Isnin, 12 Julai 2010

Perjalanan Ke Tanah Suci - Bahagian 16

Alhamdulillah.. nampaknya dah sampai ke bahagian terakhir cerita ke tanah suci ni..

Hari terakhir di Mekah.. weol dijangka akan meninggalkan Kota Mekah Al-Mukaramah pada jam 7petang, 15 Disember 2009.. makanya tawaf widak (perpisahan) perlu dibuat selepas waktu asar.. masa tawaf widak tu.. perasaan bercampur baur.. gembira sebab dah nak balik ke tanah air dan dalam masa yang sama sangat sedih biler mengenangkan akan meninggalkan Kaabah dan tak tahu lagi sama ada dapat sampai lagi ke tanah suci.. Mudahan Allah izinkan kedatangan kami lagi dan memilih kami jadi tetamuNya lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi..

Pas habis tawaf.. kami terus berdoa di depan Multazam.. airmata tak boleh ditahan-tahan.. sedihnya Allah je yang tahu.. terima la kami ke sana lagi Ya Allah! Dan kemudian jalan cepat-cepat meninggalkan Kaabah dan MasjidilHaram.. terus ke bilik penginapan untuk ambil beg dan turun ke tingkat bawah di ruang solat untuk jamak Maghrib & Isyak sementara tunggu bas nak ke Jeddah..

Naik ke bas.. pihak Tabung Haji bagi cenderahati.. tasbih dan buah kurma.. rasa seronok makin menebal tapi dalam masa yang sama sedih nak meninggalkan Kota Mekah.. dua jam perjalanan maka sampai la kami di Madinatul Hujjaj.. penginapan sementara di Jeddah sebelum berlepas ke tanah air..

Letak je beg dalam dorm (20 orang satu dorm).. then terus turun makan roti canai ala Malaysia.. sedapnya.. tapi harga sepinggan kuah kari ayam 8Riyal ye kengkawan.. masa tu aku niat nak belanja kengkawan la kan.. ambik 2 keping roti canai (satu kongsi 2 org.. dah tengah malam.. orang pompuan tak makan banyak.. hehe) + 2 mangkuk kuah kari ayam (ayam ada la seketul) + 4 cawan teh susu = 24Riyal... yeha!! terperanjat aku.. Aku pun cuba tanya la kat cashier naper harganya begitu sekali.. dia sengih je.. agaknya diorg pun kata ni la masanya nak sembelih orang Malaysia sebab mesti diorang dah tak sabar-sabar nak balik kampung so mesti la tak berapa kisah harga berapa pun diorang letak.. huhu..

Selesa gak di Madinatul Hujjaj ni walaupun 20 orang satu dorm.. tapi kami stay kat situ tak sampai pun 24 jam.. pagi-pagi esoknya tu kena pegi timbang beg.. weol 2 buah bilik nih (8 orang) buat timbangan secara berkumpulan so pihak Tabung Haji bagi 300kg untuk jumlah keseluruhan berat yang dibenarkan.. biler ditimbang semua beg.. ada lebihan dalam 24kg lagi.. masing-masing konon-konon cam menyesal sebab tak abis shopping.. hahaha.. org lelaki relek je..

Dalam kul 1.30 tengahari.. weol naik bas dan bertolak ke airport Jeddah.. dekat je rupanya.. biler dah nampak airport gembira tak terkata la kan.. makin tak sabar nak tengok muka Atif dan Atifah dan keluarga yang lain.. di airport pihak Arab Saudi bagi souvenier Al-Quran cetakan Madinah.. dan biler nak lepas ke ruang berlepas tu.. orang pompuan kena masuk ke dalam satu bilik untuk dicheck seluruh badan oleh petugas pompuan.. betul-betul check punya.. tapak kasut pun dia tengok tau..

Akhirnya masuk la kami ke dalam perut kapal terbang MAS menuju ke Malaysia..

Alhamdulillah.. kami bertolak kul 6.30 petang (waktu Arab Saudi) dan kat Malaysia time tu 11.30 malam.. 8 jam perjalanan.. lepas sikit Lautan Andaman.. sampai kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang jam 7.33 pagi waktu Malaysia... Syukur padaMu Ya Allah! Mudahan kami dapat pergi lagi.. seronoknya hanya Allah yang tahu.. dan mudahan kengkawan yang lain pun akan sampai ke sana.. tunai Haji hanya diwajibkan sekali saja ke atas kita.. usahalah ke arah itu.. kita dahulukan mana yang utama.. InsyaAllah.. itulah jihad untuk orang perempuan yang maner kita tak perlu menghunus pedang.. Amin..

Bangunan Madinatul Hujjaj di Jeddah.. penginapan untuk rakyat Malaysia.. ni untuk pakej Muassasah.. macam weol..

sedang menikmati roti canai + kuah kari ayam + air teh susu bersama-sama roomate aku..

bersarapan makanan yang sama.. terpaksa la walaupun mahal.. huhu.. not much choices..


Rakyat Malaysia ronda-ronda depan bangunan.. sementara nak tunggu naik bas tengahari tu..


masing-masing heret beg nak naik bas.. yea.. yea.. dah nak balik..


p/s: boleh try tengok semula cerita perjalanan haji yang lain sebab gambar-gambar di Madinah dah boleh upload.. (promosi sikit.. hehe)


Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...