Jumaat, 30 September 2011
Rileks sekejap..
Khamis, 29 September 2011
Sabtu, 24 September 2011
Jumaat, 23 September 2011
Frust!
Khamis, 22 September 2011
Betul ke?
"Only engineering people can do job well".
Kenyataan di atas pada pandangan aku menafikan fungsi insan lain. Ilmu yang kita ada semuanya ilmu Allah Taala. So, no need to be proud of yourself, bro!
Jom makan!
Selasa, 20 September 2011
Anak sulung
Baru-baru ni aku buat jemput-jemput kentang + bawang + ikan bilis. Adunan adalah satu besen kecil. Untuk gorengan yang pertama, anak-anak dok tunggu tepi kuali dengan pinggan. Agak-agak warna jemput-jemput tu dah coklat, maka ianya sudah boleh diangkat dan siap untuk dimakan. Kemudian aku masukkan gorengan kedua. Sambil menunggu gorengan kedua masak, kami menikmati hasil jemput-jemput gorengan pertama tadi. Agak sedikit terleka dengan kesedapan jemput-jemput tadi, maka terlupa sekejap dengan gorengan kedua tadi. Makanya, hasil gorengan kedua agak gelap warnanya. Hehehe. Namun sedap juga bila dimakan.
Anda sekalian nampakkah kesinambungan cerita anak sulung dan jemput-jemputku tadi? Fikir-fikirkan..
Rabu, 14 September 2011
Musim Haji 1432H
Pesan aku kepada bakal jemaah haji.. penggantungan diri hanyalah semata-mata kepada Allah saja dan jangan mengharapkan mahram atau orang lain untuk menemani dan menguruskan diri kita. Yakin sungguh-sungguh dengan Allah. Jangan sibuk membeli belah (cewah!). Andai mahu membeli barang, niatkan sedekah kepada peniaga tersebut. Rebut peluang sementara berada di sana. Pahala yang berganda Allah janjikan.
Akhir kata.. jangan lupa doakan aku di sini. Muah.
Rabu, 7 September 2011
Selasa, 6 September 2011
Something Is Better Than Nothing
p/s: sumber utama gambar tak dapat dikenalpasti.. tapi yang pastinya.. ini salah satu inovasi dan kreativiti.
Isnin, 5 September 2011
Salam Aidil Fitri 1432H
Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan. Moga lebaran kali ini memberi makna yang cukup membekas di hati kalian. Di pihak aku pula, Syawal kali ini diraikan di Kelantan dan rutin berhari raya diubah. Apa pun, aku tetap gembira kerana masih berpeluang untuk meraikannya walaupun persiapan adalah sangat sederhana. Di kesempatan ini, aku memohon ampun dan maaf atas kekhilafan perkataan maupun perbuatan.
Andai ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Andai ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati
Buai laju-laju
Sampai cucur atap
Cantiknya hang punya baju
Harap buangkan rasa sentap
Aidil Fitri hari mulia
Semua insan bergembira
Bermaafan perbuatan mulia
Semua insan akan gembira
Go!
2019 dah?
Assalamu'alaikum semua!! dah 2019 dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku 😂 entri terakhir pasal...
-
Dalam Bahasa Arab perkataan sirah datang dari perkataan " sara" yang bermaksud mengembara atau dalam sebuah perjalanan. Ia ada...
-
Assalamualaikum.. (mulakan majlis dgn Surah Al-Fatihah) haha.. meh kita blajar sikit pasal bahasa kali ni.. kekadang kita baca dan dah dite...