Pagi tadi masa aku membersihkan sawang-sawang yang terawang-awang di awangan rumah aku, sambil tu aku dengar la perbahasan dalam satu siaran tv antara remaja lelaki dan perempuan tentang kelebihan menjadi lelaki dan perempuan. Masing-masing dengan hujah masing-masing. Kiranya baik lelaki maupun perempuan, mereka boleh hidup tanpa pasangan. Kononnya orang perempuan lebih pandai. Orang lelaki sekarang dah boleh buat kerja orang perempuan - contoh: chef dan orang perempuan pun boleh buat kerja lelaki la macam pilot. Tak pe la kan.. masing-masing keluarkan pendapat masing-masing berdasarkan kelogikan akal yang terbatas. So.. no right or wrong. (apa so so? soya bean ke? hahaha..)
Ok la.. pandangan aku plak.. memang betul la ada setengah perempuan @ lelaki mampu hidup tanpa pasangan yang mana jodoh mereka belum sampai atau sudah habis.. tetapi tau kah kita asal kejadian kita dari berpasang-pasangan? Maksudnya dari hasil hubungan lelaki dan perempuan yang sudah sah (yang tak sah pun banyak dah sekarang)? Maksud asal kejadian tu je dah memerlukan pasangan walaupun si anak tu tadi ditakdirkan tiada pasangan.
Satu lagi.. orang lelaki dah boleh buat kerja perempuan malah lebih baik lagi. Contoh tadi jadi chef. Helllllooooooo.. sapa kata kerja masak-masak tu kerja orang pompuan? Kerja chef tu untuk sapa-sapa yang minat masak sebenarnya.. no specific gender.. hahaha.. Cam tu gak dengan pilot.. sapa-sapa boleh je nak jadi pilot asal berkebolehan dan berkelayakan.. semua atas izin Allah jua.
Sebenarnya.. setiap insan dijadikan dengan fungsi masing-masing. Ada yang jadi tukang masak, tukang sapu, tukang taip, tukang tulis, tukang layan, tukang ajar, tukang perintah, tukang suruh, tukang urut.. semuanya tukang kan.. atau dengan lain maksud.. hamba. Kita semua ni hamba Allah. Kalau kat opis jadi Ketua Program.. kat rumah pula jadi ibu kepada anak-anak, isteri kepada suami yang baik hati, anak kepada ibu bapanya, menantu kepada mentuanya, adik kepada kakak dan abangnya, kakak kepada adik-adiknya, jiran kepada jiran tetangganya, ipar kepada ipar duainya, pengikut kepada Rasulullah S.AW. dan hamba kepada Allah.
Fungsi lelaki maupun perempuan memang tidak boleh disangkal lagi. Dalam Al-Quran pun ada surah An-Nisa' yang bermaksud "wanita" yang banyak membicarakan hal-hal berhubungan wanita selain Surah At-Thalaq. Lelaki mesti berkahwin dengan perempuan, bukan dengan lelaki. Walaupun negara barat dah iktiraf perkahwinan sejenis, kita umat Islam tak boleh buat begitu ya anak-anak/adik-adik. Peranan isteri dan suami adalah berbeza dalam perkahwinan. Masing-masing saling melengkapi mana yang terkurang atau mengimbangi mana yang terlebih.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir". Ayat 21, Surah Ar Ruum (Bangsa Rumawi).
Tidak lupa juga, kaum lelaki kena berjemaah di masjid setiap waktu. Wanita pula bersembahyang di rumah saja. Walaupun ada yang kata.. "Bukan ke lebih elok kalau sembahyang berjemaah kat rumah bersama keluarga?". Hmmm... kalau semua sembahyang dengan keluarga di rumah.. kosong la masjid. Bayangkan tok imam, pak bilal, tok siak pun semua sembahyang dengan keluarga di rumah.. macam maner? Sebenarnya dengan berjemaah la kita menguatkan ukhwah sesama Islam dan ini yang paling ditakuti oleh orang kafir. Orang lelaki akan jadi lebih berdisiplin dan sangat bertanggungjawab kerana sudah menunaikan hak Allah. InsyaAllah tanggungjawab yang lain juga akan berjaya dilunasi.
Ada pulak yang tanya.. "Nanti orang pompuan tak dapat la pahala berjemaah?". Orang pompuan berjemaah la dengan anak-anak perempuan. Kalau anak-anaknya kecik lagi atau tak de orang lain dekat rumah.. sembahyang sendiri je. Seelok-eloknya orang pompuan bersembahyang di dalam bilik di rumah. Jangan takut.. pahala si suami tu pun kita dapat. Allah dah beri janji. Oleh itu marilah kita beri galakan kepada suami dan anak-anak lelaki kita berjemaah di masjid setiap waktu.
Konklusinya.. lelaki dan perempuan tetap berbeza. Jangan kita menafikan fungsi masing-masing. Yang sama hanyalah kita semua sebagai hamba Allah dan pengikut Rasulullah S.A.W.
Wallahu'alam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2019 dah?
Assalamu'alaikum semua!! dah 2019 dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku 😂 entri terakhir pasal...
-
Dalam Bahasa Arab perkataan sirah datang dari perkataan " sara" yang bermaksud mengembara atau dalam sebuah perjalanan. Ia ada...
-
Assalamualaikum.. (mulakan majlis dgn Surah Al-Fatihah) haha.. meh kita blajar sikit pasal bahasa kali ni.. kekadang kita baca dan dah dite...
4 ulasan:
mantap N3 nih..
z76: ye ke? alhamdulillah
cayala KN.. buat panduan tuk semua..
normi: mudahan ada manfaatnya.
Catat Ulasan