2. Sejarah Nabi Muhammad S.A.W sampai kepada kita melalui sumber ilmiah dan fakta-fakta yang diyakini kesahihannya.
3. Sejarah nabi memaparkan susuk seseorang manusia yang mendapat keistimewaan yang diangkat menjadi rasul yang maksum.
4. Peringkat kehidupan bermula dari kelahiran, kanak-kanak, remaja, diangkat menjadi nabi sehingga wafat jelas dari sumber yang dipercayai.
Sirah Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah bercampur aduk dengan cerita dongeng dan tidak mengandungi penambahan unsur ketuhanan seperti sejarah Nabi Isa A.S. yang dikatakan sebagai anak tuhan.
Nabi Muhammad S.A.W. dikurniakan sebuah kitab yang paling mulia dari Luth Mahfudz iaitu Al-Quran berbanding Kitab Taurat (Nabi Musa A.S), Kitab Zabur (Nabi Daud A.S.) dan Kitab Injil (Nabi Isa A.S.).
Firman Allah S.W.T yang bermaksud
"Muhammad itu bukanlah bapa salah seorang laki-laki kamu tetapi dia adalah utusan Allah dan penutup para nabi."
Surah Al-Ikhzab, Ayat 40
Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:
"Sesungguhnya perutusan dan kenabian telah terputus (selesai) maka tiada lagi rasul dan nabi selepasku."
Sumber: Buku Teks dan Sumber KAFA/SRA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan