Kes 1
Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:
Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak RM1,000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak.Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.
Salam dari anakanda,
Sarip.
p/s: Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat .. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.
Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas,
Untuk Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima".
Dari Ayahmu.
Kes 2
Seorang penumpang teksi mencuit bahu pemandu teksi yang dinaikinya. Terkejut dengan cuitan itu, pemandu teksi hilang kawalan menyebabkan teksinya melelong lalu melanggar divider jalan. Selepas dapat memberhentikan teksinya, pemandu itu spontan bercakap."Ingat…. jgn sesekali buat begitu lagi. Awak menakutkan saya!"Penumpang tadi meminta maaf sambil berkata:" saya tak sangka pakcik terkejut sangat dengan cuitan saya tadi."Dengan selamba pakcik itu menjawab:"mau tak terkejut.. Yelah, nie hari pertama pakcik bawa teksi selepas 12 tahun jadi PEMANDU KERETA JENAZAH kau faham-faham sajalah!"
Kes 3
Seorang kaya bersiar-siar dalam sebuah kampung. Lalu tersempak la dengan sekeluarga miskin yang sedang memakan rumput…
Org Kaya : Kenapa kau makan rumput ?
Org Miskin : Aku makan rumput kerana aku terlalu lapar..
Org Kaya : Sedap ke makan rumput ni ?
Org Miskin : Setelah tak makan seminggu, rumput inilah makanan paling sedap.
Org Kaya : Apa kata kalau kamu ikut aku ke rumahku. Aku belanja kamu makan besar.
Org Miskin : Betul ke ni Org Kaya ? Boleh ke aku bawa keluarga aku bersama ?
Org Kaya : Boleh.. Lagi ramai lagi bagus !
Org Miskin : Terima kasih wahai Org Kaya. Tapi makanan cukup ke untuk kami sekeluarga yang ramai ni ?
Org Kaya : Gerenti cukup ! Rumput lalang kat rumah aku tu lebih dua meter tinggi nye !
Kes 4
Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan kelamin yang terlalu kerap."Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan hubungan suami isteri. Sebaiknya dua kali seminggu sahaja.. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor. Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga."Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri."Sumaat"
hehehehe...
Kes 5
Dalam satu kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya.."kamu hendak ke mana?... syurga atau neraka?.. siapa yang hendak ke syurga.. angkat tangan... !! "maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.
Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi, "siapa hendak ke neraka?"..... semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi... dengan kehairanan ustaz itu bertanya.."bila saya tanya nak masuk syurga.. awak tak angkat tangan.. bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat tangan... .habis awak nak ke mana??".. Jawab murid itu.."saya tidak mahu pergi ke mana ustaz.. bapa saya suruh saya datang sini belajar, dia pesan.. jangan pergi ke mana-mana, tunggu sampai dia jemput"....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2019 dah?
Assalamu'alaikum semua!! dah 2019 dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku 😂 entri terakhir pasal...
-
Dalam Bahasa Arab perkataan sirah datang dari perkataan " sara" yang bermaksud mengembara atau dalam sebuah perjalanan. Ia ada...
-
Assalamualaikum.. (mulakan majlis dgn Surah Al-Fatihah) haha.. meh kita blajar sikit pasal bahasa kali ni.. kekadang kita baca dan dah dite...
4 ulasan:
Assalamualaikum..hahaha..
Klakar kes2 tu kak kak nurul, leh buat kajian..
Aah ye, kali ni ramadhan berlalu ngan cepat..terawikh byk lompong lak tuh,,aa sedihnya Allah tak pilih..
Salam kak nurul, kalau kawan kak nurul nak beli baby sling tu, kedai ni tgh buat sale, http://bigeyesshop.blogspot.com/
Pi lah jengok..
ada-ada aje ngko ni nurul..hehe.tunggu kedatangan kami kat penang, mi udang, char kue tiaw,pasemboq dll. ada design manik terbaru untuk baju raya, buka la blog aku..
izat: hehe.. akak pun dah tinggal terawikh 3 mlm setakat ni.. hisss.. tu x termasuk yg mmg kena 'cuti'.. lemah sungguh iman.. n thanks for the info..
botolkicap: jgn bimbang.. mai la penang.. tiap2 malam kiter p ronda n ajak k.ina sekali yg pastinya.. cantik ah baju raya ko.. so sbg upah nak bawak ko ronda.. meh bg aku hadiah sepasang siap manik ah..
Catat Ulasan