Ahad, 14 November 2010

WUKUF DI ARAFAH

Pada saat entry ni ditaip.. para jemaah haji sedang menuju ke Padang Arafah untuk wukuf di situ pada esok hari (9Zulhijjah 1431 Arab Saudi = 15November2010 Malaysia).. waktu wukuf adalah mulai gelincir matahari (masuk waktu Zohor) hingga terbenam matahari (masuk waktu Maghrib).. kalau kat Malaysia waktunya lebih kurang pukul 5 petang esok hingga 12 tengah malam.. moga Allah mudahkan semua urusan jemaah haji tahun ini dan dikurniakan haji yang mabrur.. Amin..

Bersempena dengan tajuk kita hari ini.. maka aku nak share berkenaan khutbah yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W semasa wukuf di Arafah yang mana khutbah tersebut dikenali sebagai Khutbah Perpisahan.

"Apabila mulai gelincir matahari, Rasulullah S.A.W dan kaum Muslimin berhimpun di Wadi 'Uranah (berhampiran Arafah) seterusnya menyampaikan khutbah. Inilah khutbah yang merangkumi semua maksud seperti yang disampaikannya:

"Hai manusia, dengarlah kata-kataku. Sesungguhnya aku tidak mengetahui entahkan aku tidak bertemu kamu lagi selepas tahun ini di tempat ini buat selama-lamanya.

Sesungguhnya darah dan harta kamu adalah haram terhadapmu sebagaimana kehormatan hari ini pada bulan ini dan di negeri kamu ini. Ingatlah, semua perkara yang berhubung dengan kelakuan jahiliyyah dihapuskan. Tuntutan darah yang pertama aku hapuskan ialah darah Ibn Rabi'ah bin al-Harith (Ibn Rabi'ah sedang mencari wanita penyusu di tempat Bani Sa'ad, tiba-tiba dia dibunh oleh Kabilah Hudayl). Riba jahiliyyah semuanya terhapus, dan riba kita yang pertama sekali aku hapuskan ialah riba 'Abbas bin 'Abd al-Muttalib, riba itu semuanya telah terhapus.

Bertakwalah kepada Allah dalam soal wanita kerana kamu mengambil mereka dengan amanah Allah. Kamu menghalalkan mereka dengan kalimah Allah. Mereka berkewajipan menunaikan tanggungjawab terhadap kamu iaitu dengan tidak membenarkan seorang pun yang kamu tidak suka masuk ke rumahmu. Jika mereka melakukan demikian, maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak mencederakan. dan kamu pula berkewajipan memberikan hak mereka yang berupa makan minum dan pakaian secara yang baik.

Aku tinggalkan kepada kamu sesuatu, yang jika kamu berpegang dengannya maka selama-lamanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah dan sunnahku.

Hai manusia, sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku, dan tidak ada umat selepas kamu. Ingatlah, maka sembahlah Tuhanmu, tunaikan solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat hartamu dengan penuh kerelaan jiwa, tunaikanlah haji di rumah Tuhanmu dan taatilah para pemimpin yang mengendalikan urusanmu, nescaya kamu akan dapat masuk syurga Tuhanmu.

Tentu ada yang ingin kamu tanyakan tentangku, maka sebutlah apa yang ingin kamu katakan?"

Mereka menjawab: "Kami mempersaksikan bahawa engkau benar-benar telah menyampaikan, menunaikan dan menasihati".

Lalu sambil menunjukkan jari telunjuknya ke langit dan sesekali menghalakannya kepada orang ramai, baginda berkata: "Ya Allah, saksikanlah". Diulangnya kata-kata itu sebanyak tiga kali.

Orang yang berteriak mengucapkan semula kata-kata Rasulullah S.A.W (supaya dapat didengar oleh orang ramai) semasa baginda berada di Arafah itu ialah Rabi'ah bin Umayyah bin Khalaf.

Selesai Rasulullah S.A.W menyampaikan khutbahnya, turunlah kepadanya ayat Al-Quran:

.. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu..

(Surah al-Ma'idah, Ayat 3)

Tatkala Abu Bakar mendengar ayat itu dibaca oleh baginda, maka beliau pun menangis, lalu orang pun bertanya kepadanya: "Mengapa engkau menangis?". Jawabnya: " Tidak ada selepas kesempurnaan melainkan akan datang kekurangan".

Selepas selesai khutbah, Bilal pun berazan dan beriqamat, kemudian Rasulullah S.A.W menunaikan solat Zohor bersama orang ramai. Setelah itu diqamatkan sekali lagi, kemudian baginda menunaikan solat Asar pula (secara jama') tanpa diselangi antara dua solat itu dengan solat yang lain. Kemudian baginda menunggang untanya dan datang ke tempat wukuf. Dilepaskan untanya merapatkan perutnya ke batu-batu dan tali untanya berada di hadapannya. Sambil menghadap kiblat (di atas unta), baginda berwukuf sehingga terbenam matahari dan warna kuning di langit hilang sedikit sehingga akhirnya bebola matahari itu hilang daripada pandangannya. Setelah itu, baginda memboncengkan Usamah di atas untanya dan bergerak menuju ke Muzdalifah.

p/s: gambar di bawah dirakamkan di Arafah semasa waktu wukuf...














Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...