Selasa, 1 Februari 2011

Jom makan kek!

Hari ni kan besday Cik Tipah yang ke4.. tapi aku berhajat nak cutikan dia dari ke sekolah maka kek-kek yang aku oder telah dimakan bersama kengkawannya sehari awal dari hari kejadian sebenar.. aku mintak design yang simple je walaupun kawan aku boleh buat lagi hebat.. dan Cik Tipah plak masa ambik dia dari sekolahnya terus sound kat aku.. "Len kali ibu buat kek yang ada gambar pompuan dan kucing". Aku pun tanya la CK.. "gambar apa tu?" CK jawap dengan confidentnya.. "Ala.. Tom & Jerry". Hmmmm.. boleh terima kah itu jawapan? Rasanya kena google nih. Tapi pada hemat aku.. pompuan tu mungkin merujuk kepada Barbie dan kucing tu pula si Tom. (Perasan tak yang Cik Tipah kata len kali ibu BUAT.... hehehehe).

kek yang dikongsi bersama kengkawan

yang ni plak untuk Atif dan kengkawan.. kena anta gak kat Atif sebab dia tanya kenapa besday Atif lambat besday Tipah awal? Ibu memang tetapkan tarikh ke? (Soalan yang menghiris kalbu dan mencabar kewibawaanku.. hehehe). Bukan la Atif.. Allah dah tetapkan bila Atif dan adik-adik lahir.. bukan ibu.. bukan ayah.. bukan sapa-sapa..

 

yang ni plak plan asal nak dihantar sekolah Atiqah.. tapi rezeki orang kita tak tahu kan.. oleh kerana Atiqah aku dah tercutikan sama macam aku.. maka cup cake ni dimakan bersama jiran-jiran dan sedara maraku yang datang dari Johor. 

Alhamdulillah.. semuanya memang sedap hingga menjilat jari dan sangat sesuai jadi hidangan minum petang bersama teh o dan dinikmati beramai-ramai. Moga Allah izin lagi. Amin.

p/s: Semua gambar-gambar kek dalam entry ni dan entry terdahulu adalah dicopy dari blog kawan aku si cake maker. Tq ya.

Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...