Semalam aku bersembang dengan seorang kawan lama yang terpisah dan bertemu semula di alam maya. Zaman-zaman belajar dulu aku kurang membidas akan pandangan yang beliau lontarkan. Mungkin kerana tidak mahu meninggikan suara apabila pendapat kami bercanggah. Namun apabila di alam maya, hanya bacaan tulisan saja mewakili diriku yang mana terpulang kepada penafsiran si pembaca sama ada aku sedang di kemuncak kemarahan atau masih lagi 'cool'.
Mula-mula terbaca kenyataan beliau aku berasa geram juga tetapi kemudian aku berasa kasihan kepada empunya diri. Satu kenyataan yang dikeluarkan beliau dengan penuh yakin yang membuatkan aku berasa beliau sedang mengalami peperangan jiwa.
"Only engineering people can do job well".
Kenyataan di atas pada pandangan aku menafikan fungsi insan lain. Ilmu yang kita ada semuanya ilmu Allah Taala. So, no need to be proud of yourself, bro!
Jom makan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan