Alhamdulillah.. seronok sungguhkan biler dapat berkumpul dengan adik beradik dan ipar duai. Macam-macam plan yang dibuat. Macam-macam makanan yang direka. Jadual penuh. Hari ni ada jemputan 'gulai' di Kota Bharu dan Isnin pulak di Machang. Hahahaha.. macam banyak nau jemputan padahal kat Kota Bharu tu belah pompuan dan kat Machang tu belah lelaki. Kitorang kena la melibatkan diri di kedua-dua tempat sebabnya kenduri pengantin anak buah CK yang sulung. So yang terlebih meriah adalah kami.
Biler berlakunya perkahwinan campur (antara negeri).. maka adalah perbezaan budaya dan amalan.. betullah.. manusia ni memang pelik.. betullah.. kita memang hamba Allah yang lemah.. betullah.. kita kena terima apa yang ada seadanya... betullah.. kita hamba Allah yang kena sentiasa bersyukur dengan nikmat dan kurniaanNya.
Kenapa aku cakap macam tu? Perkahwinan merupakan penyatuan dua budaya pendidikan yang berbeza dalam satu rumah. Perkahwinan merupakan satu permulaan kehidupan yang baru. So, kita akan nampak warna sebenar pasangan kita beserta keluarganya. Kata kunci dalam melayari alam perkahwinan.. sabar... doa banyak-banyak.. pesanan untuk anak buah CK dan diriku yang lemah iman.. Ingat.. Allah la tempat kita mengadu dan berserah segalanya.. bukan makhluk.. cinta yang melangit terhadap makhluk pun boleh bertukar kepada benci andai Allah dilupakan.
Penutup entry.. pesan orang-orang lama.. ada dua perkara yang kalau anak-anak minta kita susah nak halang..
1. mintak nak kawin
2. mintak nak berenti belajar
Hmmmmm... betul gak kan.. ni boleh buat satu kajian kes ni..
2 ulasan:
KN.. jangan lupa ole2 unutk kami yer.. hihi.. isk2 nak juga..
normi: ada bawak cup cake pengantin.. dapat rasa tak?
Catat Ulasan