Sabtu, 29 Mei 2010

Perjalanan ke Tanah Suci - Bahagian 14

Finally... sampai la ke episod-episod terakhir cerita mengenai perjalanan aku semasa melaksanakan rukun Islam yang kelima.. in between tu ada la plak entry luahan perasaan sebelum nak sampai ke ending..

Alhamdulillah.. selepas nafar thani pada 13Zulhijjah 1430.. weol pulang semula ke Kota Mekah untuk selesaikan rukun haji yang lain iaitu tawaf dan saie.. aku dan CK buat keputusan untuk selesaikan pada hari tu jugak.. kira-kiranya.. kul 9 malam kami mula tawaf.. hampir 2 jam baru selesai tawaf dan aku terpisah dari CK.. berhimpit-himpit.. penuh sesak.. tapi Alhamdulillah.. aku dapat selesaikan jugak..

Habis tawaf.. aku pun solat sunat dan minum air zam-zam.. segar rasa badan.. aku berehat dekat 45minit gak la sebab rasa lutut macam nak tertanggal.. hehehe.. time tu rasa macam nak upah orang sorong aku dengan kerusi roda buat saie.. tapi duit tak bawak.. so aku berkata dengan diriku sendiri yang aku boleh sempurnakan sendiri dengan izin Allah.. tak boleh harap pada makhluk.. aku sematkan dalam hati yang aku boleh buat.. Alhamdulillah.. aku dapat sempurnakan saie 7 ulangan. CK dah siap awal lagi dan tengah tunggu aku kat tingkat 2.. Habis je saie.. aku sangat-sangat bersyukur kerana dapat selesaikan semua rukun dan wajib haji.. mudahan Allah terima ibadah kami.. aku sangat terharu dan solat sunat di Bukit Marwah.. dan berehat lagi sebab rasa kaki plak macam nak tanggal.. hehehe.. maklum la kan.. dugaan untuk musim haji ni berganda-ganda sebab penuh sesak dengan orang ramai dari satu dunia.. kena sabar dan sangat yakin dengan pertolongan Allah .. InsyaAllah.. Alhamdulillah.. kami dah boleh tahallul thani yang mana telah bebas kesemua pantang larang ihram yang 13 tuh.. Syukur padaMu ya Allah!..
Bila rasa dah segar semula.. aku dan CK pun berjalan kaki balik ke tempat penginapan.. masa tu dah dekat pukul 1 pagi.. CK ajak aku makan kat kedai tapi aku dah dok terbayang katil di bilik.. tak sabar nak merebahkan diriku ini.. rasanya tidur lebih best dari makan.. hehehe.. sian kat CK kan.. tapi time tu memang aku rasa sangat letih lepas berasak-asak dengan orang ramai kerana ramainya memang luar biasa.. semua tu untuk mengajar kita bersabar dan buang semua keegoan diri.. dan.. sampai je bilik.. aku pun terus baring dan tertidur sampai la subuh esok sambil bersyukur sebab semuanya dah selesai..
Esoknya masa bersembang dengan jiran sebelah bilik.. rupanya ramai yang datang nak tawaf pada malam tu tapi terpaksa patah balik kerana keadaan terlalu sesak.. jadinya mereka terpaksa tangguh dan pergi tawaf 2 hari kemudian..

Biler dah siap semua aktiviti haji.. barulah teringat dengan anak dan keluarga di kampung.. perasaan nak balik ke tanah air membuak-buak.. sebelum tu aku ok je.. CK pun dah mula teringat gak tapi orang lelakikan kontrol 'macho'.. yang aku plak.. dok teringat anak kecik yang ditinggalkan, paper yang nak dimarking, cuti yang dah habis dan kena amik cuti tanpa gaji plak sebab weol kena extend 10 hari kan.. kiranya perasaan bercampur baur.. tambah-tambah lagi biler tengok rakyat Malaysia dah stat balik.. huhu.. rasa nak tumpang flight diorang je.. dugaan.. (siap nangis bengkak-bengkak mata nih.. lemah tul iman)

Bila fikiran kembali waras dan tenang.. ditambah lagi dengan pujukan CK yang mengingatkan aku weol berada di tempat yang gandaan pahalanya 100,000 kali.. aku bersyukur dan cuba menggunakan kesempatan yang ada dengan sebaiknya.. Allah pilih weol jadi tetamu lebih lama.. dan tak tahu sama ada weol berpeluang lagi dapat ke sana.. tapi tetap tanam azam yang weol nak pergi lagi ke Baitullah dan lagi dan lagi dan lagi..

Selepas berehat beberapa hari.. weol stat buat umrah semula.. CK lebih lagi la kan.. kadang-kadang buat awal pagi, tengah malam dan awal malam.. CK dapat iktikaf di Masjidil Haram.. jeles gak aku kat orang lelaki nih tetapi Allah janji yang pahala suami pun kita boleh dapat.. so tak perlu jeles ya..

Pada satu awal malam.. masa CK dan rakan sebiliknya pergi ke Tan'im untuk miqat.. lalu la kat Hujun Street.. very happening rupanya bila malam dengan lampu dan segala bagai.. (tak boleh berhenti singgah masa tu sebab nak niat untuk umrah kan..) maka malam besoknya pulak.. dengan pasangan masing-masing.. 3 pasangan (sepasangan dapat balik awal ke Malaysia lepas buat rayuan - tu yang tambah aku sedih tu.. sepasangan lagi pergi berjalan ke tempat lain) kami pun berjalan-jalan ke Hujun Street tu.. (pas siap haji baru weol berani berjalan sebenarnya.. sebelum tu tak berani berjalan jauh dari tempat penginapan sebab nak jaga diri sebelum sampai waktu wukuf.. ).

Ok.. sambung nanti..



suasana tawaf di musim haji.. penuh sesak dengan umat manusia.. semua mempunyai matlamat yang sama (1 matlamat).. ada gak beberapa kejadian yang menyedihkan.. ada yang diserang sakit jantung ketika tawaf, jatuh, pitam dan mati.. Allah Maha Mengetahui semua hikmah di sebalik kejadian..



2 ulasan:

Umma-ali berkata...

haa sambung cepat sikit...jgn smpai berbulan...hehe...

Ahliacikgukhairul berkata...

ok.. abis dah semua episod.. hehe..

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...