Untuk mereka yang berada di sekitar Kota Bharu, Kelantan.. mungkin boleh kontek syarikat ni andai anda berminat.. aku tertarik dengan kata-kata yang dipaparkan di kenderaan syarikat ni.. bagus kaedah promosinya untuk mereka yang menjaga kesihatan.. siap ada tulisan Cina lagi..
Isnin, 28 Februari 2011
Ahad, 27 Februari 2011
Ular
Baru-baru ni aku berpeluang melawat Taman Ular di Perlis. Kagumnya dengan ciptaan Allah Yang Maha Esa. Ular dan biawak adalah keluarga reptilia. Spesies ular je ada bermacam-macam jenis yang tak tercapai dek akal kita. Mari kita sama-sama menyaksikannya.. lihatlah dengan mata hatimu..
biawak si penyambut tetamu..
telur ular di dalam perut
rangka ular
Atiqah si pelawat ular..
Sabtu, 26 Februari 2011
Selepas 4 tahun...
gambar dirakam selepas 4 jam dilahirkan..
yang ni pulak selepas 4 tahun.. kiranya selimut tu dah diturunkan ke adik tapi si kakak masih suka nak pakai.. usia selimut adalah 7 tahun.. yang paling untung adalah Atif sebab dia yang dapat rasmikan.. hehehe.. aku ni jimat @ kedekut?
Jumaat, 25 Februari 2011
Suatu Masa Dulu
Ye.. Tuan Jalaluddin Hassan dan isteri datang ke jamuan pra-graduan kami tahun lepas. Tarikh sebenar aku dah tak ingat. Beliau datang untuk sama-sama meraikan anaknya yang dijangka akan tamat pengajian masa tu. Aku kagum dengan beliau sebab sanggup meluangkan masa untuk bersama-sama anaknya walaupun beliau begitu sibuk (dan aku pun sibuk nak tumpang bergambar). Beliau minta diberi peluang untuk mendendangkan 2 buah lagu malam tu.. kitorang ok je asal tak dikenakan sebarang bayaran. Kiranya malam tu beliau turut jadi pengacara majlis. Suara beliau memang sedap. Anugerah Allah. Apa yang aku ingat.. beliau kata semua ibu bapa patut hadir pada malam tu untuk bersama anak-anak mereka dan aku pun menjawab dalam hatiku saja.. "Ibu bapa patut datang time konvokesyen je, bukan malam pra graduan.. diorang ni belum pasti tamat belajar semester ni".. hehehe, jawab dalam hati je tau..
Khamis, 24 Februari 2011
Al-Quran sebagai pembela di Akhirat
Abu Umamah r.a berkata : “Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Quran. Telah bersabda Rasulullah S.A.W : “ Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.”
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, “ Kenalkah kamu kepadaku?” Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : “Siapakah kamu?” Maka berkata Al-Quran : “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.” Kemudian berkata orang pernah membaca Al-Quran itu : “ Adakah kamu Al-Quran?” Lalu Al-Quran mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : “ Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?” Lalu dijawab : Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran.”
Rabu, 23 Februari 2011
Dialog Kanak-kanak
Situasi 1
Cik Tipah : Ibu, ibu.. tadikan.. semalamkan.. ibu cakap kat ayah ibu nak kawin..
Ibu : Haaaa? Ibu nak kawin dengan sapa?
Cik Tipah : Ibu nak kawin dengan Tipah, dengan baby, dengan Atif, dengan Ayah..
Ibu : Ooooooo... (agaknya apa la kawin tu di pikiran ko Cik Tipah oi!).
Situasi 2
Atif : Ibu, cuba ibu tengok rambut kakak tu.. warna koko ke?
Ibu : Ya..
Atif : Kenapa kakak tu rambut dia warna koko bukan warna hitam?
Ibu : Ibu tak pasti la.. Atif tengok mana lebih cantik? Rambut warna hitam atau warna koko?
Atif : Hmmmm.. kakak tu cantik kalau pakai tudung kot.. nanti tak de orang tanya kenapa rambut kakak tu warna koko kan?
Ibu : Betul la tu.. hehehe
Situasi 3
Atif : Ibu, kenapa ibu tak hantar Atif pegi Sekolah PJ?
Ibu : Atif kan nak jadi ustaz.. ibu hantar la kat sekolah agama..
Atif : Kalau sekolah kat PJ tu tak boleh jadi ustaz ke? Habis tu diorang nanti jadi apa?
Ibu : Boleh gak jadi ustaz tapi..
Atif : Tapi apa ibu?
Ibu : Hehehehe... nanti ibu tanya ayah eh.. (teruknya ibu ko.. tak tau apa nak jawap..)

Selasa, 22 Februari 2011
Satu
Sebelum lebih lambat lagi, aku nak ucapkan tahniah kepada adik Wee Soo Yen yang terpilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul 2011. Beliau mendapat A bagi matapelajaran Bahasa Arab & Komunikasi. (Mudahan adik ni sekeluarga mendapat hidayah selepas terima anugerah dan hadiah Kitab Terjemahan Al-Quran.. Amin). Huhuhu.. malu kat adik ni.. dulu aku ada gak belajar Bahasa Arab tapi sampai ke Darjah Khas je then terus dilupakan. Sekarang ni baru sibuk nak belajar semula sambil-sambil nak mengajar Atif. Moga masih belum terlambat.
Kiranya adik ni boleh juga jadi tokoh Satu Malaysia. Sekarang ni perkataan "satu" adalah perkataan yang sentiasa bermain di bibir kebanyakan pemimpin. Semua nak ada "satu".
"Satu Malaysia"
"Satu Negara"
"Satu Malaysia Satu Ummah"
"Cipta Lagu Bahasa Satu Dunia"
"Salam Satu Malaysia"
"Satu Isteri Satu suami" - yang ni dah dimansuhkan.. dulu-dulu punya kempen ni..
Tapikan.. agak-agak pemimpin kita berani tak nak laungkan slogan ni:
"Satu Malaysia ertinya Satu Agama iaitu Islam dan hanya ada satu Tuhan iaitu Allah S.W.T. dan lafazkan hanya satu kalimah - Lailahaillallah Muhammadurrasulullah".

Isnin, 21 Februari 2011
Sirah Nabi Muhammad S.A.W Sebagai Panduan
1. Sirah Nabi Muhammad S.A.W adalah sejarah yang paling benar kerana sumbernya adalah Al-Quran dan hadis.
2. Sejarah Nabi Muhammad S.A.W sampai kepada kita melalui sumber ilmiah dan fakta-fakta yang diyakini kesahihannya.
3. Sejarah nabi memaparkan susuk seseorang manusia yang mendapat keistimewaan yang diangkat menjadi rasul yang maksum.
4. Peringkat kehidupan bermula dari kelahiran, kanak-kanak, remaja, diangkat menjadi nabi sehingga wafat jelas dari sumber yang dipercayai.
Sirah Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah bercampur aduk dengan cerita dongeng dan tidak mengandungi penambahan unsur ketuhanan seperti sejarah Nabi Isa A.S. yang dikatakan sebagai anak tuhan.
Nabi Muhammad S.A.W. dikurniakan sebuah kitab yang paling mulia dari Luth Mahfudz iaitu Al-Quran berbanding Kitab Taurat (Nabi Musa A.S), Kitab Zabur (Nabi Daud A.S.) dan Kitab Injil (Nabi Isa A.S.).
Firman Allah S.W.T yang bermaksud
"Muhammad itu bukanlah bapa salah seorang laki-laki kamu tetapi dia adalah utusan Allah dan penutup para nabi."
Surah Al-Ikhzab, Ayat 40
Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:
"Sesungguhnya perutusan dan kenabian telah terputus (selesai) maka tiada lagi rasul dan nabi selepasku."
Sumber: Buku Teks dan Sumber KAFA/SRA

Ahad, 20 Februari 2011
Kepentingan Sirah
1. Supaya setiap muslim dapat memahami dan menggabarkan bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah S.A.W.
2. Membantu Muslim memahami dan mencapai isi kandungan Al-Quran kerana banyak ayat-ayat Al-Quran yang dihurai oleh kejadian dan sejarah hidup Nabi Muhamammad S.A.W.
3. Agar setiap Muslim dapat mengumpul seberapa banyak perbendaharaan kebudayaan dan pengetahuan Islam yang sebenar sama ada pengetahuan tentang akidah, ibadat dan akhlak.
4. Membolehkan para pendakwah Islam mencontohi dan mendidik mengikut pendidikan dan pengajaran Nabi Muhammad S.A.W sendiri selaku pendidik, penasihat, guru dan pembimbing yang utama.
5. Sebagai petunjuk kehidupan kerana sejarahnya lengkap meliputi segenap bidang kehidupan sama ada dari segi kemanusiaan mahupun kemasyarakatan.
6. Baginda seorang pemuda yang waras. Peribadi yang dipercayai di kalangan keluarga dan sahabat, seorang manusia yang menyeru umat manusia ke jalan Allah secara lemah-lembut dan bersopan-santun.
7. Baginda juga pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan seruan Allah S.W.T., seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan cekap dan pintar.
8. Seorang suami yang halus pergaulannya, seorang bapa yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipannya.
9. Baginda juga seorang Muslim yang waras lagi bijak membahagikan dedikasinya kepada Allah S.W.T., keluarga dan sahabat handai.

Jumaat, 18 Februari 2011
Syaitan dan hidung
Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: "Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur".
Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman mengenai hidung sebagai sketsa yang merehatkan minda dan fikiran. Maaf sekiranya paparan ini mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak.
Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya, kenalah kita ambil tahu sikit.
Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan berkembang megah bila dipuji.
Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis, kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.
Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.
Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.
Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.
Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya. Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.
Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita, macam-macam dia boleh kerjakan kita. Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.
Cara nak membersihkannya:
Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan.
Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal,boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal! Nak guna sabun pun boleh,tetapi jangan banyak sangat,nanti berbuih pulak lubang hidung, boleh lemas.....Setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung!
Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).
Akhir kata........
"Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku"
Sekian, Wallahu a'lam."
p/s: aku copy paste dari inbox aku.. lama dah ni..
Khamis, 17 Februari 2011
Lapar la..
Tajuk hari ni agak ngeri sikit.
Hari ni hari kedua aku join Bengkel Penulisan Laporan Projek KIK. Sungguh bajet bengkel kali ni kerana hanya makan tengahari je disediakan. So biler dah pukul 11 pagi je perut dah berkeriot.. ye la.. bila kerja banyak menggunakan otak ni badan cepat letih dan lapar.. betul ke? Ke aku je yang macam tu.. hehehe
Sekarang ni kebanyakan kursus-kursus dalaman kami dah tak disediakan makan. Bajet terpaksa dikawal. Mungkin boleh bantu untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir. Tapi.. kalau duit-duit tu terpaksa dialihkan untuk adakan konsert kanak-kanak memang aku nak marah. Kalau duit tu disedekahkan pada rakyat miskin tegar pun aku rela. Jangan duit tu digunakan untuk melancong satu keluarga golongan atasan ke luar negara. Sungguh tidak patut.
Hmmm... aku yang baru lapar sedikit dah rasa nak marah. Dah berpikir macam-macam yang menambahkan kemarahan sendiri. Agaknya macam mana la kalau langsung tak de makanan. Mau pemberontakan boleh berlaku. Tidak mustahil. Betul la.. kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran. Bila ada mubaligh agama kafir datang membantu.. si susah/miskin akan cepat terpesona dengan kesenangan yang ditawarkan. Tidak mahu menempuh kesusahan lagi. Sanggup menggadai agama dan maruah demi sesuap nasi. Apa pun.. kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Usaha dan doa perlu seiring.
Tapikan.. ni memang tengah lapar.. huhuhuhu..

Selasa, 15 Februari 2011
Isnin, 14 Februari 2011
Tanggungjawab
Ada kisah benar yang nak dikongsi bersama pembaca. Tak ingat sumber. Cuma ingat bahan je.
A (nama sebenar) merupakan anak bongsu dalam keluarga dan pelajar semester akhir di sebuah universiti tempatan. Beliau telah berkawan dengan seorang budak perempuan hampir 5 tahun. Tiba-tiba tak de angin tak de petir, A menyatakan hasrat untuk mengahwini gelfrennya walaupun belajar tak abis lagi. Adik beradik sepakat nak mengahwinkannya sebab berpegang kepada petua orang tua-tua, "orang dah sebut nak kawin kena segerakan dan tak boleh nak halang". Si ibu berat hati nak memberi keizinan.. ye la tak abis belajar lagi.. kang nak makan apa plak? (Jangan lupa.. rezeki urusan Allah).
Lalu si ibu pun bertanya kepada si anak. "Kenapa nak kawin tengah belajar? Habiskan la dulu belajar." Si anak pun menjawab, "Saya rasa saya nak bertanggungjawab. Semua orang anggap saya masih budak kecik. Jadi bila dah kawin nanti pandangan orang pun berbeza pada saya." Terbeliak mata si ibu mendengar alasan yang macam tak boleh diterima dek akal yang waras. Kelakar pun ada. Si abang pun menyampuk, "Ko kalau nak bertanggungjawab, kena la bertanggungjawab pada mak, diri dan keluarga dulu." (Hmmm.. betul gak kan?)
Apa yang aku dengar, si A sudah selamat bernikah dengan gelfrennya dan dah tidak ingat akan ibunya. Mungkin tengah sibuk menunaikan tanggungjawab pada si iseri.
Moral : Rasulullah S.A.W berpesan agar kita berbuat baik kepada ibu bapa. Doa ibu bapa boleh membawa kita ke syurga. Anak-anak kena sentiasa ingat (bertanggungjawab) dan doakan ibu bapa. Jasa ibu bapa tak terbalas dek kita. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka.

Ahad, 13 Februari 2011
Ke Pendang kita..
Saat dan ketika ini aku bersiaran dari Perlis.
First time dalam hidup aku pegi makan kenduri di tepi bendang (ye la.. Johor maner ada bendang.. tu yang cam jakun). Kejadian ni bulan Disember lepas. Jemputan dari kawan sepemergian haji. Hujan lebat. Sawah terbentang luas saujana mata memandang. Seronok + ngeri. Seronok sebab pengalaman pertama. Ngeri sebab laluan kenderan cuma muat satu kereta je.. tak boleh berselisih. Tuan rumah buat arahan jalan sehala. Alhamdulillah.. hidangannya simple tapi superb. Makan di waktu hujan lebat dan lauk semua masih panas.

Langgan:
Catatan (Atom)
2019 dah?
Assalamu'alaikum semua!! dah 2019 dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku 😂 entri terakhir pasal...
-
Dalam Bahasa Arab perkataan sirah datang dari perkataan " sara" yang bermaksud mengembara atau dalam sebuah perjalanan. Ia ada...
-
Assalamualaikum.. (mulakan majlis dgn Surah Al-Fatihah) haha.. meh kita blajar sikit pasal bahasa kali ni.. kekadang kita baca dan dah dite...