Singgah Jap

Khamis, 30 Julai 2009

BUKU OH BUKU..

Assalamualaikum..

Cita-cita aku yg belum tercapai lg adalah nak bukak kedai buku + sewa buku + kafe.. Sebenarnya.. selain drp aku suka menulis (masa aku sekolah rendah dulu selalu menang peraduan mengarang tau!).. aku suka gak membaca.. mungkin sbb dr kecik lg mak aku selalu belikan aku buku cerita.. n masa umur aku 5 tahun dah boley baca surat khabar.. so.. sampai sekarang aku suka baca novel esp cinta..

Ni novel terbaru yg aku beli n baca.. aku cuma amik masa 2 hari je nak mengabiskannya.. haha.. kalu buku pelajaran lambat la nak abisnya + nak pahamkan lg..
Aku paling suka novelis Khadijah Hashim (bahasa dia memang bagus dan tersusun, penuh penghayatan dan pemerhatian).. then Sharifah Abu Salem (jalan cerita dia mcm yg betul berlaku di realiti).. diikuti dgn Norhayati Berahim, Anis Ayuni dll..
Kalu novel english.. aku suka sgt kt Sidney Sheldon.. semua buku dia aku ada.. memang sgt suspens n x dapat nak teka sapa penjahatnya.. tp kebanyakannya penjahatnya adalah pompuan.. nti kita story lain plak..
Ha ha.. biler berlaku anjakan umur.. minat pun sudah bercabang.. aku suka gak baca buku2 motivasi esp pasal pendidik.. Salah satunya buku ni la.. Buku kt atas ni lebih merupakan sebuah diari kehidupan si penulis sbg pendidik dan akhirnya menjadi pentadbir sekolah.. dulu2 x de blog.. so dia zahirkan dlm bentuk buku.. kita punya blog ni pun semacam diari gak kan.. ikut suka kita nak tulis apa tp sebenarnya itulah yg berlaku dalam kehidupan kita.. cewahhh!!! Dan antara pengajaran yg kita boleh dapati dr tulisan buku kt atas ni ialah..
  1. Harus menghormati orang tanpa mengira kedudukannya.
  2. Mengucap salam atau apa saja ucapan yang sesuai apabila bertemu seseorang patut dijadikan amalan
  3. Ketrampilan diri amat penting supaya tidak mengelirukan orang lain
  4. Jangan menilai manusia melalui lahiriahnya..

Ha ha.. kes kt atas ni adalah biler pengetua sekolah hanya berselipar dan org luar x tau dan x sangka pun dia pengetua.. haha.. kes silap org..

Buku ni dibeli lepas aku dan CK p buat pemeriksaan kesihatan dan kena injek vaksin.. Huhu.. Sekarang ni aku kena baca buku ni sbg persediaan.. X abis2 lg ni.. baru mukasurat berapa.. bile baca m/s 5.. yg m/s 1 dah x ingat.. huhu.. Ya Allah! Mudahkanlah urusan kami..


Dan.. buku ni diberi percuma oleh Lembaga Tabung Haji.. hehe.. kena hafal isi kandungannya.. sekarang ni kena bawak ke mana2 utk sentiasa dibaca...

Wassalam..

6 ulasan:

alladiin berkata...

wa pun suka membaca.. masa sekolah suka baca cycle & carriage, bujang suka baca buku muzik dan esprasi beentoven dan mozart; lepas kawen suka baca buku2 ICT; Dan skrg, suka baca buku free..boleh berjam2 duk kat dlm kedai buku...bini pun naik giveup..

izat berkata...

assalamualaikum kak nurul,
baru prasan kak nurul ada blog, baru satu bulan dah brapa byk posting tu... aktif nampak huhu3

anyway.. saling la kita berhubung2, berziarah-ziarah ye...

cikgu pun dah ada blog ke?

mutakalim berkata...

kak nurul,
kirim salam pd cikgu..

ahliacikgukhairul berkata...

alladiin: hehe.. ingat lg masa lu lupa birthday k.faridah n u bg hadiah buku.. ada ingat? wa tau lu mmg suka baca buku sbb kalau sembang dgn lu byk perkara boley story.. ye la.. ilmu penuh di dada..

izat: br berjinak2 ni n tak tau nak make-up sgt.. try n error je.. hmmm.. cikgu maner suka blog2 ni.. k.nurul yg selalu ceriter kt dia apa yg ada dlm blog sahbullah n ijat.. tp dia suka baca pasal ijtimak tu.. InsyaAllah pas ni dpt berhubung selalu..

mutakalim: Cikgu kim salam kt sahbullah gak.. smlm nampak kt buletin utama..

botolkicap berkata...

bagus hobi suka membaca ni, aku suka gak baca-baca buku citer tapi kadang tu banyak kerja len lak yang tak sempat dibuat..blog aku tak sempat nak update..semoga Allah permudahkan urusan ke tanah suci korang berdua...amin

ahliacikgukhairul berkata...

skrg ni rasa semua benda dah x sempat buat termasuk la lipat kain.. haha.. tq doa ko..

Related Posts with Thumbnails