Khamis, 29 Julai 2010

Majlis Tahnik Auni Atiqah

Alhamdulillah.. satu majlis tahnik untuk Auni Atiqah telah selamat dilaksanakan pada 10Julai2010, Sabtu di Pusat Islam Istiqlal, Politeknik Seberang Perai. Terima kasih pada yang menjayakannya.. terutama kepada Ustaz Shukur sekeluarga, saudara Munir Kangsari (owner Heavenly Ornaments) dan mereka yang hadir. Jamuan makan ditempah dengan Ayazz Catering.. nasi tomato + daging kurma + ayam goreng + jelatah + air siren (sirap + oren)... Majlis kecil-kecilan je.. InsyaAllah majlis aqiqah untuk Atiqah akan dibuat di tempat yang sama pada bulan Ramadhan akan datang.. (seronok buat kat Pusat Islam ni sebab dapat belanja makan kat pelajar.. so.. sapa-sapa yang berminat nak buat kenduri.. boleh la kita buat kat Pusat Islam PSP nih)..


Atiqah maintain tido walau apa berlaku..



Ustaz Shukur memulakan upacara dengan meletakkan sedikit kurma dan air zam-zam di lelangit Atiqah


Para jemaah nak potong jambul Atiqah (kelihatan dalam gambar : Saudara Munir.. hehe)


Ustaz Shukur gunting sedikit rambut di kepala Atiqah sambil diperhatikan dengan serius oleh Saudara Munir dan jemaah lain


p/s: Kalau nak try masakan Ayazz Catering yang sedap dan lazat tu (boleh pilih apa saja menu yang dikehendaki - aku paling suka daging masala depa) boleh la kontek:
1. 019-4760363 (Badri - selalu khuruj jalan kaki dan masakan beliau memang sedap)
2. 019-4455124 (Hj. Abd. Jalil - tokey kompeni tapi dgrnya sekarang sedang khuruj di German)
3. 019-4143204 (Halim)
atau ke pejabat mereka di:
C-2-9 Tingkat 2
Pusat Perniagaan Sunway
Jalan Todak 4
13700 Seberang Jaya
Pulau Pinang

7 ulasan:

alladiin berkata...

anak2 noorul dah semakin membesar ek... tandanya....?? hehehe... nak lari dulu....!!!

Munir Kangsari berkata...

aiseh xleh cover line lah owner Heavenly Ornaments

Ahliacikgukhairul berkata...

alladiin: hehe.. maknanya en.ashri lebih la lg dr saya.. tp muda di hati tu yg lebih penting.. ahaks

munir: saja buat promosi sikit.. haha

Bidarabiru berkata...

alahai tomeinye atiqah ni.....macam mama dia lah...

Ziarah76 berkata...

masakan Badri memang la insya-Allah, Allah bagi sedap.
Hj jalil orang korban.
Ustaz Syukur lama tak dengar kuliah dia.
Munir tu serius sgt nape? hehe
Atiqah comel sungguh..

ehh bapanye mana?

Munir Kangsari berkata...

Bang, takut ngan gunting tu; besar gak.

Ahliacikgukhairul berkata...

bidarabiru: baby memang comel cam kita la dolu-dolu.. ahaks

ziarah76: segan dan kagum dgn mereka yg korban tinggi ni.. hehe.. tangan ayah atiqah je yg masuk gambar..

munir: mmg saja bg gunting besar sbb takut tak muat tgn jemaah..

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...