Selasa, 29 September 2009

Lawak Antarabangsa

Hari ni aku ada mesyuarat kt Batu Feringgi. Dengan semangat yg berkobar2.. seawal 7 pg aku pun memulakan perjalanan aku ke Batu Feringgi selepas berpamitan dgn CK.. hmmm.. kena kuar umah awal sbb takut atifah bangun plak.. nti sibuk nak ikut n buat drama swasta lg..

Suasana pagi ni tenang tp hujan sedikit renyai.. keadaan masih agak gelap so aku pun bukak lampu kete wpun dah kul 7pg.. perjalanan lancar sampai ke Paradise Sandy Beach.. Alhamdulillah.. lbh krg kul 7.45 pg aku sampai n terus p breakfast..

Pas breakfast.. terus p Bilik Tanjung utk stat meeting.. berenti utk kudapan kul 10.30 pg.. sambung lg meeting sampai kul 12.30 tghri.. haaaa... nak amik brg2 dalam kete n antar p bilik dulu sebelum mkn.. sampai kt kete.. remote controller x function.. cuak dah ni.. aku x kunci pintu ke? biler cek.. kunci dah tp pasal apa x boleh bukak ni? huhuhuhuhuhuhuhuhu... bateri abis sbb aku x tutup lampu kete.... wuuuwuuwwuuuu.....

Aku pun tepon CK mtk rescue 911... CK suruh cari dulu kengkawan yg ada 'jumper' then tumpang 'jump' enjin... hmmm.. ok la kalu gitu.. lega ckit.. pas mkn + solat + meeting + kudapan ptg.. kawan seopis aku.. NOOR DASREENA SHUKRIA BINTI ABDUL SHUKUR sudi memberi pinjam 'jumper'nya dan 'jump' dr enjin keter dia... hah.. lega...

Tapi... ada satu lg masalah.. hehehehe.. aku tak tau nak pasang 'jumper' tu.. mintak tolong plak dgn Encik Ulaimi (kawan dr PKB) dan Encik Aziz (kawan dr POLISAS)pasangkan... ingat ya kengkawan..

1. matikan enjin kete yg nak menge'jump' tu..
2. wayar hitam kepit kt -ve n wayar merah kt +ve.. (dr dan ke dua2 kete td)
3. then pas kepit baru la hidupkan enjin kete penge'jump'
4. pas kete yg di'jump' tu dah boleh stat.. tanggalkan wayar hitam dulu diikuti wayar merah..
5. akhir sekali... teruskan la memanaskan enjin kete yg di'jump' sekurang2nya setengah jam bg mengelakkan 'pisang berbuah 2x'... hehehe

InsyaAllah pas ni semua boleh buat sendiri.. moralnya.. dlm kete kiter kena ada 'jumper' dan mesti ada kete lain yg sudi nak tolong menge'jump'.. hehehe..

Alhamdulillah.. pas beberapa minit.. kete aku dah boleh stat semula.... Thanks to Allah...

Tima kasey ye Das + Encik Ulaimi + Encik Aziz.. jasa uol tetap dikenang..

Ahad, 27 September 2009

Jalan-jalan Cari Makan

Alhamdulillah.. akhirnya 'ngidaman' weol dpt direalisasikan... Allah Maha Pemurah.. hehehe.. sebenarnya weol dah lama mengidam nak makan roti bakar + telur setengah masak + air kopi kt Stesen Keretapi Kluang.. jgn gelak ya.. wpun benda2 tu semua kiter boleh buat sendiri tp kalu org lain buatkan bertambah2 sedapnya... ahaks..

Pasal menu kt Stesen Keretapi Kluang tu weol terbaca dalam paper lama dah.. tp tak berkesempatan nak sampai ke sana setiap kali weol balik ke Johor.. sebabnya.. rasa masa sangat singkat dan amat merugikan kalu nak berjalan2 kuar rumah tu.. hahaha.. punyer la.. so.. kali ni terkebetulan ada sepupu aku buat walimatul urus kt Kluang.. maka agenda lawatan ke Stesen Keretapi Kluang merupakan salah satu agenda yg tak boleh dipandang ringan.. haha.. Alhamdulillah..

Apa yg membuatkan weol teruja adalah tang kaya yg dibuat sendiri oleh keluarga tokehnya setiap hari.. jgn tak tau.. weol siap beli serbuk kopi dan kaya tu.. plan nak buat sendiri pas2 ni.. (roti bakar n air kopi ya.. bukan nak buat sendiri serbuk kopi n kaya tu...). Kalau korang nak rasa jemput la dtg umah weol ya.. dan satu lagi.. tokey kedai tu merupakan saudara 'lama' (sebab dah lama masuk Islam).. tu yg menambahkan keterujaan weol.. huhu.. dahsyat tul penangannya kan?

Meh kita layan gambar2 menu dan suasana stesen keretapi tu..

ni nama kedai tu dan waktu perniagaannya.. lama dah diorg bertahan nih.. bagus la..

antara menu yg ada dijual kt kedai nih.. harga masih boleh tahan murahkan?

ni nasi lemak yg berharga RM0.70.. 4 kali sudu dah abis.. so.. aku terpaksa mkn 2 bungkus utk cukupkan 8 sudu.. huhu

ni plak set roti bakar.. satu set = 2 keping roti yg dipotong 2.. kira kalau rupa mcm kt atas ni kira 2 set la.. (hehe.. angka bertuah = 2)

ni telur separuh masak ya... hmmmm... yummy!! kul 4 ptg pun aku masih lalu lg makan telur setengah masak... haha..


Jumaat, 25 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..


Di kesempatan ini, aku sekorga nak minta ampun dan maaf kepada semua muslimin dan muslimat atas segala kekhilafan kami sama ada dalam bentuk perbuatan maupun pertuturan.. yang disedari maupun tidak.. InsyaAllah.. Mudahan silaturrahim yg dijalinkan mendapat redha Allah S.W.T..



Alhamdulillah... sekarang ni aku dpt beraya di kampung aku plak.. best! best!.. (pssssttt!! beraya kt Kelantan pun best gak.. esp time berkumpul dgn ipar duai.. hehe).. yg best raya2 ni sbb kiter dpt berkumpul dgn keluarga yg kadang2 setahun sekali pun payah nak jumpa.. sekali jumpa anak dah 2.. jumpa lg sekali.. anak dah tambah jd 4 pulak.. jumpa lg tahun depannya... aikkkk... dah tukar pasangan plak.. hehe.. apa pun.. time raya la kebanyakan org dpt cuti dan kuat semangat nak balik kampung.. tul tak?


Nak citer sikit je perbezaan beraya di Kelantan dan Johor ni.. kalau kt Kelantan.. menu utk pg raya pertama tu biasanya berubah2.. tahun lepas kitorg buat nasi dagang (aku jd tukang meriahkan suasana je ya..) n tahun ni plak.. buat nasi tomato.. (aku tolong gembirakan tukang masaknya.. saper lg kalau bukan CK.. hehe).. tp kalau kt Johor.. menu pg raya pertama tu dah ditetapkn sejak dr dulu lg oleh penyimpan mohor2 besar... 1. ketupat nasi 2. sambal goreng jawa 3. serunding daging 4. kari ayam.. tu la yg membuatkan hr raya aku sungguh bermakna.. ahaks..




Isnin, 14 September 2009

Broadband?

Assalamualaikum..

nampaknya dah banyak hari gak tak dapat nak berblog n berinternet guna broadband nih... hmmm.. sabar.. sabar.. sabar.. Allah sayang dgn hambaNya yg sabar..

tp dlm sabar2 pun.. saja nak komplen sikit.. hehe.. bukan aper.. konpius.. betul ke broadband? ntah2.. rubber band tak? tak pun.. brass band.. hehe.. tapi kalu kerap x boleh meng'explore'.. baik tukar namer kepada narrow band je la.. x pun kiter bandage jer.. haha..

sekarang ni kt umah aku tgh gelap gelita gara2 'black out' stat kul 11.30mlm td.. hmm. tak boley nak lelap mata plak.. td sebenarnya bangun sebab nak amik n pakaikan si atifah diaper.. tup2 terbukak plak komputer n nak try la 'broad band' aku ni.. hehe.. boley plak internet mengexplore dlm kepekatan malam ni..

sebenarnya.. antara faktor2 yg menyebabkan aku tak boley lelap mata ni adalah sebab excited nak balik kg beraya.. dok pk apa yg aku nak bawak balik kg nih.. kena list down siap2.. takut tertinggal buah2 tangan.. InsyaAllah rabu pg nti (16sept09) weol bertolak ke Kelantan n stay sampai raya pertama then shoot plak ke Johor.. satu Malaya weol jelajah.. cuma tak lalu negeri Perlis je... huhu.. tu la antara nikmat dan hikmah berkawin dgn org luar negeri kiter..

haaa.. mesti pelikkan kenapa first day raya dah bergerak ke negeri yg satu lagi... haha.. mcm tak sabor2 plak.. tp memang tu le jawapannyer.. sebabnya kalu ikut kalendar weol.. raya pertama tahun ni jatuhnya (giliran) di Johor.. tp biler dicampurtolakdarabbahagi.. kalu nak lama sikit di Johor.. (kes cuti dah tak ikut cuti semester la ni)kena la berkorban tukar kalender.. so.. ini tahun raya pertama lg di Kelantan.. biasanya raya kedua baru weol shoot ke rumah satu lg.. tp setelah aku menggoda CK.. beliau bersetuju raya pertama bertolak ke Johor..

ala.. lagipun Penang ngan Kelantan dekat je.. 6jam perjalanan termasuk berenti beberapa kali.. tak dak tol plak tu.. kiranya weol lebih kerap balik Kelantan compared to Johor yg sekali balik kena siapkan RMseribu+++... huhu.. lgpun last week br balik berposa kt Kelantan.. then after 10 days balik lg.. kira tak pe la kan raya pertama dah stat bergerak ke Johor.. hmmm... lagi la tak boley nak lelap mata ni..


satu lagikan.. yg bagus ikut giliran ni sebenarnya.. baju raya ikut kaler tema tu boley ditukar 2 taun sekali.. hahaha.. maklum la.. raya taun lepas nenek Kelantan yg tengok n taun ni atuk Johor plak yg tengok.. tapi oleh kerana kalendar taun lepas n taun ni sama.. so ini taun kena cari tema baru la plak...

maap la kalu tajuk entry kali ni tak berapa padan dgn entrynya.. hehehe.. ni la antara perasaan anak rantau.. berusaha utk jd isteri mithali (bukan dikesali ya.. huhu).. so kena la ikut suami mana berada.. godaan aku ajak CK berpindah ke negeri2 di selatan belum berjaya lg.. kena try n cari taktik or idea lain plak nampaknyer..

any ideas from uols yg we can share together gather? hehe.. zasssss.....
(dah.. dah.. dah.. nak pakaikan atifah diaper plak.. kang tak pasal esok aku kena jemur tilam plak.. hubby kuar 3 hari ni.. rindu ah.. huhu)

Wassalammmm....

Khamis, 10 September 2009

Rileks sat...

Kes 1

Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:

Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak RM1,000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak.Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam dari anakanda,
Sarip.

p/s: Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat .. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.

Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas,


Untuk Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima".

Dari Ayahmu.


Kes 2

Seorang penumpang teksi mencuit bahu pemandu teksi yang dinaikinya. Terkejut dengan cuitan itu, pemandu teksi hilang kawalan menyebabkan teksinya melelong lalu melanggar divider jalan. Selepas dapat memberhentikan teksinya, pemandu itu spontan bercakap."Ingat…. jgn sesekali buat begitu lagi. Awak menakutkan saya!"Penumpang tadi meminta maaf sambil berkata:" saya tak sangka pakcik terkejut sangat dengan cuitan saya tadi."Dengan selamba pakcik itu menjawab:"mau tak terkejut.. Yelah, nie hari pertama pakcik bawa teksi selepas 12 tahun jadi PEMANDU KERETA JENAZAH kau faham-faham sajalah!"


Kes 3

Seorang kaya bersiar-siar dalam sebuah kampung. Lalu tersempak la dengan sekeluarga miskin yang sedang memakan rumput…

Org Kaya : Kenapa kau makan rumput ?
Org Miskin : Aku makan rumput kerana aku terlalu lapar..
Org Kaya : Sedap ke makan rumput ni ?
Org Miskin : Setelah tak makan seminggu, rumput inilah makanan paling sedap.
Org Kaya : Apa kata kalau kamu ikut aku ke rumahku. Aku belanja kamu makan besar.
Org Miskin : Betul ke ni Org Kaya ? Boleh ke aku bawa keluarga aku bersama ?
Org Kaya : Boleh.. Lagi ramai lagi bagus !
Org Miskin : Terima kasih wahai Org Kaya. Tapi makanan cukup ke untuk kami sekeluarga yang ramai ni ?
Org Kaya : Gerenti cukup ! Rumput lalang kat rumah aku tu lebih dua meter tinggi nye !



Kes 4

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan kelamin yang terlalu kerap."Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan hubungan suami isteri. Sebaiknya dua kali seminggu sahaja.. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor. Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga."Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri."Sumaat"

hehehehe...



Kes 5

Dalam satu kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya.."kamu hendak ke mana?... syurga atau neraka?.. siapa yang hendak ke syurga.. angkat tangan... !! "maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.
Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi, "siapa hendak ke neraka?"..... semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi... dengan kehairanan ustaz itu bertanya.."bila saya tanya nak masuk syurga.. awak tak angkat tangan.. bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat tangan... .habis awak nak ke mana??".. Jawab murid itu.."saya tidak mahu pergi ke mana ustaz.. bapa saya suruh saya datang sini belajar, dia pesan.. jangan pergi ke mana-mana, tunggu sampai dia jemput"....

Rabu, 9 September 2009

Kenangan dengan bos lama..

Salam Ramadhan kengkawan sekalian.. sedihnya ramadhan dah nak sampai ke penghujung.. dah nak labuhkan tirainya.. kenapa aku rasa ramadhan kali ni cepat sgt berlalu?

Bersempena dgn ramadhan ni jugak dok teringat kt bos lama JP (haha.. jabatan perempuan!).. Encik Abdul Latif bin Ahmad.. dok rindu kt bacaan doa beliau yg begitu syahdu dan meresap di kalbu.. tu la kelebihan dan keistimewaan Encik Abdul Latif yg sukar ditandingi oleh ketua2 yg lain..


Gambar kenangan bersama Encik Abdul Latif.. mesti boley teka yg maner satu beliau yg dimaksudkan kan?

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...