Ahad, 14 Februari 2010

Perjalanan ke Tanah Suci - Bahagian 7

Nampaknya dah banyak episod dah ni tapi stori tak abis lagi.. maklum la.. banyak kekangan.. nak kena isi borang naik pangkat la.. (semua orang kena isi walaupun aku rasa cam payah je kami-kami-kami ni nak dapat.. tapi rezeki kan Allah tentukan.. apa-apa hal isi je borang dan anta la apa yang ada.. macam-macam kriteria yang manusia tetapkan.. aku percaya.. tak lama lagi mesti syarat-syaratnya berubah.. ye la.. lain manusia lain pandangannya.. biler time dia berada di atas.. kena ikut idea orang tu.. biler orang lain plak yang naik.. lain plak peraturannya..)

Hehe.. tu mukadimah kali nie.. luahan dari kita rakyat bawahan nie.. tapi tak tau la apa plak yang kita buat kalau kita yang kat atas.. kena doa banyak mudahan kita jadi hamba Allah yang sentiasa mengingati Allah dan mensyukuri semua nikmatNya.. Amin.. sebab tu.. kita digalakkan ke Mekah kerana kat Mekah la tempat kita buang segala kesombongan diri dan rasa besar diri.. semua orang sama je di sisi Allah tapi yang membezakan kita adalah iman dan taqwa.. contohnya biler kita dalam keadaan berihram.. kita kena tanggalkan semua pakaian mahal dan berjenama kita (kalau ada.. hehe) dan hanya memakai pakaian yang tak berjahit (orang lelaki) dan perempuan pulak kena sentiasa menutup aurat seperti dalam sembahyang..

Ok.. Kita teruskan cerita dan sambungan episod 6 sebelum nih..

Kitorang berkumpul di lobi hotel dalam kul 8 pg untuk pegi buat umrah.. sambil tu kena pastikan yang kita sentiasa bersama mahram kita.. mutawwif @ sheikh arab tu beri penerangan dalam bahasa Arab.. aku tak berapa paham tapi cam boleh agak-agak dia nak bagitau apa.. then kitorang mula la bertalbiah sepanjang jalan ke Masjidil Haram (lebih kurang 1 km @ 15minit berjalan kaki).. mutawwif tu bawa masuk ikut pintu BabusSalam.. terus nampak Kaabah.. MasyaAllah.. Kaabah dah di depan mata.. macam tak percaya.. terharu dan gembiranya.. Subhanallah.. Besarnya kekuasaanMu Ya Allah.. aku bersyukur dipilih dapat ke rumahMu dan jadi tetamuMu.. time ni kena baca doa masa tengok Kaabah..

"Allah Maha Agung (3x). Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya sekali-kali Tuhan yang memerintah segala sesuatu, bagiNya segala pujian dan Dialah Tuhan yang berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu, aku mohon berlindung dengan Tuhan yang empunya rumah ini (Kaabah) daripada kekufuran, kemiskinan, azab kubur dan sempit fikiran. Rahmat Allah dan sejahteraNya mencucuri ke atas Saidina Muhamad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan dan kebaikan dan tambahkanlah kurniaMu kepada sesiapa juga yang memuliakannya (Baitullah) dan membesarkannya dan kalangan yang mengerjakan haji dan umrah dengan kemuliaan, kebesaran dan kebajikan".

Kemudian kitorang pun niat untuk tawaf umrah..

"Ya Allah! Sesungguhnya aku hendak mengerjakan tawaf Baitullah al-Haram tujuh keliling tawaf umrah kerana Allah Taala"..

Mula masuk ke dataran Kaabah ikut di antara Rukun Yamani dan Rukun Hajarul Aswad then mula pusingan tawaf pertama di Rukun Hajarul Aswad sambil mengkirikan Kaabah.. istilam (lambai) ke Hajarul Aswad dan kucup tapak tangan.. kita tak boleh pegang Hajarul Aswad masa kita dalam ihram nih.. sebab Hajarul Aswad kan penuh dengan minyak wangi.. so boleh menyebabkan kita kena dam.. kira satu pusingan lengkap mula dari Rukun Hajarul Aswad then abis kat Rukun Hajarul Aswad gak.. Sepanjang bertawaf nih kita kena jaga wudhuk kita.. kalu tiba2 terbatal wudhuk.. kena berhenti tawaf.. amik wudhuk semula then kena ulang pusingan yang tak abis tadi.. Aku dan CK pun ikut mutawwif tu sambil kena jaga (ensure) yang bahu kiri kita sentiasa mengadap Kaabah.. Orang lelaki disunatkan beridtiba' (membuka bahu kanan) dan ramal (berlari-lari anak) masa tawaf.. tengah-tengah tawaf tu kitorang yang tertinggal atau meninggalkan mutawwif tu pun aku tak pasti.. hehe.. kitorang abiskan tawaf 7 keliling tu then Alhamdulillah dapat sembahyang sunat tawaf 2 rakaat kt lingkungan Hijr Ismail.. time nih orang tak berapa ramai.. tu la sekali aku dapat sembahyang kt lingkungan Hijr Ismail.. sebabnya time-time tawaf yang lain sangat sesak.. (time lengang boleh siap tawaf 7 keliling lebih kurang 45minit je.. hehe.. tapi bile time bersesak-sesak untuk tawaf haji plak mau makan 2 jam lebih nak abiskan 7 pusingan (5-7km).. apa pun kena sentiasa mohon pada Allah agar memudahkan dan melapangkan urusan kita.. InsyaAllah semua akan jadi mudah)

Abis solat sunat tawaf.. doa jap kat Multazam (satu ruang antara Hajarul Aswad dengan pintu Kaabah.. ni pun antara tempat mustajab berdoa) then kitorang pegi minum air zam-zam.. pehhh!! nikmatnya tak terkata.. patut la kita disunatkan minum air zam-zam lepas solat sunat tawaf tuh.. hilang semua keletihan.. Allah Maha Besar.. Rasulullah S.AW. bersabda yang bermaksud:

"Sebaik-baik air di bumi ini ialah air zamzam, ia mengenyangkan dan menyembuhkan penyakit" (Riwayat al-Tabrany).. dan sunat juga kita bca doa masa minum air zamzam yang maknanya:

"Ya Allah! Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit".

Habis minum.. kitorang jalan ke Bukit Safa untuk mula sa'ie sambil baca doa.. (waktu ni kalau wudhuk terbatal pun tak pe)..

"Aku mulai dengan apa yang telah dimulakan oleh Allah dan RasulNya:"Sesungguhnya Safa dan Marwah itu sebahagian daripada syiar agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersa'ie (berulang-alik di antara kedua-duanya dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi amat mengetahui".

Sampai kat Bukit Safa tu, kitorang pun mengadap Kaabah (dari situ boleh nampak Kaabah) dan niat untuk sa'ie umrah..

"Ya Allah! Sesungguhnya aku hendak sa'ie di antara Safa dan Marwah, tujuh kali sa'ie umrah kerana Allah Taala."

then angkat kedua-dua tangan ke arah Baitullah dan bertakbir "ALLAHU AKBAR" (3x).. pas tu stat berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah (lebih kurang 420meter).. ulang alik 7 kali (420m x 7 = 2.9km) dan abis yang ketujuh kat Bukit Marwah.. sampai kat kawasan lampu hijau.. orang lelaki disunatkan berlari-lari anak (ramal).. sepanjang ulang alik tu aku baca doa ikut buku yang pihak TH bagi dan tambah-tambah dengan doa sendiri.. yang penting kita kena sentiasa mohon keampunan Allah untuk diri kita, keluarga dan muslimin muslimat.. mohon agar diberi kebaikan dunia akhirat.. dipelihara azab kubur dan azab api neraka.. Amin..

Abis sa'ie.. kitorang bertahallul (membebaskan diri dari ihram dan larangan-larangannya.. boleh dah pakai baju biasa semula) dengan menggunting sikit rambut (sekurang-kurang 3 helai rambut) sambil baca doa.. agar rambut tu nanti jadi saksi di akhirat kelak.. Alhamdulillah.. selesai sudah umrah kami.. abis tu terus balik bilik then tido.. hehe.. 1st time kan jalan kaki sejauh tu.. patut la pihak TH pesan suruh kita buat latihan berjalan kaki masa kat Malaysia lagi.. rupa-rupanya memang penat untuk pertama kali.. tapi pas-pas tu ok dah..

p/s: Sebenarnya umrah dan haji tidak la susah sangat.. lagipun kita boleh pilih jenis haji yang kita nak buat.. tamattuk @ ifrad @ qiran.. dan kena sangat yakin dengan kekuasaan Allah.. pergantungan kita hanyalah pada Allah..

Nota:-
Rukun Umrah :
1. Niat di miqat
2. Tawaf di Baitullah
3. Sa'ie
4. Tertib (mengerjakan rukun umrah mengikut susunannya satu persatu)

Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...