Pesan aku kepada bakal jemaah haji.. penggantungan diri hanyalah semata-mata kepada Allah saja dan jangan mengharapkan mahram atau orang lain untuk menemani dan menguruskan diri kita. Yakin sungguh-sungguh dengan Allah. Jangan sibuk membeli belah (cewah!). Andai mahu membeli barang, niatkan sedekah kepada peniaga tersebut. Rebut peluang sementara berada di sana. Pahala yang berganda Allah janjikan.
Akhir kata.. jangan lupa doakan aku di sini. Muah.
3 ulasan:
Assalamu'alaikum ya ukhtii..
ana izah, bakal berangkat tuk menunaikan fardhuhaji buat kali pertama bulan depan..sebelum ni tak pernah pergi ke tanah suci..
Alhamdulillah mmg rasa brsyukur dn gembira diberi 'kad jemputan' dariNYA..dlm masa yg sama ana akui rasa gelisah kerna takde teman melainkn ayah saja..tpi disana nanti tak setiap masa ayah nak temankn ana..moga ALLAH beri ana kekuatan dn bimbing ana spnjg berada di sana nanti dn dikurniakn kwn2 yg baik tuk sling mgingati dn sling berpesan demi mencari keredhaanNYA..trima kasih jugak kerna berkongsi ttg barang keperluan yg patut dibwa...alhamdulillah, ALLAH permudahkan jua ana tuk bertemu dgn blog ukhtii....=)
insyaallah... abah dan mak nomi pun akan menunaikan haji bulan depan... aminnn moga segala dipermudahkan....
ana izah: Alhamdulillah.. moga anti dikurniakan haji mabrur dan jgn lupa bermaafan dgn mahram seblm berlepas supaya Allah tidak duga kita dengan sengketa bersama mahram.. Amin
normi: Mudahan abah mak normi dikurniakan haji mabrur.. syurga balasannya. Amin
Catat Ulasan