Isnin, 5 September 2011

Salam Aidil Fitri 1432H

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan. Moga lebaran kali ini memberi makna yang cukup membekas di hati kalian. Di pihak aku pula, Syawal kali ini diraikan di Kelantan dan rutin berhari raya diubah. Apa pun, aku tetap gembira kerana masih berpeluang untuk meraikannya walaupun persiapan adalah sangat sederhana. Di kesempatan ini, aku memohon ampun dan maaf atas kekhilafan perkataan maupun perbuatan.

Andai ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Andai ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati

Buai laju-laju
Sampai cucur atap
Cantiknya hang punya baju
Harap buangkan rasa sentap

Aidil Fitri hari mulia
Semua insan bergembira
Bermaafan perbuatan mulia
Semua insan akan gembira

Go!






Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...