Ahad, 20 Mac 2011

Saya Suka Angkat Pinggan!

Beberapa bulan lepas, aku terlihat satu kempen "Saya Sayang Kantin Saya" di sebuah institusi pengajian tinggi yang turut melaungkan slogan "Saya Suka Angkat Pinggan". Kagum gak aku dengan kempen ni. Ye la.. susah nak suruh orang lepas makan angkat pinggan dan perlu dimasukkan ke dalam besen gerai yang berkenaan. Kena latih dari kecik lagi benda-benda ni. Masa aku di tempat kejadian, terdapat dua orang pelajar yang melaung-laungkan slogan kempen serta turut berpesan kepada para pengunjung kantin agar mengangkat pinggan dan gelas mereka ke besen yang disediakan selepas makan. Apa yang aku lihat, kebanyakan pengunjung adalah jenis degil tegar. Kering air liur pelajar tadi mengingatkan tapi pengunjung kantin buat dek je. Kiranya kempen tersebut tidak berjaya mencapai objektif pinggan sifar di atas meja selepas makan.Hmmmmm.. pada pengamatan aku.. perlu ada solusi lain ni.

Aku terfikir gak la.. masalah utama di sini adalah pengunjung tidak mahu mengangkat pinggan dan gelas. (Sebabnya mungkin kita tidak perlu mengangkat pinggan jika makan di warung atau restoren. Kalau kat hotel kita tak bangun lagi pun dia dah tolong angkatkan pinggan) Makanya, kita mansuhkan penggunaan pinggan dan digantikan dengan bekas makanan yang dibawa sendiri (contoh: Tupperware) oleh pengunjung atau dibungkus dengan polisterin yang dikenakan caj.  Hehehe.. Tak pun pegerai di kantin tu la kutip semula pinggan mangkuk mereka. Itu cadangan aku saja. Boleh la dibawa berbincang lebih lanjut lagi.

Sebenarnya.. apa yang lebih aku kesalkan.. apabila pihak pengurusan institusi tersebut lebih mengharapkan pelajarnya mengangkat pinggan selepas makan daripada mengimmarahkan pusat Islam mereka. Pada hemat aku, andai si pelajar dikerah berjemaah di pusat Islam mereka.. InsyaAllah masalah angkat pinggan tersebut akan selesai dan juga masalah sosial yang lain. Hati mereka jadi lembut serta lebih mudah menerima teguran dan pelajaran.


 kalau pinggan macam ni digunakan di kantin tu, mau si pengunjung angkat bawak balik terus..
jenis melamine yang cantik macam ni pun tak berapa sesuai digunakan secara berleluasa di kantin kerana dikhuatiri si pengunjung akan mengangkatnya dan menjadikannya koleksi di rumah.


Moral : Mungkin kempen tersebut boleh dilanjutkan kepada "Saya Memang Gemar Membasuh Pinggan Selepas Makan". Amacam?


3 ulasan:

Norsha berkata...

salam ziarah,
kes2 tk angkat pinggan ni kat mana2
pun berlaku...klu kt sekolah akak, siap ada letak cawan dlm longkang lagi...tak tahu nak ckplh zaman le ni....apapun kita sokonglh kempen tu dan lebih2 lagi menyokong kempen mengangkat takbir di awal waktu....

adarnadzmie berkata...

KN.. kat rumah pun ada diajar oleh mak kita.. bila sudah mkn angkat pggn ke sinki.. angkat je tak yah basuh pun sbb mak yg akan basuh... kat kantin pun kita mesti buat mcm di rumah jugak la kan... klu tak buat tu kira apa yg mak ajar d rumah tu tak masuk otak la kottt... hehe...
Siann mak kita kan..
Apapun saya sokong angkat pinggan sendiri dan mengimarahkan Pusat Islam...

Ahliacikgukhairul berkata...

norsha: kes angkat pinggan pun kena ramai yg ambik peranan sebenarnya

adarnadzmie: akak sokong mana yg baik.. setuju!

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  ðŸ˜‚ entri terakhir pasal...