Selasa, 20 September 2011

Anak sulung

Daripada kajian pemerhatian aku secara rambang, aku dapati anak sulung dalam keluarga sebenarnya lebih manja dan lebih rapat dengan ibubapanya berbanding anak-anak lain. Mungkin kerana anak sulung adalah anak yang paling dinantikan kehadirannya. Ibu bapa juga lebih teruja menyediakan keperluan untuk anak sulung. Manakala adik-adik pula boleh ulang pakai barangan si sulung dan cuma sedikit tambahan baju baru untuk meraikan setiap kelahiran ahli baru. Itu pandangan peribadi aku. 

Baru-baru ni aku buat jemput-jemput kentang + bawang + ikan bilis. Adunan adalah satu besen kecil. Untuk gorengan yang pertama, anak-anak dok tunggu tepi kuali dengan pinggan. Agak-agak warna jemput-jemput tu dah coklat, maka ianya sudah boleh diangkat dan siap untuk dimakan. Kemudian aku masukkan gorengan kedua. Sambil menunggu gorengan kedua masak, kami menikmati hasil jemput-jemput gorengan pertama tadi. Agak sedikit terleka dengan kesedapan jemput-jemput tadi, maka terlupa sekejap dengan gorengan kedua tadi. Makanya, hasil gorengan kedua agak gelap warnanya. Hehehe. Namun sedap juga bila dimakan.

Anda sekalian nampakkah kesinambungan cerita anak sulung dan jemput-jemputku tadi? Fikir-fikirkan..


Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...