Jumaat, 18 Februari 2011

Syaitan dan hidung


Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: "Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur".

Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman mengenai hidung sebagai sketsa yang merehatkan minda dan fikiran. Maaf sekiranya paparan ini mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak.

Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya, kenalah kita ambil tahu sikit.
Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan berkembang megah bila dipuji.

Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis, kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.

Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.

Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.

Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya. Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.
 Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita, macam-macam dia boleh kerjakan kita. Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.

Cara nak membersihkannya:
Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan.
Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal,boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal! Nak guna sabun pun boleh,tetapi jangan banyak sangat,nanti berbuih pulak lubang hidung, boleh lemas.....Setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung!

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).

Akhir kata........
"Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku"

Sekian, Wallahu a'lam."

p/s: aku copy paste dari inbox aku.. lama dah ni..


3 ulasan:

Ana Aisyah berkata...

terima kasih atas perkongsian,encik..

may Allah bless you ^^

Ahliacikgukhairul berkata...

AnaAisyah: welcome, tq singgah..

normi berkata...

KN.. tq jugak dari Nomie..yg tak tahan tu di panggil Encik...sob sob yer KN..

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...