Maka.. dalam perjalanan nak ke jasko tu.. (sepuluh minit je sebenarnya dari rumah aku ke jasko termasuk masa parking).. ada nampak banyak streamer dipasang di tiang-tiang lampu jalan ke jasko tu.. wah! Dinosaur datang Pulau Pinang la.. harus kena pegi salam-salam nih.. kiranya tujuan asal nak bawak anak-anak pegi perpustakaan terlencong ke tempat pameran Dinasour.. yang seronok tu ada banyak games dan aktiviti yang kita boleh buat kat dalam tu.. berbaloi la dengan bayaran yuran yang dikenakan.
Sebagai bukti yang dinosaur memang wujud di Pulau Pinang sekarang (diorang dok Penang sampai bulan Merdeka 2011 dan dibawa oleh Petrosains).. meh kita tengok gambar-gambar yang ada..
Ini adalah welcoming streamer kat pintu masuk tu.. yuran masuk untuk orang dewasa ( 13 tahun ke atas) RM6, kanak-kanak (4 - 12 tahun) kena bayar RM3 dan bawah 4 tahun masih percuma.
masuk-masuk je boleh la ambik gambar dengan dinosaur sedang menari.. yang bestnya.. gambar tu boleh kita hantar terus ke emel kita.. tu gambar dekat skrin..
sebenarnya kita cuma berdiri di depan tabir je.. tapi tengok kat skrin kita pun ada sekali dengan dinosaur tu.. kalau la betul-betul ada dan hidup cam tu.. rasanya ada tak orang nak bergambar sekali?
ada sejarah tentang kewujudan dinosaur.. bukan mitos la maknanya kan? 230 juta tahun dahulu lagi dinasour ni dah ada di bumi..
dinasour ni bertelur.. kiranya dia jenis reptilia la..
ni dinosaur yang jadi penyambut tetamu.. lupa la nama dia.. kena pegi lagi ni..
see.. dinosaur yang Allah cuma bagi ilham pun boleh jadi ibu bapa yang baik.. kita manusia yang Allah kurniakan akal fikiran sepatutnya lebih la lagi kan..
dinosaur pun bergaduh-gaduh gak ni.. siap ada yang terbaring dan luka-luka.. kiranya kalau manusia yang suka bergaduh ni dia menyerupai siapa? pikir jangan tak pikir..
antara bangsa-bangsa dinosaur yang ada.. nama tak ingat la.. memang kena pegi lagi ni nampaknya..
antara games yang ada kat dalam tu.. sebenarnya kena kayuh basikal so macam kita kejar anak dinosaur tu..
aktiviti pertandingan mewarna.. kanak-kanak berdua ni sangat seronok sebab semua peralatan melukis disediakan..
Moral : Memang seronok dapat habiskan masa bersama anak-anak macam ni.. diorang empat lima hari tak habis sebut pasal dinosaur.. kalau dinosaur tu tau mau nak dok Penang lama lagi kot..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan