Rabu, 28 Julai 2010

Selayang Pandang..

Lamanya aku tak update blog.. walaupun aku dok kat rumah dan dah jadi surirumah sepenuh masa... tapi masa sentiasa penuh..(termasuk berfesbuk dan baca blog.. nak upload gambar baby.. kabel ter'misplaced' la plak..)

Memang betul la.. jadi surirumah lebih penat sebenarnya sebab banyak tul kerja yang nak dibuat.. tambah2 ada baby kecik.. huhu.. penat tapi seronok.. tak menang tangan dibuatnya.. tapi kalau tak de ICT boleh meroyan kot.. hahaha.. Astaghfirullah.. mak zaman sekarang waktu dalam pantang..(kan sekarang iklan ICT je kat tv..)

Hmmm.. tapi aku ada terbaca satu artikel yang mengatakan masyarakat lebih menghargai 'pembantu rumah' berbanding suri rumah tangga sepenuh masa yang berkorban menguruskan rumahtangga.. Pada aku ada betulnya sebab pembantu rumah dibayar gaji minimum RM600 ye kengkawan (syarat ni ada ditulis di Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur nun).. dan mereka sekarang sudah pandai berpersatuan.. sudah maju ke hadapan nampaknya.. dan diharap mutu kerja mereka pun begitu jugak la kan.. (kebanyakan yang aku tengok mereka yang ada pembantu rumah lebih tensen daripada jadi surirumah.. kiranya banyak kes majikan didera oleh pembantu rumah.. tapi yang dok cerita dalam suratkhabar adalah pembantu rumah didera oleh majikan). Masyarakat pulak memandang rendah pada suri rumah seolah-olah tidak memberi sumbangan kepada ekonomi negara (ada gak mak mentua yang tak berapa suka dengan menantu pompuan yang tak bekerja atas alasan habiskan duit anaknya.. tapi bukankah dah tanggungjawab si lelaki ke atas keluarganya?) tetapi yang sebenarnya menjimatkan perbelanjaan rumah sebab tak payah hantar anak ke pusat asuhan dan bayar gaji pembantu rumah.. apa yang penting rumahtangga lebih terurus dan anak-anak tidak terabai.. bertuahnya kan..

Pada aku la.. seorang suri rumah merupakan pengurus rumah tangga.. nak uruskan keperluan suami, anak2, ibu bapa, jiran dan masyarakat.. sebabnya sambil masak kena basuh baju (guna mesin).. then jemur baju.. mandikan baby.. mandikan diri sendiri.. sambil tu masak nasi.. kemas rumah.. cukup masa ambik anak dari sekolah then hantar ke sekolah agama pulak.. sambil tengok tv lipat kain.. kiranya kepala otak sentiasa berfikir.. apa nak buat lepas ni.. and so on.. dan biasanya boleh buat banyak kerja dalam satu masa (multitasking).. part yang paling best.. sambil 'breast feed' baby sambil ber'fesbuk'... (tangan kiri 'bb' dan tangan kanan bukak 'fb') hehe.. ada buat?


2 ulasan:

izat berkata...

salam kak nurul..
he he..kita serupa...tgh bf sambil internetting muahaha

Ahliacikgukhairul berkata...

salam..
haha.. mak zaman skrg ijat..

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...