Beberapa bulan lepas, aku terlihat satu kempen "Saya Sayang Kantin Saya" di sebuah institusi pengajian tinggi yang turut melaungkan slogan "Saya Suka Angkat Pinggan". Kagum gak aku dengan kempen ni. Ye la.. susah nak suruh orang lepas makan angkat pinggan dan perlu dimasukkan ke dalam besen gerai yang berkenaan. Kena latih dari kecik lagi benda-benda ni. Masa aku di tempat kejadian, terdapat dua orang pelajar yang melaung-laungkan slogan kempen serta turut berpesan kepada para pengunjung kantin agar mengangkat pinggan dan gelas mereka ke besen yang disediakan selepas makan. Apa yang aku lihat, kebanyakan pengunjung adalah jenis degil tegar. Kering air liur pelajar tadi mengingatkan tapi pengunjung kantin buat dek je. Kiranya kempen tersebut tidak berjaya mencapai objektif pinggan sifar di atas meja selepas makan.Hmmmmm.. pada pengamatan aku.. perlu ada solusi lain ni.
Aku terfikir gak la.. masalah utama di sini adalah pengunjung tidak mahu mengangkat pinggan dan gelas. (Sebabnya mungkin kita tidak perlu mengangkat pinggan jika makan di warung atau restoren. Kalau kat hotel kita tak bangun lagi pun dia dah tolong angkatkan pinggan) Makanya, kita mansuhkan penggunaan pinggan dan digantikan dengan bekas makanan yang dibawa sendiri (contoh: Tupperware) oleh pengunjung atau dibungkus dengan polisterin yang dikenakan caj. Hehehe.. Tak pun pegerai di kantin tu la kutip semula pinggan mangkuk mereka. Itu cadangan aku saja. Boleh la dibawa berbincang lebih lanjut lagi.
Sebenarnya.. apa yang lebih aku kesalkan.. apabila pihak pengurusan institusi tersebut lebih mengharapkan pelajarnya mengangkat pinggan selepas makan daripada mengimmarahkan pusat Islam mereka. Pada hemat aku, andai si pelajar dikerah berjemaah di pusat Islam mereka.. InsyaAllah masalah angkat pinggan tersebut akan selesai dan juga masalah sosial yang lain. Hati mereka jadi lembut serta lebih mudah menerima teguran dan pelajaran.
kalau pinggan macam ni digunakan di kantin tu, mau si pengunjung angkat bawak balik terus..
jenis melamine yang cantik macam ni pun tak berapa sesuai digunakan secara berleluasa di kantin kerana dikhuatiri si pengunjung akan mengangkatnya dan menjadikannya koleksi di rumah.
Moral : Mungkin kempen tersebut boleh dilanjutkan kepada "Saya Memang Gemar Membasuh Pinggan Selepas Makan". Amacam?