Ahad, 21 November 2010

MQF for MQA

Hujung bulan Oktober lepas, aku telah diberi sedikit pendedahan merangkap kesedaran tentang Agensi Kelayakan Malaysia @ Malaysian Qualification Agency (MQA). Dulu agensi ni dikenali sebagai Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Pihak PSP (semua politeknik sebenarnya)sudah mengguna pakai kurikulum yang baru bermula pada semester Julai 2010. Oleh itu, akreditasi adalah diperlukan untuk program yang menggunapakai kurikulum tersebut. Pihak MQA amat menitikberatkan proses perlaksanaan dan juga hasilnya. Maka, kumpulan pelajar Semester 1 sesi Julai 2010 ini akan dipantau hingga mereka tamat pengajian dari segala segi - kurikulum, penilaian pengajaran dan pembelajaran, kelayakan pensyarah yang mengajar serta kebolehpasaran graduan tersebut (selepas 5 tahun tamat pengajian).
Sebelum ini, PSP dianugerahkan sijil piawaian oleh pihak SIRIM berdasarkan proses perlaksaanaan (ISO) sahaja tetapi sekarang hasilnya akan diaudit sekali. Camaner ya?

Sehubungan dengan itu, satu dokumen yang lengkap perlu disediakan yang mana menceritakan keseluruhan institusi beserta program yang ditawarkan. Untuk tujuan ini, satu Kod Amalan Audit Institusi (COPPA) akan dirangka bagi mewakili seluruh institusi manakala setiap program pula perlu diterjemahkan dalam Kod Amalan Akreditasi Program (COPPIA). Kod amalan ini merupakan rangka kerja (framework/blueprint) yang perlu dihantar kepada pihak MQA untuk tujuan audit. Sehubungan itu, pihak PSP akan diaudit oleh MQA berdasarkan MQF yang telah disediakan.

Pihak MQA akan melawat PSP pada 2012 yang mana kumpulan pelajar Semester 1 ini berada di semester akhir pengajian. PSP perlu menyimpan semua dokumen berkaitan (bukti audit) bermula sekarang hingga 2012 akan datang.
kita perlu saling bantu membantu dalam menjayakan misi ini!

hati kena sentiasa berbunga-bunga dalam menjalankan misi tersebut!


dan........
^
^
^
^
^
^
^
^
Cerita ini akan disambung pada 2012 nanti setelah selesai proses perlaksanaannya. InsyaAllah.

Glosari:
MQF = Malaysian Qualification Frameworks
MQA = Malaysian Qualification Agency

Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...