Selasa, 9 Februari 2010

Perjalanan ke Tanah Suci - Bahagian 6

Hehe.. sori ah.. terpaksa citer sikit-sikit dan tak berapa ikut kronologi peristiwa.. tapi yang penting aku nak share dengan korang di samping jadi cam diari aku gak.. maklum la.. ingatan manusia ni tak kekal lama.. kadang-kadang hilang ingatan.. kadang-kadang tak ingat langsung.. huhu..

Kita sambung lagi..

Cukup 8 hari di Madinah.. kitorang nak berangkat ke Kota Mekah pulak.. jangka bertolak pas Maghrib 31Oktober 2009.. so.. sebelum bertolak tuh.. kitorang siap-siap berpakaian ihram (sebelum tuh kena buat dulu sunat-sunat ihram.. menanggalkan bulu-bulu.. mengerat kuku.. mandi sunat ihram.. memakai bau-bauan.. sembahyang sunat ihram).. pas tu naik bas yang telah ditetapkan oleh pihak Tabung Haji.. tak boleh naik bas lain ikut suka ati kita.. sebabnya pasport kiter dipegang oleh driver bas tuh..

Lebih kurang kul 7 petang.. bas pun bergerak dan berenti kejap kat Masjid Bir Ali (8km dari bandar Madinah) untuk kitorang solat sunat ihram dan seterusnya pasang niat umrah.. "Sahaja aku mengerjakan Umrah dan berihram aku dengannya kerana Allah Taala". Kalau kita tak niat kat Bir Ali nih.. nanti kena dam.. sebabnya niat adalah rukun umrah dan niat ihram di miqat pulak wajib umrah.. Bir Ali adalah tempat miqat kalau kita bertolak dari Madinah nak ke Mekah.. Bila dah niat.. makanya bermulalah semua pantang larang dalam ihram yang 13 perkara tu.. Kitorang pilih nak buat haji tamattuk.. yang mana berniat umrah pada bulan-bulan haji dan menunaikan semua amal ibadat yang berkaitan dengan umrah then bila tiba waktu haji pada tahun yang sama kena berihram haji pulak dan menunaikan amal ibadat yang berkaitan dengan haji.. Sepanjang perjalanan, terutama di awal perjalanan.. kitorang bertalbiah dan driver bas berenti dua kali kat tempat rehat dan rawat.. tengah-tengah perjalanan ramai yang dah lena.. hehe.. Alhamdulillah.. Kul 4 pagi 1November2009, kitorang selamat sampai di Tanah Suci Mekah..

Kitorang ditempatkan di Hotel Abraj Janadriyah yang disewa oleh pihak Tabung Haji sejak tahun 2007. Bangunan ni boleh menempatkan seramai 7,700 jemaah haji. Ada 3 maktab yang dok kat hotel ni.. Maktab 75, 76 dan 77.. satu maktab lebih kurang 2,500 orang.. Bangunan 15 tingkat dan kitorang ditempatkan di Tingkat 14 (nombor bilik aku 1441 dan nombor bilik CK 1440). Sungguh selesa biliknya beserta kemudahan yang disediakan. (Malu plak dengan pihak Tabung Haji.. dah la bayar paling murah tapi dapat kemudahan dan layanan yang tip top.. pehhhh!!!.. so.. tak boley komplen2 tau!) Aku berkongsi dengan 4 orang jemaah lain dan pasangan kami ditempatkan betul-betul bersebelahan dengan bilik kami. Ada kemudahan telefon.. so.. boley le cal-cal jejaka kat bilik sebelah tu.. hahaha... Alhamdulillah tak terkata.. aku dan CK dapat roomates yang sehati sejiwa dan kitorang masih ber'reunion' sampai sekarang dengan diorang..

Sampai je kat bilik.. kitorang berehat-rehat sambil tunggu waktu Subuh.. then sarapan dihantar ke bilik.. sedapnya.. nasi lemak buah bidara.. air kena buat sendiri sebab pihak TH dah bagi cerek elektrik dan set minuman pagi (teh, krimer, gula, cawan dan sudu).. pukul 8pagi kitorang diarahkan berkumpul di lobi untuk ikut mutawwif untuk buat umrah... jeng!jeng!jeng! Debaran makin terasa.. aku sangat tidak sabar untuk melihat Kaabah dengan mata kepalaku sendiri... selama ni kita solat berkiblatkan Kaabah yang kiter dok tengok atas sejadah tu.. masanya kian dekat.. satu lagi.. aku maner la penah buat umrah ni kan.. camner la tawaf, saie, tahallul dan segala bagai tuh.. makin tak sabar rasanya..

Sambung lagi nanti..

p/s: 8hari di Madinah tu biasanya sebab pihak TH nak bagi kiter peluang berjemaah sebanyak 40 waktu solat fardhu..

Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...