Singgah Jap

Isnin, 14 Februari 2011

Tanggungjawab

Ada kisah benar yang nak dikongsi bersama pembaca. Tak ingat sumber. Cuma ingat bahan je.

A (nama sebenar) merupakan anak bongsu dalam keluarga dan pelajar semester akhir di sebuah universiti tempatan. Beliau telah berkawan dengan seorang budak perempuan hampir 5 tahun. Tiba-tiba tak de angin tak de petir, A menyatakan hasrat untuk mengahwini gelfrennya walaupun belajar tak abis lagi. Adik beradik sepakat nak mengahwinkannya sebab berpegang kepada petua orang tua-tua, "orang dah sebut nak kawin kena segerakan dan tak boleh nak halang". Si ibu berat hati nak memberi keizinan.. ye la tak abis belajar lagi.. kang nak makan apa plak? (Jangan lupa.. rezeki urusan Allah).

Lalu si ibu pun bertanya kepada si anak. "Kenapa nak kawin tengah belajar? Habiskan la dulu belajar." Si anak pun menjawab, "Saya rasa saya nak bertanggungjawab. Semua orang anggap saya masih budak kecik. Jadi bila dah kawin nanti pandangan orang pun berbeza pada saya." Terbeliak mata si ibu mendengar alasan yang macam tak boleh diterima dek akal yang waras. Kelakar pun ada. Si abang pun menyampuk, "Ko kalau nak bertanggungjawab, kena la bertanggungjawab pada mak, diri dan keluarga dulu."  (Hmmm.. betul gak kan?)

Apa yang aku dengar, si A sudah selamat bernikah dengan gelfrennya dan dah tidak ingat akan ibunya. Mungkin tengah sibuk menunaikan tanggungjawab pada si iseri.

Moral : Rasulullah S.A.W berpesan agar kita berbuat baik kepada ibu bapa. Doa ibu bapa boleh membawa kita ke syurga. Anak-anak kena sentiasa ingat (bertanggungjawab) dan doakan ibu bapa. Jasa ibu bapa tak terbalas dek kita. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka.


2 ulasan:

Cikgu Achique @ Ai berkata...

Ko nak upah aku untuk kerat nambelas tak si 'A' tu? Aku panas niyh.....

Ahliacikgukhairul berkata...

achique: kerat nambelas? kerat lg halus la bole wat daging cincang. hahaha

Related Posts with Thumbnails