Isnin, 15 November 2010

Mabit di Muzdalifah dan Mina

Tiba di Muzdalifah, Rasulullah S.A.W menunaikan solat Maghrib dan Isya' secara Jama' dan Qasar dalam waktu Isya'. Selesai sahaja solat, baginda berbaring hingga terbit fajar lalu menunaikan fardhu Subuh. Selepas itu baginda meneruskan perjalanan ke Masya'ir haram dan baginda berhenti menghadap ke arah kiblat, berdoa mengagungkan Allah S.W.T serta mentauhidkanNya.

Baginda Rasulullah S.A.W berangkat menuju ke Jamrah Kubra di Mina lalu melontar dengan tujuh biji anak batu. Setelah itu, Rasulullah S.A.W kembali ke khemah, dan di sana baginda telah menyembelih 63 ekor unta, setiap seekor untuk satu tahun dan baki daripada jumlah 100 ekor unta yang dibawa dari Madinah dan yaman disembelih oleh Saidina Ali a.s. untuk mengambil sepotong daging dari setiap unta tersebut lalu dimasak, maka Baginda dan Saidina Ali a.s memakan dan menghirup kuahnya. Kemudian Rasulullah S.A.W bercukur.

Selepas itu, Rasulullah S.A.W berangkat ke Makkah menuju Baitullah untuk mengerjakan Tawaf Rukun dan solat Zohor di sana. Selesai sahaja solat, Rasulullah S.A.W pun meminum air zamzam. Kemudian baginda kembali semula ke Mina untuk melontar Jamrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra pada hari-hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah serta mabit di sana sehinggalah selesai kerja melontar dilakukan.

Sebelum Rasulullah S.A.W dan umat Islam meninggalkan Makkah mereka mengerjakan Tawaf Wada' sebagai tanda perpisahan dan penghormatan kepada Baitullah.

Dengan Tawaf Wada' tadi, maka selesailah peristiwa bersejarah yang dilalui oleh ratusan ribu umat Islam. Selepas itu mereka berangkat pulang ke kampung halaman masing-masing. Rasulullah S.A.W dan para sahabat berangkat menuju ke Madinah. Tidak lama selepas peristiwa itu, Rasulullah S.A.W pun wafat menemui Allah S.W.T pada 12 rabiul Awal 11 Hijrah ketika berusia 63 tahun.

suasana mabit di Muzdalifah.. time ni dah tak de unta.. kebanyakkannya berjalan kaki atau menaiki bas..

bendera Malaysia berkibar di Muzdalifah.. manusia bertebaran untuk mabit seketika..

mabit di Mina

bersiap untuk melontar Jamrah


bertahallul awal dengan menggunting sedikit rambut anggaran 3 helai rambut sebesar seuras anak jari





Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...