Singgah Jap

Rabu, 12 Mei 2010

Panas

Nampaknya negara kita sedang mengalami cuaca panas terik.. siang dan malam panas.. rasanya penjual alat penghawa dingin dan kipas boleh tersenyum panjang sebab jualan mereka naik mendadak menkhinzir buta.. haha.. khinzir buta tak perlukan 'air-cond' dan kipas ya.. begitu juga dengan khinzir yang normal..

Lain pulak keadaannya di opis aku.. luar dan dalam opis mengalami cuaca panas + bahang.. walaupun penghawa dingin di pasang di merata tempat.. rasa cam tensen gak biler bekerja dalam suasana cam ni.. ni semua dugaan Allah pada hambaNya.. kita kena banyak zikir nih.. mudahan keadaan kembali pulih seperti biasa.. ramai yang terkena bahangnya walaupun kesan dari panahan kata-kata dari lidah insan lain..

Payah gak kalau masing-masing:
1. tak mau mengalah
2. tak perasan kedudukan diri di mana
3. tak hormat superior
4. tak rasa bersalah
5. tak fikir kesan dan akibat kata-kata dari lidah yang tak bertulang tu
6. tak berapa guna otak (kasarnya bahasa aku.. huhu)
7. tak tau nak cakap apa lagi..

Sedih rasa biler semuanya kena ikut 'buku'.. tak de lagi budi bicara sebabnya budi yang ditabur telah dibicarakan dan dipertikaikan di khalayak ramai.. tu la sebab ada pepatah.. ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA.. sebabnya.. kita yang menerima budi perlu la jaga bahasa kita supaya orang yang menabur budi tu tak rasa serik untuk terus berbudi..

Aku percaya ada hikmah atas semua yang berlaku.. baru kita tahu hati budi rakan kita.. walaupun tak bermusafir bersama... "now we really knew their true colours"... (hmmm.. what kind of colours?)

Pada aku.. tak salah kalau kita nak orang lain minta maaf dengan kita.. tapi kena la tengok suasana dan ketikanya.. dan adakah kita rasa sangat puas hati bila orang dah minta maaf dengan kita? Tapi kenapa masih lagi rasa tak tenteram dan aman maupun bahagia? Masih lagi nak pertikaikan kesilapan si peminta maaf? Tu kita kena semak diri kita..

Pada pandangan aku yang daif dan agak rabun jauh ni.. "if you want to be a good leader, you must be a good follower first".. Sama la keadaannya kalau kita nak anak kita taat akan perintah Allah makanya kita perlu la tunjuk contoh yang baik sebab itu yang akan diikuti oleh anak kita..

Begitu gak kalau kita nak tegur cara pentadbiran our superior.. kena la berhemah.. macam menarik rambut dalam tepung.. rambut tak putus dan tepung plak tak berserak.. mungkin kita boleh ayak tepung tu dan dapat la rambut dengan eloknya then tepung tu buat karipap.. huhu.. tapi lalu ke nak makan tepung yang ada rambut.. mau kita saman si pengilang tepung tu..

p/s: Gambar kat bawah ni tak de kaitan dengan story panas aku.. ni la buah hati pengarang jantung hati aku selain dari CK dan keluarga aku.. bila balik umah dah tak ingat citer2 panas di opis.. sesungguhnya Allah Maha Besar yang mewujudkan rasa kasih dan sayang dalam hati kita.. Wallahualam..


2 ulasan:

ziarah76 berkata...

masa duduk taman pauh jaya dulu, teringat time waktu panas, tengah malam pun panas...

tapi hati tak panas, seronok betul duduk penang...

ahliacikgukhairul berkata...

ziarah76: Alhamdulillah hati tak panas wpun cuaca panas.. hehe

Related Posts with Thumbnails