Singgah Jap

Sabtu, 29 Mei 2010

Perjalanan ke Tanah Suci - Bahagian 14

Finally... sampai la ke episod-episod terakhir cerita mengenai perjalanan aku semasa melaksanakan rukun Islam yang kelima.. in between tu ada la plak entry luahan perasaan sebelum nak sampai ke ending..

Alhamdulillah.. selepas nafar thani pada 13Zulhijjah 1430.. weol pulang semula ke Kota Mekah untuk selesaikan rukun haji yang lain iaitu tawaf dan saie.. aku dan CK buat keputusan untuk selesaikan pada hari tu jugak.. kira-kiranya.. kul 9 malam kami mula tawaf.. hampir 2 jam baru selesai tawaf dan aku terpisah dari CK.. berhimpit-himpit.. penuh sesak.. tapi Alhamdulillah.. aku dapat selesaikan jugak..

Habis tawaf.. aku pun solat sunat dan minum air zam-zam.. segar rasa badan.. aku berehat dekat 45minit gak la sebab rasa lutut macam nak tertanggal.. hehehe.. time tu rasa macam nak upah orang sorong aku dengan kerusi roda buat saie.. tapi duit tak bawak.. so aku berkata dengan diriku sendiri yang aku boleh sempurnakan sendiri dengan izin Allah.. tak boleh harap pada makhluk.. aku sematkan dalam hati yang aku boleh buat.. Alhamdulillah.. aku dapat sempurnakan saie 7 ulangan. CK dah siap awal lagi dan tengah tunggu aku kat tingkat 2.. Habis je saie.. aku sangat-sangat bersyukur kerana dapat selesaikan semua rukun dan wajib haji.. mudahan Allah terima ibadah kami.. aku sangat terharu dan solat sunat di Bukit Marwah.. dan berehat lagi sebab rasa kaki plak macam nak tanggal.. hehehe.. maklum la kan.. dugaan untuk musim haji ni berganda-ganda sebab penuh sesak dengan orang ramai dari satu dunia.. kena sabar dan sangat yakin dengan pertolongan Allah .. InsyaAllah.. Alhamdulillah.. kami dah boleh tahallul thani yang mana telah bebas kesemua pantang larang ihram yang 13 tuh.. Syukur padaMu ya Allah!..
Bila rasa dah segar semula.. aku dan CK pun berjalan kaki balik ke tempat penginapan.. masa tu dah dekat pukul 1 pagi.. CK ajak aku makan kat kedai tapi aku dah dok terbayang katil di bilik.. tak sabar nak merebahkan diriku ini.. rasanya tidur lebih best dari makan.. hehehe.. sian kat CK kan.. tapi time tu memang aku rasa sangat letih lepas berasak-asak dengan orang ramai kerana ramainya memang luar biasa.. semua tu untuk mengajar kita bersabar dan buang semua keegoan diri.. dan.. sampai je bilik.. aku pun terus baring dan tertidur sampai la subuh esok sambil bersyukur sebab semuanya dah selesai..
Esoknya masa bersembang dengan jiran sebelah bilik.. rupanya ramai yang datang nak tawaf pada malam tu tapi terpaksa patah balik kerana keadaan terlalu sesak.. jadinya mereka terpaksa tangguh dan pergi tawaf 2 hari kemudian..

Biler dah siap semua aktiviti haji.. barulah teringat dengan anak dan keluarga di kampung.. perasaan nak balik ke tanah air membuak-buak.. sebelum tu aku ok je.. CK pun dah mula teringat gak tapi orang lelakikan kontrol 'macho'.. yang aku plak.. dok teringat anak kecik yang ditinggalkan, paper yang nak dimarking, cuti yang dah habis dan kena amik cuti tanpa gaji plak sebab weol kena extend 10 hari kan.. kiranya perasaan bercampur baur.. tambah-tambah lagi biler tengok rakyat Malaysia dah stat balik.. huhu.. rasa nak tumpang flight diorang je.. dugaan.. (siap nangis bengkak-bengkak mata nih.. lemah tul iman)

Bila fikiran kembali waras dan tenang.. ditambah lagi dengan pujukan CK yang mengingatkan aku weol berada di tempat yang gandaan pahalanya 100,000 kali.. aku bersyukur dan cuba menggunakan kesempatan yang ada dengan sebaiknya.. Allah pilih weol jadi tetamu lebih lama.. dan tak tahu sama ada weol berpeluang lagi dapat ke sana.. tapi tetap tanam azam yang weol nak pergi lagi ke Baitullah dan lagi dan lagi dan lagi..

Selepas berehat beberapa hari.. weol stat buat umrah semula.. CK lebih lagi la kan.. kadang-kadang buat awal pagi, tengah malam dan awal malam.. CK dapat iktikaf di Masjidil Haram.. jeles gak aku kat orang lelaki nih tetapi Allah janji yang pahala suami pun kita boleh dapat.. so tak perlu jeles ya..

Pada satu awal malam.. masa CK dan rakan sebiliknya pergi ke Tan'im untuk miqat.. lalu la kat Hujun Street.. very happening rupanya bila malam dengan lampu dan segala bagai.. (tak boleh berhenti singgah masa tu sebab nak niat untuk umrah kan..) maka malam besoknya pulak.. dengan pasangan masing-masing.. 3 pasangan (sepasangan dapat balik awal ke Malaysia lepas buat rayuan - tu yang tambah aku sedih tu.. sepasangan lagi pergi berjalan ke tempat lain) kami pun berjalan-jalan ke Hujun Street tu.. (pas siap haji baru weol berani berjalan sebenarnya.. sebelum tu tak berani berjalan jauh dari tempat penginapan sebab nak jaga diri sebelum sampai waktu wukuf.. ).

Ok.. sambung nanti..



suasana tawaf di musim haji.. penuh sesak dengan umat manusia.. semua mempunyai matlamat yang sama (1 matlamat).. ada gak beberapa kejadian yang menyedihkan.. ada yang diserang sakit jantung ketika tawaf, jatuh, pitam dan mati.. Allah Maha Mengetahui semua hikmah di sebalik kejadian..



Jumaat, 21 Mei 2010

Ada Petua Tak?

Assalamualaikum...

Nak tanya para pembaca sekalian.. ada tak petua untuk membetulkan bayi yang kedudukannya songsang di dalam perut?

Isnin, 17 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU


"SELAMAT HARI GURU.. liku-liku hidup dapat ku tempuhi berbekalkan ilmu yang telah kau berikan.. terima kasih.."

"Not every FLOWER can represent LOVE but ROSES did it! Not every TREE can stand THIRST but CACTUS did it! Not everyone can become a teacher but u did it! Happy Teacher's Day to a wonderful teacher."

"Banyak dapat BUNGA? *Tanda tugas guru mengharumkan dunia. Dapat PEN? *Tanda guru bijak melakar kata. Dapat PEMADAM? *Tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta. Dapat MESEJ? *Tanda guru sentiasa di ingatan! SELAMAT HARI GURU".

"When you throw a 1 year old baby in the air, he laughs because he knows you catch him. That's TRUST.
Every night we go to bed, we're not sure that we'll get up tomorrow, but we still have many plans for the coming day. That's HOPE.
Have confidence, believe in ALLAH & never lose hope.
Happy Teacher's Day."

Ni la antara ucapan yang aku dapat dan aku tujukan kepada semua guru-guru di seluruh dunia terutama kepada MAK yang telah menjadi guru pertama dalam kehidupan aku.. mudahan semua pekerjaan yang kita buat mendapat keredhaan Allah.. InsyaAllah..

Ahad, 16 Mei 2010

Dalam Hati Ada Taman..

Alhamdulillah.. Allah telah mengabulkan doa hambanya untuk bertemu rakan kenalan sejak 20 tahun dulu.. walaupun satu pertemuan yang singkat tetapi ianya sungguh bermakna dan meninggalkan kesan yang bukan sedikit.

Selepas 20 taun.. fizikal agak berubah tetapi perangai masih kekal.. haha.. sebab tu memang susah kita nak ubah perangai seseorang mahupun kita sendiri.. masing-masing dah jadi mak orang dan dapat keizinan dari suami for our mini reunion.. so.. weol dapat spend sehari semalam bersama (walaupun tak cukup 24 jam) sambil mengimbau banyak kenangan masa students dulu. Conclusion.. weol 'agak' nakal but still under control.. hahaha..

Terima kasih banyak ya buat Zaharah, Ida, Atie dan Nazli.. mudahan Allah izinkan lagi pertemuan kita seterusnya. Terima kasih sebab sudi datang Penang.. jangan serik ya.. next time kita bawak the whole family together.. dan terima kasih infiniti kepada CK yang sporting..



Last but not least.. mudahan Allah terus memberi kita taufik dan hidayahNya.. InsyaAllah..

Rabu, 12 Mei 2010

Panas

Nampaknya negara kita sedang mengalami cuaca panas terik.. siang dan malam panas.. rasanya penjual alat penghawa dingin dan kipas boleh tersenyum panjang sebab jualan mereka naik mendadak menkhinzir buta.. haha.. khinzir buta tak perlukan 'air-cond' dan kipas ya.. begitu juga dengan khinzir yang normal..

Lain pulak keadaannya di opis aku.. luar dan dalam opis mengalami cuaca panas + bahang.. walaupun penghawa dingin di pasang di merata tempat.. rasa cam tensen gak biler bekerja dalam suasana cam ni.. ni semua dugaan Allah pada hambaNya.. kita kena banyak zikir nih.. mudahan keadaan kembali pulih seperti biasa.. ramai yang terkena bahangnya walaupun kesan dari panahan kata-kata dari lidah insan lain..

Payah gak kalau masing-masing:
1. tak mau mengalah
2. tak perasan kedudukan diri di mana
3. tak hormat superior
4. tak rasa bersalah
5. tak fikir kesan dan akibat kata-kata dari lidah yang tak bertulang tu
6. tak berapa guna otak (kasarnya bahasa aku.. huhu)
7. tak tau nak cakap apa lagi..

Sedih rasa biler semuanya kena ikut 'buku'.. tak de lagi budi bicara sebabnya budi yang ditabur telah dibicarakan dan dipertikaikan di khalayak ramai.. tu la sebab ada pepatah.. ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA.. sebabnya.. kita yang menerima budi perlu la jaga bahasa kita supaya orang yang menabur budi tu tak rasa serik untuk terus berbudi..

Aku percaya ada hikmah atas semua yang berlaku.. baru kita tahu hati budi rakan kita.. walaupun tak bermusafir bersama... "now we really knew their true colours"... (hmmm.. what kind of colours?)

Pada aku.. tak salah kalau kita nak orang lain minta maaf dengan kita.. tapi kena la tengok suasana dan ketikanya.. dan adakah kita rasa sangat puas hati bila orang dah minta maaf dengan kita? Tapi kenapa masih lagi rasa tak tenteram dan aman maupun bahagia? Masih lagi nak pertikaikan kesilapan si peminta maaf? Tu kita kena semak diri kita..

Pada pandangan aku yang daif dan agak rabun jauh ni.. "if you want to be a good leader, you must be a good follower first".. Sama la keadaannya kalau kita nak anak kita taat akan perintah Allah makanya kita perlu la tunjuk contoh yang baik sebab itu yang akan diikuti oleh anak kita..

Begitu gak kalau kita nak tegur cara pentadbiran our superior.. kena la berhemah.. macam menarik rambut dalam tepung.. rambut tak putus dan tepung plak tak berserak.. mungkin kita boleh ayak tepung tu dan dapat la rambut dengan eloknya then tepung tu buat karipap.. huhu.. tapi lalu ke nak makan tepung yang ada rambut.. mau kita saman si pengilang tepung tu..

p/s: Gambar kat bawah ni tak de kaitan dengan story panas aku.. ni la buah hati pengarang jantung hati aku selain dari CK dan keluarga aku.. bila balik umah dah tak ingat citer2 panas di opis.. sesungguhnya Allah Maha Besar yang mewujudkan rasa kasih dan sayang dalam hati kita.. Wallahualam..


Isnin, 10 Mei 2010

Kenapa Kita Perlu Tahu Berbahasa Inggeris?

Hehehe.. ni cuma satu lawak antarabangsa tapi tak boleh di bawa ke peringkat antarabangsa ya..



Persoalan kali ini:



Kenapa kita perlu tahu berbahasa Inggeris?



Jawapan:



Kerana alien (makhluk asing) dalam cerita AVATAR pun tau berbahasa Inggeris.. buktinya ada satu dialog dalam filem epik sains fiksyen yang merepek meraban tu.. "I know you can speak English"..



haaaa? Apa komen korang? Kalau kita tak tau cakap English @ bahasa omputih (tapi dalam citer tu dia orang kaler biru - susah payah cipta tapi pada aku cam tercelup nila je..) kira kita tak dapat berkomunikasi dengan diorang la eh..



p/s:
1. Minta maaf ya James Cameron sebab kutuk filem ko walaupun aku sendiri memang tak tau bikin filem..
2. Pandai berbahasa Inggeris merupakan satu kelebihan/kemahiran yang mana kita digalakkan belajar pelbagai bahasa.
Related Posts with Thumbnails