Maka segala keperluan untuk membeli motor tersebut aku tolong uruskan hinggalah motor tersebut dapat digunakan di jalan raya. Malangnya, Kak C agak culas dalam melunaskan bayaran bulanan. Selalu la aku dapat surat amaran. Then aku ambil keputusan untuk memindahkan Atif ke bawah jagaan pihak taska pula yang mana hubungan aku dengan keluarga pengasuh terputus.
Masa terus berjalan. Kalau mengikut perjanjian sewa beli motor tu, tempoh ansuran tamat pada 2008 lagi. So biler aku dah tak dapat surat peringatan dari syarikat motor tu aku anggap urusan pembayaran pun dah selesai. Tup! Tup! Beberapa hari lepas, mak aku telepon dari kampung bagitau ada surat dari syarikat motor mengatakan aku masih terhutang sebanyak RM1,135. Maknanya Kak C tak jelaskan keseluruhan bayaran.
Aku pun terus telefon syarikat motor tu nak kepastian. Rupanya Kak C tak bayar ansuran yang terakhir sejak 2008 lagi dan faedah serta kenaan caj surat peringatan turut tertunggak. Perghhh! Sampainya hati mereka.
Seterusnya, aku pun pergi ke syarikat motor tu mintak diorang print statement yang dah berlaku. Aku pun tengok dengan sedihnya. Rupanya sejak motor tersebut digunakan, insuran dan cukai jalan tak pernah diperbaharui. Aku pun try telefon mak Kak C dengan sangat berhemah.
"Assalamualaikum kak. Kak apa kabar?"
"Baik. Sapa ni?"
"Ni Nurul. Mak Atif."
"Oooooo.."
"Kak, nak tanya sikit la. Kenapa Kak C tak abiskan bayar duit motor tu? Nama Nurul dah nak disenaraihitamkan."
"Ha? Cina tu kata dah abis bayaq dah. Tinggai nak tukaq nama je. La ni motoq tu dok ada kat sini. Tak da sapa nak pakai. Nak lempaq buang ja. Kalau nak baiki mau beribu tu."
"Kak, napa nak buang plak. Baik la kak serah pada saya. Kan guna nama saya tu. Sampai hati kak. Hari tu kenapa paksa-paksa masa nak guna nama saya?"
"Siapa yang paksa? Apa yang keluarga kak buat pada Nurul? Nurul cakap baik sikit ah. Kak ni orang tua. Mentang-mentang la kak orang miskin, Nurul dok hina je." (terus hempas telefon).
Hmmmmmm... aku terus confuse. Sapa yang patut maki sapa eh? Biler plak aku hina dia dan cakap dia orang miskin? Pening sat.
Aku pun malas nak melayan hati aku supaya bertambah panas so aku tepon CK ajak ke kedai motor tu dan kitorang buat full settlement. Pas dapat geran dan kunci motor, weol terjah ke rumah kakak tu tapi dia tak nak bukak pintu. Hehehe.. lawak la. Aku bukan nak buat samseng pun.
Kitorang jumpa motor tu yang mana nombor plat belakangnya dah tak da. CK pam tayarnya sikit then tolak ke kedai motor. Terus betulkan dan Alhamdulillah motor tu boleh digunakan. Kiranya, hikmah di sebalik kejadian adalah :
1. Aku dapat motor
2. Berhati-hati nak baik hati dengan orang bagi pinjam nama untuk beli apa-apa
3. Berhati-hati pilih pengasuh anak (best je kalau jadi suri rumah tanggakan.....)
Kiranya sekarang gua pikir la sendiri sebab berlaku ke atas diri sendiri.
Chow!
3 ulasan:
Kiranya, hikmah di sebalik kejadian adalah :
5. Kalau insuran dah mati, buat dgn agensi aku.. hahah..
apa punya org la Kak C tu... tak kenang jasa kita yg jadi penjamin ni... isk3X...
azharjaafar: boleh.. nanti bg emel address.. saya pos segala bagai untuk renew insurance dan road tax
adarnadzmie: tu la normi.. warna-warna dunia.. hehe
Catat Ulasan