Sabtu, 10 Julai 2010

Perjalanan ke Tanah Suci - Bahagian 15

Aku nak sambung semula cerita aku yang tertangguh.. nak cuba habiskan cerita pasal tanah suci sebelum sambung cerita lain yang terkini.. rasa cam banyak nak diceritakan sampai tak tercerita.. huhu

Ok.. we start the story..

Beberapa malam sebelum balik ke tanah air.. aku, CK dan dua pasangan yang lain pun menuju ke Hujun Street.. seperti yang dimaklumkan sebelum ni.. memang happening biler waktu malam.. cam tak percaya.. mesti para pembaca tertanya-tanya.. happening sangat ke? Hehe.. tak le semeriah Kuala Lumpur tapi meriah la kan dengan deretan kedai yang banyak dan lampu-lampu sekaliannya..

Aku aim nak beli travelling steam iron (macam la tak de kat Malaysia).. saja je untuk kenang-kenangan diri sendiri.. plus konon-konon ada la motif berjalan kat situ.. haha.. then weol pun menahan la van sapu untuk ke Hujun Street tu.. ada la dalam sepuluh minit kot perjalanannya dari tempat penginapan weol tu.. untuk memastikan yang aim aku tu tercapai.. masuk la dari kedai ke kedai.. akhirnya dapat la satu jenama 'Braun' dengan harga 40 riyal.. setelah senang hati maka pegi la makan aiskrim dulu.. kat sana aiskrim dia sedap-sedap dan orang kata kalau tak makan tak sah.. rupanya benar belaka dan aku pun termasuk la dalam golongan yang mengatakan demikian..

Jalan-jalan lagi.. jumpa pulak baju jubah cotton putih (lelaki) murah-murah.. sehelai boleh dapat 26 Riyal.. Ok kan? CK pun beli untuk dirinya sendiri.. (bezanya aim aku dengan CK kan).. then sambung jalan-jalan lagi.. jumpa bakery shop.. singgah minum air coca-cola dalam botol kaca kecik.. 1 Riyal sebotol.. pehhhhh.. nikmatnya.. beli kek, bepang pistachio, roti.. tapi yang best tu.. ada jajan Made in Malaysia dijual kat situ... bangga jap aku.. hehe

Sambung jalan lagi.. intai-intai murtabak plak.. tapi time tu macam dah kenyang je.. so tengok dari luar kedai je.. (tapi sehari sebelum bertolak ke Jeddah aku dan CK dapat gak try murtabaknya.. sedap tul.. ada cheese + tomato + daun sup.. then minum plak dengan air coca-cola.. memang real betul).

Penat dah berjalan.. weol decide nak balik semula ke hotel.. tahan la sebuah teksi Hyundai.. dok la weol berhimpit 3 pasangan + driver.. cuba bayangkan? Semua orang dewasa ya.. tak de kanak-kanak.. haha..

Puas hati gak la dapat berjalan walau pun tak berapa jauh..





Bukti aku dah sampai kt Hujun Street tuh.. ni dengan Kak Salmah.. roomate aku..


sedang menikmati aiskrim yang sedap tuh..

antara kedai yang nampak happening.. cam tak percaya je kat Mekah ada jual baju-baju macam ni kan..


masih lepak-lepak lagi sambil pikir nak tahan teksi yang maner..


roomate CK tengah kemas barang dia pas abis shopping segala yang ada di Kota Mekah.. sori ah Abang Fatah.. sebab terpaksa jadi model untuk entry kali nih..


Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...