Tajuk hari ni agak ngeri sikit.
Hari ni hari kedua aku join Bengkel Penulisan Laporan Projek KIK. Sungguh bajet bengkel kali ni kerana hanya makan tengahari je disediakan. So biler dah pukul 11 pagi je perut dah berkeriot.. ye la.. bila kerja banyak menggunakan otak ni badan cepat letih dan lapar.. betul ke? Ke aku je yang macam tu.. hehehe
Sekarang ni kebanyakan kursus-kursus dalaman kami dah tak disediakan makan. Bajet terpaksa dikawal. Mungkin boleh bantu untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir. Tapi.. kalau duit-duit tu terpaksa dialihkan untuk adakan konsert kanak-kanak memang aku nak marah. Kalau duit tu disedekahkan pada rakyat miskin tegar pun aku rela. Jangan duit tu digunakan untuk melancong satu keluarga golongan atasan ke luar negara. Sungguh tidak patut.
Hmmm... aku yang baru lapar sedikit dah rasa nak marah. Dah berpikir macam-macam yang menambahkan kemarahan sendiri. Agaknya macam mana la kalau langsung tak de makanan. Mau pemberontakan boleh berlaku. Tidak mustahil. Betul la.. kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran. Bila ada mubaligh agama kafir datang membantu.. si susah/miskin akan cepat terpesona dengan kesenangan yang ditawarkan. Tidak mahu menempuh kesusahan lagi. Sanggup menggadai agama dan maruah demi sesuap nasi. Apa pun.. kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Usaha dan doa perlu seiring.
Tapikan.. ni memang tengah lapar.. huhuhuhu..
Khamis, 17 Februari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2019 dah?
Assalamu'alaikum semua!! dah 2019 dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku 😂 entri terakhir pasal...
-
Dalam Bahasa Arab perkataan sirah datang dari perkataan " sara" yang bermaksud mengembara atau dalam sebuah perjalanan. Ia ada...
-
Assalamualaikum.. (mulakan majlis dgn Surah Al-Fatihah) haha.. meh kita blajar sikit pasal bahasa kali ni.. kekadang kita baca dan dah dite...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan