saya tidak pernah berhenti membacanya," tambah Hofmann.

Pertanyaan lain yang selalu bermain difikirannya, bagaimana tuhan berkomunikasi dengan manusia bagi membolehkan manusia itu dapat dibimbing oleh-Nya. Ini membuat beliau mengakui perlu adanya wahyu. Tetapi manakah yang lebih benar, kitab suci Yahudi, Kristian atau Islam? Lalu yang dipilih dengan tepat oleh Hofmann adalah wahyu Islam berupa kata-kata Allah yang terkandung dalam kitab suci al-Quran.

 "Ini kerana seorang Muslim yang hidup di dunia ini tanpa perlu ada pendita dan tanpa hierarki keagamaan. Ketika berdoa, mereka tidak berdoa melalui sesiapa kecuali dirinya sendiri bersemuka terus kepada tuhan sebagai seorang umat yang benar-benar bebas untuk berhubung terus dengan tuhan.

 "Dan ini adalah agama yang bebas dari misteri," katanya yang memeluk Islam pada 25 September 1980.




p/s: malam ni malam markas di Penanti.



Khamis, 9 Disember 2010

Pertemuan selepas 21 tahun...

dengan Shariza @ Sha..

dengan Salwana @ Wana..


Tima kasey sebab sudi jenguk aku kat sini..


Sedih...

Mak aku dah balik semula ke Johor jap tadi.. rasa cam nak ikut je... huhuhuhuuhuuu...

di tempat kejadian di Cameron Highland.. really missed the moment!!


Isnin, 6 Disember 2010

MAJLIS KONVOKESYEN DAN HARI KECERMERLANGAN GRADUAN KECIL

Kali ni pun aku nak share cerita yang tertunggak/terakru.. kena simpan dalam blog sebelum banyak yang terlupa.. kenang-kenangan untuk diri sendiri.. Kali ni nak cerita sikit pasal Atif yang dah tamat pengajiannya di Graduan Kecil dan Atifah pulak dapat hadiah kecemerlangan pada hari yang sama.

Pada 21 November yang lepas, bertempat di Dewan Besar UiTM, Pulau Pinang, pihak Graduan Kecil telah mengadakan satu Majlis Konvokesyen dan Hari Kecemerlangan bagi meraikan graduannya dan menghargai pelajar yang mendapat markah cemerlang dalam akademik, Iqra' dan bilangan bintang yang dikumpul hasil berjaya menyiapkan kerja sekolah. Seramai 278 orang graduan dari 6 cawangan Graduan Kecil yang menerima sijil mereka pada hari tersebut.

Ramaikan.. 278 orang tu... tapi setiap pelajar ditempatkan dalam kelas bersaiz 22 orang (lebih kurang).. so far daripada hasil kata survey.. Graduan Kecil ni antara tempat yang bagus untuk transit, taska dan tadika bagi kawasan Permatang Pauh, Seberang Jaya dan Bertam. Cikgu-cikgu dia telah dilatih dan ramai cikgu yang bertahan kerja lama kat situ.. (tu pun antara faktor yangaku ambik kira.. hehehe..)

Dan di kesempatan ini juga, aku  nak mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada para guru di Graduan Kecil yang telah banyak membantu mendidik Atif, Atifah dan Atiqah. Semuanya dengan izinMu Ya Allah. Moga Allah rahmati dan limpahi kurniaNya kepada cikgu semua. Kiranya cikgu banyak membantu aku dan CK dalam membentuk peribadi anak-anak. (Tolong toilet trained - 2 tahun lebih dah tak  payah pakai diapers la.. Alhamdulillah.. ajar baca macam2 doa.. (yang paling mahal doa untuk dua ibu bapa) ajar Alif Ba Ta.. kenalkan ABC.. kenalkan 123.. dan macam2 lagi yang tak dapat aku nak senaraikan).

 back drop


antara graduan pada hari tersebut


nama graduan dan cita-cita mereka


graduan sedang menerima sijilnya dari pengetua


Atifah dapat hadiah jugak..




Related Posts with Thumbnails