Singgah Jap

Rabu, 9 Februari 2011

Orang kaya?

Meh nak stori + gossip sikit. Nak citer pasal orang kaya.

Citernya macam ni.. ada beberapa orang anggap aku orang kaya yang banyak duit sebab boleh pegi haji. Apa pun Alhamdulillah.. moga doa diorang menjadi kenyataan. Lagi banyak kita boleh sedekah. InsyaAllah.

Sebenarnya aku memang berazam nak pegi haji masa usia muda dan sebelum beli rumah atau apa-apa yang melibatkan hutang yang banyak. Masa dapat kuarkan duit KWSP tahun 2004 dulu, aku terus ajak CK daftar haji. Alhamdulillah.. lepas 5 tahun Allah jemput kami jadi tetamuNya. So.. moral di sini adalah aku termasuk dalam golongan orang-orang yang tidak berharta. Aku plak rasa aku la orang yang paling miskin di opis aku sebabnya ada kawan aku buat kenyataan sebegini .. "Si A tu muda-muda dah berjaya sebab dah ada rumah dan kereta sendiri. Rumah besar dan kereta besar". Apa rasa korang? Rasa oren atau ribena? Aku cuma ada kereta sendiri je yang mana sekadar memenuhi keperluan keluarga. Alhamdulillah.

Biler dah balik haji pulak.. ada beberapa kawan yang nak pinjam duit dengan aku. Dalam kuantiti yang banyak pulak tu. Aku pun pelik. Apa pandangan diorang sebenarnya pada orang-orang yang dah menunaikan fardhu haji? Aku memang tak de simpanan ribu riban yang aku boleh bagi pinjam. Serius. Tak tipu.

Part yang paling best.. ada seorang warga emas kata.. kalau hutang tengah banyak tak boleh pegi haji. Hmmmmm.. aku semak la diri aku. Hutang aku cuma dengan bank yang dibayar secara berkala. InsyaAllah aku tak de hutang dengan orang. Yang tu aku dah settlekan masa aku daftar haji dulu lagi. Tapi yang sedihnya.. si warga emas tu dok mengutuk orang-orang yang pergi haji di usia muda. Pada aku.. perlukah kita tunggu dah pencen baru nak pergi haji? Ada jaminankah nyawa kita masih ada time tu? Ada kepastiankah yang kita dipilih oleh Allah pada masa tu? Kita masih sihat ke di usia 58 tahun lepas pencen tu?

Apa pun.. kalau kita mati sebelum sempat tunai haji.. susahkan orang pulak nak naikkan haji untuk kita. Bukan cakap besar. Kata-kata ini yang aku tanamkan dalam diri aku dari dulu lagi. Aku mohon pada Allah semoga aku dapat merasa sendiri menjalani ibadah haji dan umrah itu sebelum aku meninggalkan dunia ini. Alhamdulillah.

Kesimpulan.. untuk murah rezeki.. korang cuba la amalkan :
1. solat dhuha 6 rakaat setiap hari - InsyaAllah akan selesai banyak perkara kita
2. baca ayat 1000 dinar tiap kali lepas solat
3. banyakkan sedekah - ini yang menyuburkan rezeki kita sebenarnya
4. amal Surah Al-Waqiah setiap malam

Try la. InsyaAllah hidup akan aman damai dan kita tak cemburu dengan kekayaan maupun kesenangan orang lain. Chow!
 

6 ulasan:

Munir Kangsari berkata...

Cik nak CILI Padi or Capsicum untuk disentalkan....

normi berkata...

Tq atas panduan yg KN beri tu.. insyallah ada rezeki untuk kita semua..

Ahliacikgukhairul berkata...

munir: hehe.. capsicum tak cukup pedas la

normi: mudahan normi.. try la

Munir Kangsari berkata...

Capsicum mmg x pedas tapi BESAR. Sedap gak untuk disentalkan. Huk huk huk...

Ahliacikgukhairul berkata...

munir: hmmm.. tak baik buat orang.. biar je la.. hehe.. capsicum sedap kalau kita masukkan masa goreng kambing.. betul..

Munir Kangsari berkata...

Cik, tu namanya figurative expression. Ngahhaahahaha

Related Posts with Thumbnails