Malam tadi aku bermimpi nak sambung pengajian ke PhD tapi syaratnya kena banyak solat tahajjud (monolog dalam mimpi).
Bangun tidur aku story dengan CK pasal mimpi aku tu. Dengan selamba CK kata tu Allah dah bagi sign suruh bangun tahajjud. Huhuhuhu... lemahnya imanku nih..
Kebetulan aku terbaca satu iklan dalam surat khabar arus perdana yang menawarkan pembiayaan untuk pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah bagi mereka yang tidak berpendapatan tetap. Objektifnya adalah untuk mencapai sasaran 60,000 rakyat Malaysia mempunyai kelulusan doktor falsafah menjelang 2023.
Hmmmm.. sebenarnya aku tak layak nak mohon bantuan kewangan tu.. tapi terbawa-bawa ke mimpiku rupanya. (tapi.... mana la taukan mimpi ku jadi kenyataan kerana aku tidak bermimpi di siang hari.. hehe..)
2 ulasan:
salam singgah sini,
Insya-Allah ada rezki
nanti,
sape tau kan :)
Tihara: trima kasey banyak sudi singgah dan juga doa saudari. Amin
Catat Ulasan