Khamis, 18 Februari 2010

Perjalanan ke Tanah Suci - Bahagian 8

Alhamdulillah.. sambung lagi stori pasal tanah suci ni.. abis dah cuti Tahun Baru Cina.. nampaknya kali ni disambut dengan penuh meriah oleh mereka yang meraikannya.. sebab Tahun Harimau kot.. aku tengok pun banyak baju corak belang-belang yang dijual kat pasaraya.. hehe

Episod lepas weol selamat dah menunaikan umrah untuk haji tamattuk... lepas siap umrah tu.. weol kena bayar SaudiRiyal 330 (lebih kurang RM300) untuk dam haji tamattuk.. pegi je kat kaunter Tabung Haji di lobi hotel tu.. dan bayar kat situ.. (kalau kita pilih buat haji tamattuk dan haji qiran kena dam.. tapi haji ifrad tak perlu dam kerana tempoh berihram lebih lama..)

2 hari lepas tu.. CK plan dengan roomatenya nak pegi buat umrah lagi.. so CK dan kengkawan pi riki tempat miqat.. yang terdekat adalah Tan'im (5km) dari tempat weol.. kenderaan nak bawak pun sentiasa dok tunggu kat luar hotel... esoknya plak.. aku dan mahram kengkawan CK pun join sekali pegi buat umrah.. weol book satu van then pegi ke Tan'im untuk miqat.. time tu pukul 3 pagi.. kat sana tak kira waktu dan ketika.. orang tetap ramai.. cuma kita kena sentiasa mohon pada Allah mudahan dimudahkan semua urusan.. InsyaAllah.. pegi ke Masjid Aisyah di Tan'im pukul 3 pagi pun aku tengok banyak kenderaaan (van, bas, kereta dll) penuh kat luar masjid tuh...

Selain dari Tan'im.. ada beberapa tempat miqat untuk penduduk Mekah pergi bermiqat untuk niat umrah.. boleh tengok peta kat bawah.. dan yang paling dekat adalah di Masjid Aisyah, Tan'im..


Alhamdulillah.. sementara nak tunggu hari wukuf (26November 2009 = 9Zulhijjah 1430).. aku dan CK berpeluang buat umrah beberapa kali.. tapi CK dan kengkawannya dapat buat lebih banyak la.. dan tak kira masa.. sebab tu Rasulullah kata.. kalau orang perempuan nak berjihad.. tunaikanlah haji.. memang betul sungguh dan tak dinafikan.. sebabnya.. masa kat sana kita korbankan semua kesenangan, anak-anak, harta benda dan segala... dan biler dah ada kat sana.. kita tak berapa ingat dengan harta dunia hatta anak kesayangan sekalipun.. itulah keajaibannya dan kelebihan berada di Kota Mekah.. MasyaAllah.. Selain dari kita boleh berulang kali buat umrah.. pihak Tabung Haji adakan jugak sesi ceramah untuk jemaah haji.. cerita tentang kelebihan Tanah Suci Mekah dan sejarahnya, persediaan untuk hari wukuf, mabit di Muzdalifah dan keadaan di Mina, kisah-kisah benar yang berlaku pada jemaah haji semasa di Tanah Suci dan macam-macam lagi. Aku cukup seronok dengar Ustaz Cecep Mustofa (asal dari Tawau, Sabah) beri ceramah.. penyampaiannya sangat berkesan dan mudah diingati dan beliau cukup tegas dengan hukum hakam.. sorang lagi ustaz yang best adalah Ustaz Sapawi.. asal dari tempat yang paling bersih... hehehe.. Pasir Putih, Kelantan.. setiap maktab ada ustaz dan ustazah yang kita boleh rujuk kalau ada kemusykilan.. InsyaAllah..

Macam yang aku dah bagitau awal-awal.. petugas-petugas Tabung Haji ni memang berhati mulia dan bersih.. aku kagum sungguh dengan khidmat diorang.. tak kira masa dan tempat.. Alhamdulillah.. hotel aku ditempatkan tu merupakan Ibu Pejabat Tabung Haji di Mekah.. so banyak kemudahan yang disediakan.. kaunter pengeluaran dan simpanan wang (macam kat Tabung Haji Malaysia la), dobi (bayar sendiri), kafeteria, klinik, farmasi, kaunter penerbangan dan lain-lain. Kiranya wartawan-wartawan dari Malaysia yang nak buat liputan pasal musim haji pun stay kat hotel tu.. Syukur yang tak terhingga pada Allah..

Antara kesempatan yang patut kita rebut sewaktu di Tanah Suci nih ialah cuba khatamkan Al-Quran beberapa kali.. sebabnya.. selain dari pahala 100,000 kali ganda yang kita dapat.. penghayatan tu mungkin lebih sebabnya ayat-ayat suci Al-Quran diturunkan di Mekah dan Madinah.. InsyaAllah.. tapi jangan lupa.. walaupun semua kebaikan yang kita buat boleh dapat pahala 100,000 kali ganda.. niat nak buat jahat pun boleh dapat 100,000 kali ganda.. sebab tu apa yang terlintas dalam hati boleh dapat 'cash' balasannya.. Astaghfirullah.. hehehe.. jangan la pulak rasa takut nak pegi.. semua umat Islam yang berkuasa untuk menunaikan haji diwajibkan untuk ke Tanah Suci.. semua punya satu matlamat dan misi yang sama.. tak kira warna kulit, rambut, asal usul keturunan, negeri, negara, 1 Malaysia, 1 dunia... Allah tetap melihat iman dan taqwa hambaNya..

Lebih kurang 10 hari lagi nak wukuf.. pihak Tabung Haji minta semua jemaah menjaga kesihatan.. amik ubat siap-siap.. time nih dah tak digalakkan buat umrah.. sebabnya aktiviti haji nanti memerlukan ketahanan dan kekuatan fizikal dan mental.. time nih dah stat suspen + tak sabar.. pihak Tabung Haji pun dah beri penerangan terperinci mengenai pergerakan untuk aktiviti haji.. kita kena ikut peraturan yang telah ditetapkan selain dari solat hajat mohon dimudahkan dan semuanya berjalan lancar... satu lagi.. sebelum sampai hari nak bertolak ke Arafah.. sesiapa yang nak buat korban.. boleh la lantik pihak TH untuk uruskan.. kita just bayar Saudi Riyal 430.. kat sana banyak kibas dan unta yang dikorbankan..

jeng!jeng!jeng!.. sambung lagi nanti..

2 ulasan:

Cikgu Achique @ Ai berkata...

Aku macam tak sabaq nak ke sana

Ahliacikgukhairul berkata...

aku doakan ko dapat pg taun ni..A min.. InsyaAllah

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  ðŸ˜‚ entri terakhir pasal...