Ahad, 20 Februari 2011

Kepentingan Sirah

1. Supaya setiap muslim dapat memahami dan menggabarkan bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah S.A.W.

2. Membantu Muslim memahami dan mencapai isi kandungan Al-Quran kerana banyak ayat-ayat Al-Quran yang dihurai oleh kejadian dan sejarah hidup Nabi Muhamammad S.A.W.

3. Agar setiap Muslim dapat mengumpul seberapa banyak perbendaharaan kebudayaan dan pengetahuan Islam yang sebenar sama ada pengetahuan tentang akidah, ibadat dan akhlak.

4. Membolehkan para pendakwah Islam mencontohi dan mendidik mengikut pendidikan dan pengajaran Nabi Muhammad S.A.W sendiri selaku pendidik, penasihat, guru dan pembimbing yang utama.

5. Sebagai petunjuk kehidupan kerana sejarahnya lengkap meliputi segenap bidang kehidupan sama ada dari segi kemanusiaan mahupun kemasyarakatan.

6. Baginda seorang pemuda yang waras. Peribadi yang dipercayai di kalangan keluarga dan sahabat, seorang manusia yang menyeru umat manusia ke jalan Allah secara lemah-lembut dan bersopan-santun.

7. Baginda juga pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan seruan Allah S.W.T., seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan cekap dan pintar.

8. Seorang suami yang halus pergaulannya, seorang bapa yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipannya.

9. Baginda juga seorang Muslim yang waras lagi bijak membahagikan dedikasinya kepada Allah S.W.T., keluarga dan sahabat handai.

Sumber: Buku Teks dan Sumber KAFA/SRA

Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...