Khamis, 29 Julai 2010

Majlis Tahnik Auni Atiqah

Alhamdulillah.. satu majlis tahnik untuk Auni Atiqah telah selamat dilaksanakan pada 10Julai2010, Sabtu di Pusat Islam Istiqlal, Politeknik Seberang Perai. Terima kasih pada yang menjayakannya.. terutama kepada Ustaz Shukur sekeluarga, saudara Munir Kangsari (owner Heavenly Ornaments) dan mereka yang hadir. Jamuan makan ditempah dengan Ayazz Catering.. nasi tomato + daging kurma + ayam goreng + jelatah + air siren (sirap + oren)... Majlis kecil-kecilan je.. InsyaAllah majlis aqiqah untuk Atiqah akan dibuat di tempat yang sama pada bulan Ramadhan akan datang.. (seronok buat kat Pusat Islam ni sebab dapat belanja makan kat pelajar.. so.. sapa-sapa yang berminat nak buat kenduri.. boleh la kita buat kat Pusat Islam PSP nih)..


Atiqah maintain tido walau apa berlaku..



Ustaz Shukur memulakan upacara dengan meletakkan sedikit kurma dan air zam-zam di lelangit Atiqah


Para jemaah nak potong jambul Atiqah (kelihatan dalam gambar : Saudara Munir.. hehe)


Ustaz Shukur gunting sedikit rambut di kepala Atiqah sambil diperhatikan dengan serius oleh Saudara Munir dan jemaah lain


p/s: Kalau nak try masakan Ayazz Catering yang sedap dan lazat tu (boleh pilih apa saja menu yang dikehendaki - aku paling suka daging masala depa) boleh la kontek:
1. 019-4760363 (Badri - selalu khuruj jalan kaki dan masakan beliau memang sedap)
2. 019-4455124 (Hj. Abd. Jalil - tokey kompeni tapi dgrnya sekarang sedang khuruj di German)
3. 019-4143204 (Halim)
atau ke pejabat mereka di:
C-2-9 Tingkat 2
Pusat Perniagaan Sunway
Jalan Todak 4
13700 Seberang Jaya
Pulau Pinang

Rabu, 28 Julai 2010

AUNI ATIQAH BINTI KHAIRUL THALLEH

Alhamdulillah.. jumpa dah kabel yang dicari-cari.. so boleh aku meng'upload' gambar Auni Atiqah.. our new member.. yang dilahirkan pada Jumaat, 2Julai2010 dan selamat dikeluarkan dari perut ibu jam 12.41 tengahari..

umur sehari di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.. petang sabtu (3Julai2010)


waktu pagi hari sabtu.. aku tak boleh bangun lagi tp tangan boleh angkat untuk amik gambar..

beberapa jam selepas dilahirkan.. muka berkerut sebab tak puas hati dah kena keluar dari perut..


ni pun selepas beberapa jam dilahirkan.. kerutan di wajah masih kelihatan.. confuse dengan alam sekitar..



gambar terawal yang diambil sebaik sahaja dilahirkan..
p/s: nama dipilih oleh CK sempena nama Kaabah.. Baitul Atiq.. atas asbab Atiqah dah ikut pegi haji.. hehe

Selayang Pandang..

Lamanya aku tak update blog.. walaupun aku dok kat rumah dan dah jadi surirumah sepenuh masa... tapi masa sentiasa penuh..(termasuk berfesbuk dan baca blog.. nak upload gambar baby.. kabel ter'misplaced' la plak..)

Memang betul la.. jadi surirumah lebih penat sebenarnya sebab banyak tul kerja yang nak dibuat.. tambah2 ada baby kecik.. huhu.. penat tapi seronok.. tak menang tangan dibuatnya.. tapi kalau tak de ICT boleh meroyan kot.. hahaha.. Astaghfirullah.. mak zaman sekarang waktu dalam pantang..(kan sekarang iklan ICT je kat tv..)

Hmmm.. tapi aku ada terbaca satu artikel yang mengatakan masyarakat lebih menghargai 'pembantu rumah' berbanding suri rumah tangga sepenuh masa yang berkorban menguruskan rumahtangga.. Pada aku ada betulnya sebab pembantu rumah dibayar gaji minimum RM600 ye kengkawan (syarat ni ada ditulis di Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur nun).. dan mereka sekarang sudah pandai berpersatuan.. sudah maju ke hadapan nampaknya.. dan diharap mutu kerja mereka pun begitu jugak la kan.. (kebanyakan yang aku tengok mereka yang ada pembantu rumah lebih tensen daripada jadi surirumah.. kiranya banyak kes majikan didera oleh pembantu rumah.. tapi yang dok cerita dalam suratkhabar adalah pembantu rumah didera oleh majikan). Masyarakat pulak memandang rendah pada suri rumah seolah-olah tidak memberi sumbangan kepada ekonomi negara (ada gak mak mentua yang tak berapa suka dengan menantu pompuan yang tak bekerja atas alasan habiskan duit anaknya.. tapi bukankah dah tanggungjawab si lelaki ke atas keluarganya?) tetapi yang sebenarnya menjimatkan perbelanjaan rumah sebab tak payah hantar anak ke pusat asuhan dan bayar gaji pembantu rumah.. apa yang penting rumahtangga lebih terurus dan anak-anak tidak terabai.. bertuahnya kan..

Pada aku la.. seorang suri rumah merupakan pengurus rumah tangga.. nak uruskan keperluan suami, anak2, ibu bapa, jiran dan masyarakat.. sebabnya sambil masak kena basuh baju (guna mesin).. then jemur baju.. mandikan baby.. mandikan diri sendiri.. sambil tu masak nasi.. kemas rumah.. cukup masa ambik anak dari sekolah then hantar ke sekolah agama pulak.. sambil tengok tv lipat kain.. kiranya kepala otak sentiasa berfikir.. apa nak buat lepas ni.. and so on.. dan biasanya boleh buat banyak kerja dalam satu masa (multitasking).. part yang paling best.. sambil 'breast feed' baby sambil ber'fesbuk'... (tangan kiri 'bb' dan tangan kanan bukak 'fb') hehe.. ada buat?


Sabtu, 17 Julai 2010

FESYEN SEKEMBALINYA KE TANAH AIR

Meh kita layan gambar-gambar yang ada.. seronok tengok para jemaah haji bersiap-siap untuk kembali ke tanah air dan tunggu dipeluk oleh ahli keluarga.. bau harum attar tok sah kira la kan.. kiranya dalam dorm aku hari tu ada 20 orang.. kalau buat pertandingan fesyen tercantik.. mau aku dapat nombor 20.. haha..


Peserta duduk paling kanan yang dapat tempat ke 20 daripada 20 orang peserta.. bersama-sama Mak Lang dan suami serta Kak Intan dan suami


tak tau nama tapi dah mintak izin amik gambar dan nak masuk dalam blog.. antara top ten nih..


Pasangan ideal.. Kak Suzaini dan Abang Fauzi.. roomate aku dan CK.. (psssssttt... Abang Fauzi dah dekat nak landing baru tukar baju sedondon dgn Kak Su)



Saudara sekapal terbang KT13..


Mak Su dan Pak Su dari Pendang.. suara Mak Su sedap sungguh biler bernasyid.. ralit biler dengar.. hehehe.. promosi sikit..


Pasangan romantik.. Kak Salmah dan Abang Fatah.. roomate aku dan CK gak nih.. (Abang Fatah pun tukar baju biler dah nak sampau Malaysia.. hehehe)



Saudara 'Kassim Baba'.. antara pemenang musim haji kali nih..

Pasangan ibu dan anak.. roomate aku dan CK gak nih.. bertuah makcik dapat anak setaat Syam..


Isnin, 12 Julai 2010

Perjalanan Ke Tanah Suci - Bahagian 16

Alhamdulillah.. nampaknya dah sampai ke bahagian terakhir cerita ke tanah suci ni..

Hari terakhir di Mekah.. weol dijangka akan meninggalkan Kota Mekah Al-Mukaramah pada jam 7petang, 15 Disember 2009.. makanya tawaf widak (perpisahan) perlu dibuat selepas waktu asar.. masa tawaf widak tu.. perasaan bercampur baur.. gembira sebab dah nak balik ke tanah air dan dalam masa yang sama sangat sedih biler mengenangkan akan meninggalkan Kaabah dan tak tahu lagi sama ada dapat sampai lagi ke tanah suci.. Mudahan Allah izinkan kedatangan kami lagi dan memilih kami jadi tetamuNya lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi..

Pas habis tawaf.. kami terus berdoa di depan Multazam.. airmata tak boleh ditahan-tahan.. sedihnya Allah je yang tahu.. terima la kami ke sana lagi Ya Allah! Dan kemudian jalan cepat-cepat meninggalkan Kaabah dan MasjidilHaram.. terus ke bilik penginapan untuk ambil beg dan turun ke tingkat bawah di ruang solat untuk jamak Maghrib & Isyak sementara tunggu bas nak ke Jeddah..

Naik ke bas.. pihak Tabung Haji bagi cenderahati.. tasbih dan buah kurma.. rasa seronok makin menebal tapi dalam masa yang sama sedih nak meninggalkan Kota Mekah.. dua jam perjalanan maka sampai la kami di Madinatul Hujjaj.. penginapan sementara di Jeddah sebelum berlepas ke tanah air..

Letak je beg dalam dorm (20 orang satu dorm).. then terus turun makan roti canai ala Malaysia.. sedapnya.. tapi harga sepinggan kuah kari ayam 8Riyal ye kengkawan.. masa tu aku niat nak belanja kengkawan la kan.. ambik 2 keping roti canai (satu kongsi 2 org.. dah tengah malam.. orang pompuan tak makan banyak.. hehe) + 2 mangkuk kuah kari ayam (ayam ada la seketul) + 4 cawan teh susu = 24Riyal... yeha!! terperanjat aku.. Aku pun cuba tanya la kat cashier naper harganya begitu sekali.. dia sengih je.. agaknya diorg pun kata ni la masanya nak sembelih orang Malaysia sebab mesti diorang dah tak sabar-sabar nak balik kampung so mesti la tak berapa kisah harga berapa pun diorang letak.. huhu..

Selesa gak di Madinatul Hujjaj ni walaupun 20 orang satu dorm.. tapi kami stay kat situ tak sampai pun 24 jam.. pagi-pagi esoknya tu kena pegi timbang beg.. weol 2 buah bilik nih (8 orang) buat timbangan secara berkumpulan so pihak Tabung Haji bagi 300kg untuk jumlah keseluruhan berat yang dibenarkan.. biler ditimbang semua beg.. ada lebihan dalam 24kg lagi.. masing-masing konon-konon cam menyesal sebab tak abis shopping.. hahaha.. org lelaki relek je..

Dalam kul 1.30 tengahari.. weol naik bas dan bertolak ke airport Jeddah.. dekat je rupanya.. biler dah nampak airport gembira tak terkata la kan.. makin tak sabar nak tengok muka Atif dan Atifah dan keluarga yang lain.. di airport pihak Arab Saudi bagi souvenier Al-Quran cetakan Madinah.. dan biler nak lepas ke ruang berlepas tu.. orang pompuan kena masuk ke dalam satu bilik untuk dicheck seluruh badan oleh petugas pompuan.. betul-betul check punya.. tapak kasut pun dia tengok tau..

Akhirnya masuk la kami ke dalam perut kapal terbang MAS menuju ke Malaysia..

Alhamdulillah.. kami bertolak kul 6.30 petang (waktu Arab Saudi) dan kat Malaysia time tu 11.30 malam.. 8 jam perjalanan.. lepas sikit Lautan Andaman.. sampai kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang jam 7.33 pagi waktu Malaysia... Syukur padaMu Ya Allah! Mudahan kami dapat pergi lagi.. seronoknya hanya Allah yang tahu.. dan mudahan kengkawan yang lain pun akan sampai ke sana.. tunai Haji hanya diwajibkan sekali saja ke atas kita.. usahalah ke arah itu.. kita dahulukan mana yang utama.. InsyaAllah.. itulah jihad untuk orang perempuan yang maner kita tak perlu menghunus pedang.. Amin..

Bangunan Madinatul Hujjaj di Jeddah.. penginapan untuk rakyat Malaysia.. ni untuk pakej Muassasah.. macam weol..

sedang menikmati roti canai + kuah kari ayam + air teh susu bersama-sama roomate aku..

bersarapan makanan yang sama.. terpaksa la walaupun mahal.. huhu.. not much choices..


Rakyat Malaysia ronda-ronda depan bangunan.. sementara nak tunggu naik bas tengahari tu..


masing-masing heret beg nak naik bas.. yea.. yea.. dah nak balik..


p/s: boleh try tengok semula cerita perjalanan haji yang lain sebab gambar-gambar di Madinah dah boleh upload.. (promosi sikit.. hehe)


Sabtu, 10 Julai 2010

Perjalanan ke Tanah Suci - Bahagian 15

Aku nak sambung semula cerita aku yang tertangguh.. nak cuba habiskan cerita pasal tanah suci sebelum sambung cerita lain yang terkini.. rasa cam banyak nak diceritakan sampai tak tercerita.. huhu

Ok.. we start the story..

Beberapa malam sebelum balik ke tanah air.. aku, CK dan dua pasangan yang lain pun menuju ke Hujun Street.. seperti yang dimaklumkan sebelum ni.. memang happening biler waktu malam.. cam tak percaya.. mesti para pembaca tertanya-tanya.. happening sangat ke? Hehe.. tak le semeriah Kuala Lumpur tapi meriah la kan dengan deretan kedai yang banyak dan lampu-lampu sekaliannya..

Aku aim nak beli travelling steam iron (macam la tak de kat Malaysia).. saja je untuk kenang-kenangan diri sendiri.. plus konon-konon ada la motif berjalan kat situ.. haha.. then weol pun menahan la van sapu untuk ke Hujun Street tu.. ada la dalam sepuluh minit kot perjalanannya dari tempat penginapan weol tu.. untuk memastikan yang aim aku tu tercapai.. masuk la dari kedai ke kedai.. akhirnya dapat la satu jenama 'Braun' dengan harga 40 riyal.. setelah senang hati maka pegi la makan aiskrim dulu.. kat sana aiskrim dia sedap-sedap dan orang kata kalau tak makan tak sah.. rupanya benar belaka dan aku pun termasuk la dalam golongan yang mengatakan demikian..

Jalan-jalan lagi.. jumpa pulak baju jubah cotton putih (lelaki) murah-murah.. sehelai boleh dapat 26 Riyal.. Ok kan? CK pun beli untuk dirinya sendiri.. (bezanya aim aku dengan CK kan).. then sambung jalan-jalan lagi.. jumpa bakery shop.. singgah minum air coca-cola dalam botol kaca kecik.. 1 Riyal sebotol.. pehhhhh.. nikmatnya.. beli kek, bepang pistachio, roti.. tapi yang best tu.. ada jajan Made in Malaysia dijual kat situ... bangga jap aku.. hehe

Sambung jalan lagi.. intai-intai murtabak plak.. tapi time tu macam dah kenyang je.. so tengok dari luar kedai je.. (tapi sehari sebelum bertolak ke Jeddah aku dan CK dapat gak try murtabaknya.. sedap tul.. ada cheese + tomato + daun sup.. then minum plak dengan air coca-cola.. memang real betul).

Penat dah berjalan.. weol decide nak balik semula ke hotel.. tahan la sebuah teksi Hyundai.. dok la weol berhimpit 3 pasangan + driver.. cuba bayangkan? Semua orang dewasa ya.. tak de kanak-kanak.. haha..

Puas hati gak la dapat berjalan walau pun tak berapa jauh..





Bukti aku dah sampai kt Hujun Street tuh.. ni dengan Kak Salmah.. roomate aku..


sedang menikmati aiskrim yang sedap tuh..

antara kedai yang nampak happening.. cam tak percaya je kat Mekah ada jual baju-baju macam ni kan..


masih lepak-lepak lagi sambil pikir nak tahan teksi yang maner..


roomate CK tengah kemas barang dia pas abis shopping segala yang ada di Kota Mekah.. sori ah Abang Fatah.. sebab terpaksa jadi model untuk entry kali nih..


Selasa, 6 Julai 2010

OUR 2ND DAUGHTER..

ALHAMDULILLAH... AKU DAH SELAMAT MELAHIRKAN OUR 2ND DAUGHTER ON 2ND JULY 2010.. (NAMA TAK DE LAGI SEBAB BARU TAU DAPAT BABY GIRL TIME DIA KUAR 4 HARI LEPAS)..

ALLAH IZINKAN KELAHIRANNYA MELALUI PEMBEDAHAN.. SEKARANG DOK ADA RASA SAKIT2 LAGI TAPI TERUBAT BILA TENGOK MUKA 'CIK HAJJAH KECIK' NIH..

INSYAALLAH GAMBAR AKAN DI'UPLOAD' BILER DAH DAPAT NAMA NANTI YER..

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...