Ahad, 28 November 2010
PANGGILAN ALLAH 3X SEHARI
Sabtu, 27 November 2010
Jumaat, 26 November 2010
TOY STORY 3
1. Woody a.k.a cowboy
2. Buzz
3. Dinosaur
4. Mr. Potato & Mrs. Potato
5. Cowgirl
6. Barbie
7. Ken
8 - dan lain-lain..
Moral cerita: Semangat setiakawan yang tinggi..
Khamis, 25 November 2010
Semanis Kurma 25/11/2010
"Simpan surat di dalam peti
Sayangilah suami/isteri sepenuh hati"
Kesimpulan dari hujah-hujah yang diutarakan oleh panel:
1. Ucap 'ASTAGHFIRULLAH HALAZIM' setiap masa (muhasabah diri)
2. Tegur isteri/suami dengan cara yang berhemah
Bil tepon bulan November 2010
Siasat punya siasat.. (siap mintak tolong kat Oya lagi ni.. tq my beloved Oya.. muah muah) then belek belek henpon tu rupanya Atif 'on'kan internet application.. tu yang bil internet aku berjalan laju sepantas kilat tanpa menoleh kiri kanan dan belakang... huhuhuhu... tu kos bil untuk 6 bulan tau... lari bajet nih.. kifarah untuk aku la ni.. ampunkan aku Ya Allah..
Ok.. cukup rintihan kalbu untuk hari ini..
Moral : Lain kali pas anak main-main henpon kena cek apa yang diorang dok tekan-tekan... takut sejarah kembali berulang...
Selasa, 23 November 2010
Anda Insan Yang Mana Satu?
Diam tak diam rupanya blog aku dah berusia 1 tahun 4 bulan.. rasanya macam baru berjinak-jinak dalam dunia blogging ni.. dan blog aku ni pun masih belum ada identitinya sendiri. Caca marba. Ikut sesedap rasa apa yang nak diceritakan.
Baru-baru ni aku terjumpa ayat-ayat berikut dalam sebuah buku "Study Smart" terbitan PTS.
ANDA INSAN YANG MANA SATU
Insan berfikiran tinggi
gemar berkata tentang ilmu
Insan berfikiran sederhana
gemar berkata tentang peristiwa
Insan berfikiran rendah
gemar berkata tentang insan lain
Insan berfikiran cetek
gemar berkata tentang memuji diri sendiri.
hmmmm.... biler aku baca semula semua entry sebelum ni.. aku cam termasuk dalam semua golongan insan yang disebutkan di atas. Anda bagaimana?
Isnin, 22 November 2010
Cuba Teka
Hahaha.. meh uol try teka bilakah hari kejadian yang sebenar?
Dialog 1
Cik Tipah : Ibu, nak pakai baju tido ke baju jalan?
Ibu: Baju tido la.. kan dah nak malam ni..
Cik Tipah : Pakai baju jalan la ibu... ayah kata nak pegi jasko besok semalam tuu..
Dialog 2
Cik Tipah : Ibu!! Tengok Atif tu!
Ibu : Kenapa?
Cik Tipah : Dia cubit Tipah tadi semalam..
Dialog 3
Cik Tipah : Ibu sembahyang apa?
Ibu : Sembahyang Isyak.
Cik Tipah : Tipah pun nak sembahyang jugak nanti semalam.
Moral : Waktu semalam boleh digandingkan dengan banyak waktu.
Ahad, 21 November 2010
MQF for MQA
Glosari:
MQF = Malaysian Qualification Frameworks
MQA = Malaysian Qualification Agency
Berkorbanlah Untuk Bersatu
Wah! Tajuk hari ni sama dengan tajuk tulisan kolumnis Dr. Mohd Ridhuan Tee. Aku memang minat dengan penulisan beliau selain dari kolumnis Noraini Abdul Razak di Mingguan Malaysia. Bahasa dan garapan mereka memang menarik minat kita untuk meneruskan pembacaan hingga ke noktah yang terakhir.
Bersempena Hari Raya Qurban juga, sebenarnya banyak bentuk pengorbanan yang boleh kita lakukan.
Sebagai pelajar - berkorban wang, masa dan tenaga untuk menuntut ilmu.
Sebagai pendidik - berkorban wang, masa, tenaga, air liur dan perasaan dalam mendidik anak bangsa.
Sebagai ibu bapa - korbankan masa senggang dalam membentuk peribadi anak-anak.
Sebagai ahli politik - korbankan duit poket dan malu bagi meraih undi.
Sebagai umat Islam - korbankan kepentingan diri, harta, pangkat dan parti politik dalam menegakkan syiar Islam.
Bersatulah demi agama Islam yang suci!!
Khamis, 18 November 2010
Beraya di Perantauan
Tengok tajuk je dah taukan.. Sedihnya Aidil Adha aku kali ni.. dok kat rumah 5 beranak.. jiran tetangga semua balik kampung.. huhuhuhu.. aku tanya CK.. sedih tak? dia kata sedih la.. aku pun mesti la berganda-ganda sedih kan.. anak-anak tak berapa nak tau sangat.. Atif tanya.. "Kenapa kali ni kita raya tapi tak payah puasa dulu?". Then kena la cerita sejarah Aidil Adha.. haaaaa.. pentingkan sejarah?
Pagi-pagi pas mandi sunat hari raya, CK pegi sembahyang raya.. aku cuma masak nasi + kambing goreng + kari ayam untuk sarapan kami.. then tengahari dapat makan kenduri dari daging korban di Surau Pauh Indah.. tepon korga kat kampung.. mintak diorang simpan sejuk beku lauk-lauk raya yang dimasak.. mak aku pun turut sedih la kan.. cam teruk now aku raya kali ni.. hahaha
Tapi.. bila raya kedua.. ada 3 jemputan kenduri yang perlu dipenuhi.. best.. best..
Takbir jangan lupa ya.. sampai raya ke4 nanti..
SEJARAH @ TAWARIKH
Ingat lagi subjek "TAWARIKH"? (please do not confuse with "TARAWIKH" ok..)
Dulu-dulu subjek Sejarah untuk sekolah rendah dikenali sebagai Tawarikh.. biler naik sekolah menengah stat belajar Sejarah pulak.. tapi Tingkatan 4 masa zaman aku dulu tak belajar Sejarah sebabnya subjek dah banyak.. dan aku rasa ruginya aku tak belajar sejarah dulu.. sebabnya aku tengok cikgu-cikgu sejarah sangat patriotik.. mungkin kerana mereka sangat menghayati cerita silam Malaysia @ dulu Tanah Melayu.. dan mereka sangat sayangkan negara berbanding remaja dan belia sekarang yang banyak menentang membabi buta tanpa menyelidiki sejarah yang dah tersurat.
Sebenarnya.. aku sangat menyokong langkah kerajaan yang mewajibkan lulus subjek Sejarah di peringkat SPM.. dan UiTm pulak nak subjek tersebut mesti dapat kepujian baru boleh dipertimbangkan untuk diterima masuk. Sejarah penubuhan UiTm pun kita kena tahu.. jadinya tak la nanti kita senang-senang nak bagi bangsa lain menerobos masuk dengan alasan kurangnya persaingan.. sedangkan bangsa lain tu sudah ada universiti mereka sendiri yang kita payah nak tembusi. Fikir la.
Bertitik tolak dari itu juga, kita kena tau sejarah hidup kita. Dari mana asalnya kita. Untuk apa kita dilahirkan ke dunia. Apa kesan dari perbuatan kita semalam, hari ini dan seterusnya pada masa akan datang. Semua tu sejarahkan? Mana yang baik kita jadikan tauladan dan mana yang buruk kita jadikan sempadan. Kesan dari sejarah la kita kena berhati-hati dalam menjalani kehidupan kita seterusnya. Moga kita dapat pengakhiran yang hasanah (baik).
Hari Raya Qurban pun ada sejarahnya. Ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah. Itu salah satu contoh kecintaan yang tinggi terhadap Allah. Selain itu, keistimewaan Hari Raya Qurban @ Aidil Adha ini adalah ibadat korban yang hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah. Dari segi bahasa qurban bermaksud dekat manakala dari segi istilah pula bermaksud menjalankan perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri padaNya.
Moral di sini, kita kena tau sejarah kita agar sentiasa berpijak di bumi yang nyata.
"Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali".
Rabu, 17 November 2010
Isnin, 15 November 2010
Mabit di Muzdalifah dan Mina
Tiba di Muzdalifah, Rasulullah S.A.W menunaikan solat Maghrib dan Isya' secara Jama' dan Qasar dalam waktu Isya'. Selesai sahaja solat, baginda berbaring hingga terbit fajar lalu menunaikan fardhu Subuh. Selepas itu baginda meneruskan perjalanan ke Masya'ir haram dan baginda berhenti menghadap ke arah kiblat, berdoa mengagungkan Allah S.W.T serta mentauhidkanNya.
Baginda Rasulullah S.A.W berangkat menuju ke Jamrah Kubra di Mina lalu melontar dengan tujuh biji anak batu. Setelah itu, Rasulullah S.A.W kembali ke khemah, dan di sana baginda telah menyembelih 63 ekor unta, setiap seekor untuk satu tahun dan baki daripada jumlah 100 ekor unta yang dibawa dari Madinah dan yaman disembelih oleh Saidina Ali a.s. untuk mengambil sepotong daging dari setiap unta tersebut lalu dimasak, maka Baginda dan Saidina Ali a.s memakan dan menghirup kuahnya. Kemudian Rasulullah S.A.W bercukur.
Selepas itu, Rasulullah S.A.W berangkat ke Makkah menuju Baitullah untuk mengerjakan Tawaf Rukun dan solat Zohor di sana. Selesai sahaja solat, Rasulullah S.A.W pun meminum air zamzam. Kemudian baginda kembali semula ke Mina untuk melontar Jamrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra pada hari-hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah serta mabit di sana sehinggalah selesai kerja melontar dilakukan.
Sebelum Rasulullah S.A.W dan umat Islam meninggalkan Makkah mereka mengerjakan Tawaf Wada' sebagai tanda perpisahan dan penghormatan kepada Baitullah.
Dengan Tawaf Wada' tadi, maka selesailah peristiwa bersejarah yang dilalui oleh ratusan ribu umat Islam. Selepas itu mereka berangkat pulang ke kampung halaman masing-masing. Rasulullah S.A.W dan para sahabat berangkat menuju ke Madinah. Tidak lama selepas peristiwa itu, Rasulullah S.A.W pun wafat menemui Allah S.W.T pada 12 rabiul Awal 11 Hijrah ketika berusia 63 tahun.
suasana mabit di Muzdalifah.. time ni dah tak de unta.. kebanyakkannya berjalan kaki atau menaiki bas..
bendera Malaysia berkibar di Muzdalifah.. manusia bertebaran untuk mabit seketika..
mabit di Mina
bersiap untuk melontar Jamrah
Ahad, 14 November 2010
WUKUF DI ARAFAH
Pada saat entry ni ditaip.. para jemaah haji sedang menuju ke Padang Arafah untuk wukuf di situ pada esok hari (9Zulhijjah 1431 Arab Saudi = 15November2010 Malaysia).. waktu wukuf adalah mulai gelincir matahari (masuk waktu Zohor) hingga terbenam matahari (masuk waktu Maghrib).. kalau kat Malaysia waktunya lebih kurang pukul 5 petang esok hingga 12 tengah malam.. moga Allah mudahkan semua urusan jemaah haji tahun ini dan dikurniakan haji yang mabrur.. Amin..
Bersempena dengan tajuk kita hari ini.. maka aku nak share berkenaan khutbah yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W semasa wukuf di Arafah yang mana khutbah tersebut dikenali sebagai Khutbah Perpisahan.
"Apabila mulai gelincir matahari, Rasulullah S.A.W dan kaum Muslimin berhimpun di Wadi 'Uranah (berhampiran Arafah) seterusnya menyampaikan khutbah. Inilah khutbah yang merangkumi semua maksud seperti yang disampaikannya:
"Hai manusia, dengarlah kata-kataku. Sesungguhnya aku tidak mengetahui entahkan aku tidak bertemu kamu lagi selepas tahun ini di tempat ini buat selama-lamanya.
Sesungguhnya darah dan harta kamu adalah haram terhadapmu sebagaimana kehormatan hari ini pada bulan ini dan di negeri kamu ini. Ingatlah, semua perkara yang berhubung dengan kelakuan jahiliyyah dihapuskan. Tuntutan darah yang pertama aku hapuskan ialah darah Ibn Rabi'ah bin al-Harith (Ibn Rabi'ah sedang mencari wanita penyusu di tempat Bani Sa'ad, tiba-tiba dia dibunh oleh Kabilah Hudayl). Riba jahiliyyah semuanya terhapus, dan riba kita yang pertama sekali aku hapuskan ialah riba 'Abbas bin 'Abd al-Muttalib, riba itu semuanya telah terhapus.
Bertakwalah kepada Allah dalam soal wanita kerana kamu mengambil mereka dengan amanah Allah. Kamu menghalalkan mereka dengan kalimah Allah. Mereka berkewajipan menunaikan tanggungjawab terhadap kamu iaitu dengan tidak membenarkan seorang pun yang kamu tidak suka masuk ke rumahmu. Jika mereka melakukan demikian, maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak mencederakan. dan kamu pula berkewajipan memberikan hak mereka yang berupa makan minum dan pakaian secara yang baik.
Aku tinggalkan kepada kamu sesuatu, yang jika kamu berpegang dengannya maka selama-lamanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah dan sunnahku.
Hai manusia, sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku, dan tidak ada umat selepas kamu. Ingatlah, maka sembahlah Tuhanmu, tunaikan solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat hartamu dengan penuh kerelaan jiwa, tunaikanlah haji di rumah Tuhanmu dan taatilah para pemimpin yang mengendalikan urusanmu, nescaya kamu akan dapat masuk syurga Tuhanmu.
Tentu ada yang ingin kamu tanyakan tentangku, maka sebutlah apa yang ingin kamu katakan?"
Mereka menjawab: "Kami mempersaksikan bahawa engkau benar-benar telah menyampaikan, menunaikan dan menasihati".
Lalu sambil menunjukkan jari telunjuknya ke langit dan sesekali menghalakannya kepada orang ramai, baginda berkata: "Ya Allah, saksikanlah". Diulangnya kata-kata itu sebanyak tiga kali.
Orang yang berteriak mengucapkan semula kata-kata Rasulullah S.A.W (supaya dapat didengar oleh orang ramai) semasa baginda berada di Arafah itu ialah Rabi'ah bin Umayyah bin Khalaf.
Selesai Rasulullah S.A.W menyampaikan khutbahnya, turunlah kepadanya ayat Al-Quran:
.. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu..
(Surah al-Ma'idah, Ayat 3)
Tatkala Abu Bakar mendengar ayat itu dibaca oleh baginda, maka beliau pun menangis, lalu orang pun bertanya kepadanya: "Mengapa engkau menangis?". Jawabnya: " Tidak ada selepas kesempurnaan melainkan akan datang kekurangan".
Selepas selesai khutbah, Bilal pun berazan dan beriqamat, kemudian Rasulullah S.A.W menunaikan solat Zohor bersama orang ramai. Setelah itu diqamatkan sekali lagi, kemudian baginda menunaikan solat Asar pula (secara jama') tanpa diselangi antara dua solat itu dengan solat yang lain. Kemudian baginda menunggang untanya dan datang ke tempat wukuf. Dilepaskan untanya merapatkan perutnya ke batu-batu dan tali untanya berada di hadapannya. Sambil menghadap kiblat (di atas unta), baginda berwukuf sehingga terbenam matahari dan warna kuning di langit hilang sedikit sehingga akhirnya bebola matahari itu hilang daripada pandangannya. Setelah itu, baginda memboncengkan Usamah di atas untanya dan bergerak menuju ke Muzdalifah.
p/s: gambar di bawah dirakamkan di Arafah semasa waktu wukuf...
Jumaat, 5 November 2010
ETIKA
Aku baru je habis kursus PPK - Work Ethics.. Alhamdulillah selesai dah 4 hari kat PSP.. dan banyak yang terkesan pada aku.. kunci utama dalam segala perbuatan adalah dengan sentiasa mengingati Allah.. InsyaAllah semua akan selamat.. so lupakan segala kesedihan, kelemahan dan kemalasan...
2019 dah?
Assalamu'alaikum semua!! dah 2019 dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku 😂 entri terakhir pasal...
-
Dalam Bahasa Arab perkataan sirah datang dari perkataan " sara" yang bermaksud mengembara atau dalam sebuah perjalanan. Ia ada...
-
Assalamualaikum.. (mulakan majlis dgn Surah Al-Fatihah) haha.. meh kita blajar sikit pasal bahasa kali ni.. kekadang kita baca dan dah dite...