Singgah Jap

Ahad, 6 Februari 2011

Keseronokan Berganda

Alhamdulillah. Semua perancangan berjalan lancar dengan izin Allah.

Lama tak bersiaran. Sibuk sikit. Tak sempat nak buat entry untuk auto publish. Seronok sangat sebab kesemua adik beradik aku berkumpul di rumah aku di Pulau Pinang. Hmmmmm.. kejadian sebegini jarang-jarang berlaku di rumah aku. Seronoknya. Walaupun rumah macam kapal karam tapi itu semua belakang kira. Yang penting kami dapat bersua muka. Tujuan utama gathering adalah untuk meraikan perkahwinan adik lelaki bongsu kami yang memilih warga Perlis sebagai pasangannya. Kiranya mereka bakal memeriahkan lebuh raya utara selatan. Tujuan sampingan pulak mestilah round satu Perlis. Sungguh seronok. (dah nama pun keseronokan berganda kan..)


Inilah pasangan pengantin tu. Gambar aku amik dari facebook adik ipar aku yang hidungnya sungguh mancung tu. Pehhh!! Waktu gambar ni diambil kami semua sudah meninggalkan bumi Perlis. Zaman aku dulu tak sempat amik gambar kat taman sebab dalam hati sudah ada taman. Hehehe..

Mudahan Allah akan limpahkan mereka dengan kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Sentiasa ingat akan Allah dan Rasulullah. Tidak lupakan jasa ibu bapa dan keluarga. Dunia adalah tempat untuk kita membina akhirat.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails