Selasa, 26 April 2011

Warisan

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa*

Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha

Melayukan gagah di nusantara



* Kuasa pun akan hilang andai kita terpedaya dengan propaganda alkafirun. Na'uzubillah.

Isnin, 25 April 2011

Kawan

kadang kadang kawan tu macam MAGGI, time susah dan sesak kita cari

kadang kadang kawan tu macam CHIPSMORE, sekejap ada sekejap tak da


kawan juga kadangkala macam ASTRO, macam macam ada


tetapi buatku, kawan tuh seperti L'OREAL, *kerana dirimu begitu berharga...



Ada betul ka? 


Khamis, 21 April 2011

Lagi-lagi Kak Limah!

Di satu petang yang hening, ketika seorang ibu sedang berbual dengan anak daranya, si ibu turut bernyanyi kecil.


Ibu : "How ever you want me, how ever you need me, how.."
Anak Dara : Cikgu ibu ajar ibu nyanyi macam gitu ke?
Ibu : Tak lah..
Anak Dara : Abis tu sapa ibu? Cakaplah..
Ibu : Kak Limah yang ajar.
Anak Dara : Tak la. Kak Limah tak nyanyi lagu tu. Kak Limah nyanyi lagu "enjet-enjet semut".
Ibu : (Hmmmm.. besar betul impak Kak Limah.)

Rabu, 20 April 2011

Renungan Bersama

INGAT kebaikan orang pada kita
INGAT keburukan kita pada orang
LUPA keburukan orang pada kita
LUPA kebaikan kita pada orang

- Luqman Hakim


Selasa, 19 April 2011

Tahniah Buatmu Sahabat!

Jumaat ini (22April2011), ada beberapa rakan di PSP yang akan meninggalkan kami demi tuntutan tugas di tempat baru. Moga Allah merahmati kalian walau di mana kalian berada. We're gonna miss u!! 

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang  mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Walau jauh beribu batu
Hilang di mata di hati jangan

Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati



Peperiksaan Akhir

Semalam, 18 April 2011, bermulalah peperiksaan akhir semester untuk Sesi Disember 2010 di semua politeknik seluruh Malaysia. InsyaAllah ianya akan berlangsung sehingga 29 April 2011. Kali ini ada perubahan besar yang berlaku di mana soalan disediakan 100% dalam Bahasa Inggeris. So, para pengawas peperiksaan secara otomatik jadi penterjemah kepada pelajar yang kurang faham berbahasa Inggeris. Kesian tau.

Pada pandangan aku, bagus kalau soalan disediakan dalam dwi bahasa. Sekurang-kurangnya dapat menenangkan perasaan para pelajar. Bukan apa, kebanyakan pelajar yang diambil masuk berkelulusan agak rendah bagi subjek Bahasa Inggeris. Bila mereka diminta belajar dan menjawab peperiksaan dalam bahasa yang mereka kurang mahir, apa kesannya? Pada aku, memang membunuh la jawabnya.

Cukup sampai sini. Mudahan mereka semua dilapangkan dada dan diterangkan hati oleh Allah dan dapat menjawab dengan jayanya.

Anak-anak muridku sekelian, "Saya halalkan semua ilmu yang saya curahkan pada anda dan gunakannya untuk kebaikan ummah, InsyaAllah." 

 

Rabu, 13 April 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Tipah : Ibu.. ibu pandai tak nyanyi lagu "enjet enjet semut"?
Ibu : Mestilah.. dulu atuk selalu nyanyi kat ibu..
Tipah : Ibu nyanyi la.. Tipah tak reti.
Ibu : "Enjet enjet semut, sapa sakit naik atas" (sambil cubit belakang pergelangan tangan)
Tipah : Bukan macam tu la ibu. Kak Limah tak buat pun macam tu!
Ibu : (bertuah ko Kak Limah.. hehehe)

Sabtu, 9 April 2011

Selesai masalah dengan amal

Satu ketika seorang sahabat berjumpa Nabi Muhammad S.A.W dan mengadu kepadanya yang dia tidak dapat anak lagi. Lalu Nabi Muhammad S.A.W memerintahkan "Perbanyakkanlah ISTIGHFAR dan SEDEKAH".
Setelah melakukan amalan tersebut, maka sahabat r.a tadi telah dikurniakan anak, ALHAMDULILLAH.

Jumaat, 8 April 2011

Berbuat baik kepada Ibu Bapa

Sekarang ni aku bersiaran dari Cameron Highland. Motif outstation adalah menemankan CK bermesorat sambil aku anak beranak tumpang nikmat Allah Taala merasa angin sejuk. Last kami datang sini masa Atiqah 8 bulan dalam perut and now she is 9 months old. Dari Penang lebih kurang 3 jam perjalanan. Kitorang bertolak kul 11.30 pagi dan CK bersembahyang Jumaat di Gopeng. 


Masa dalam perjalanan, aku dan CK bersembang-sembang sampai kami terlepas exit tol Simpang Pulai. Tu yang boleh sampai ke Gopeng tu. Kiranya banyak benda yang kami sembangkan. Biasanya banyak berkisar tentang fadhilat amal, aktiviti tabligh, anak-anak, keluarga dan sebagainya. Maklum la.. kalau kat rumah kadang-kadang tak puas nak bersembang kerana CK adalah sangat sibuk. Sibuk dengan urusan dunia dan akhirat. Apapun aku bersyukur kerana dapat tumpang pahala suami walaupun ramai yang memandang serong biler CK kuar 3 hari setiap bulan yang mana pada mereka tinggalkan anak isteri dan biarkan si isteri uruskan rumahtangga sorang-sorang. Awal-awal dulu susah gak aku nak sesuaikan diri dengan aktiviti tabligh ni. Memberontak dalam hati je. Cukup nasab CK nak keluar, aku pun stat la rasa nak demam, plan nak ajak ke sana sinun. Hehehe... syaitan semua tu sebenarnya. Sekarang ni aku rasa Alhamdulillah biler CK kata dia nak keluar atau nusrah jemaah. Anak-anak pun dah faham. Bile aku join gak taklim, Alhamdulillah sudah semakin paham akan usaha agama yang CK buat.


Berbalik pada tajuk entry aku kali ni.. kitorang ada bersembang mengenainya tadi. Ya la.. bile kita dah jadi ibu bapa barulah kita tahu perasaan dan harapan ibu bapa terhadap anak-anaknya. Memang ibubapa perlu didoakan setiap masa. Pengorbanan ibubapa terhadap anak-anak tidak berbelah bagi. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia. Sebab tu, cuba korang bayangkan perasaan ibu bapa apabila dapat tahu mereka bakal menimang cahaya mata dan ketika zuriat mereka dilahirkan ke dunia. Gembira tidak terhingga dan menjaga dengan sepenuh jiwa. Siap menganggap anak adalah belahan jiwa. See? Kasihnya ibu ayah pada anak-anaknya. "Ya Allah! Kau rahmatilah dan kasihanilah kedua ibubapa kami sebagaimana mereka memelihara kami sewaktu kami masih kecil.".


Berbuat baik kepada ibu bapa juga sangat-sangat dituntut di dalam Islam. Tak kira la jahat macam maner pun ibu bapa kita..kita mesti bersabar dan mendoakan mereka. Nabi Muhammad S.A.W ada berpesan "Bapa kamu adalah lebih baik daripada kamu." Jadinya, siapa pun bapa kita, dia adalah lebih baik daripada kita. Antara sebab bala diturunkan oleh Allah ialah apabila si anak bermusuh dengan bapanya.


Ada juga anak-anak yang menjadi mangsa perceraian menjadi benci kepada ibu bapa dengan menyalahkan mereka sebagai punca mereka gagal dalam hidup. Gagal? Si ibu bapa pun sebenarnya tidak mahu perceraian berlaku tetapi takdir Allah menetapkan begitu. Aku banyak berjumpa dengan pelajar yang bermasalah yang mana bila diselidiki mereka kebanyakannya datang dari keluarga yang bercerai berai (broken family). Aku pun cuba nasihatkan mereka agar tidak menyalahkan takdir hidup. Manusia dikurniakan Allah dengan akal fikiran. Gunakanlah dengan bijak. Dan mereka yang bermasalah tu sebenarnya bijak sebab tu la diterima masuk ke PSP, kan? Perlu ada matlamat hidup yang ada akhirannya itu. Sebenarnya kalau kita tau matlamat kita hidup di dunia ni adalah untuk membina akhirat, InsyaAllah kita kurang terkesan dengan warna-warni dunia. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. So, anak-anak murid sekalian, jangan anda merasa andalah manusia yang paling malang di dunia. Cuba lihat orang yang lebih malang daripada kita. Bersyukur sentiasa dan berdoa. Tundukkan diri anda kepada Allah yang Esa. Allah saja yang berkuasa dan tempat kita mohon segala pertolongan. Doakan ibubapa setiap masa. Gembirakan hati mereka. Bantulah mereka. InsyaAllah, hidup kita akan Allah redhai yang mana redha Allah adalah bergantung kepada redha ibu bapa.


Wallahualam..




p/s: Tadi masa aku pegi makan kat satu kedai ni, ada satu menu istimewa yang aku tak berani nak try.. "Black Paper Steak". Korang plak, ada berani? (Ingat nak ambik gambar tadi, tapi takut la plak tokey kedai ingat aku ni ahli kumpulan Datuk T.. hehehe)





Khamis, 7 April 2011

Khusyuk

Diriwayatkan daripada Hazrat 'Ammar bin Yasir r.a. katanya, "Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya apabila seseorang telah selesai mengerjakan solah maka akan ditulis untuknya pahala sebanyak sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga, seperdua daripada pahala solah (yang penuh)." (Hadith riwayat Iman Abu Daud).


Keterangan


Sebanyak mana tahap kekhusyukan dan keikhlasan dalam solah seseorang maka sebanyak itulah ganjaran pahala yang akan diperoleh. Sesetengah orang mendapat sepersepuluh daripada ganjaran penuh, mengikut khusyuk dan khudunya dan sesetengah orang yang lain mendapat separuh. Begitulah sesetengah orang yang lain mendapat lebih daripada separuh dan ada yang mendapat ganjaran penuh. Ada juga yang tidak mendapat ganjaran langsung kerana solahnya memang tidak layak mendapat sebarang ganjaran. Disebutkan dalam sebuah hadith bahawa Allah S.W.T. mempunyai satu alat ukuran khas untuk menghisab kekurangan yang terdapat dalam solah fardhu. Disebutkan dalam banyak hadith bahawa khusyuk dalam solah adalah perkara pertama akan diangkat daripada manusia, sehingga tidak akan didapati seorang pun dalam satu jemaah yang bersolah degan khusyuk.


Moral : Perlu disemak selalu akan solah kita. InsyaAllah


Sumber : Kitab Fadhilat Amal - Fadhilat Solah - ms 102-103

Rabu, 6 April 2011

TAHNIAH!


TAHNIAH KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN DI SELURUH MALAYSIA YANG BERJAYA MENDAPAT TAWARAN KE DH44.. MOGA KITA MENJADI HAMBA ALLAH YANG SENTIASA BERSYUKUR DI ATAS KURNIAANNYA DAN SENTIASA MEMBERI MANFAAT KEPADA INSAN LAIN. INSYAALLAH  & ALHAMDULILLAH..


KEPADA RAKAN YANG MENDAPAT PENEMPATAN BARU, SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU. JANGAN SUSAH HATI YA. YAKINLAH.. KADANG-KADANG APA YANG TIDAK KAMU SUKAI ITU ADALAH YANG TERBAIK BUAT KAMU. ITU JANJI ALLAH. 


KEPADA YANG TIDAK BERJAYA, CUBA LAGI. INSYAALLAH AKAN SAMPAI JUA MASA UNTUK ANDA.

WELCOME TO DH44 WORLD!

Jumaat, 1 April 2011

Sekadar Renungan

Cerita di bawah aku petik dari pesanan seorang mantan TPA PSP kepada warga PSP yang kini beliau sudah berpindah ke institusi lain. Aku kagum dengan beliau atas kebolehan beliau mendengar semua permasalahan berkaitan akademik di tempat aku. Seorang ketua memang perlu mendengar masalah anak buahnya sebelum sebarang tindakan diambil. Pendengar yang baik mudah didekati oleh ramai. Jom.. kita baca sketsa yang dipesan oleh beliau kepada kami : 

"Robert Kouk Saudagar Gula orang yang paling kaya di Malaysia memilik lebih dari RM10 billion aset. Apabila ditanya petua kejayaan beliau, beliau menggariskan EMPAT faktor kejayaan beliau hasil dari nasihat yang sering di tanam ke lubuk hatinya oleh ibu bapanya iaitu:


i. Jika engkau berjanji nak lakukan sesuatu pastikan engkau mengotakannya.

ii. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

iii. Jika engkau sudah senang/kaya jangan lupa orang sekeliling yang pernah membantumu – sbb itu ada Yayasan Kouk

iv. Punca rezeki biarlah dari punca yang halal sahaja – sebab itu beliau berniaga gula sahaja. Semua kilang gula di Malaysia milik Kouk

Itu memang amalan ISLAM. Kita pun boleh amal begitu cuma jangan lupa bayar zakat. InsyaAllah rezeki akan terus bertambah subur. Ini jaminan ALLAH.

ALLAH TAK PERNAH MUNGKIR JANJI PADA MANUSIA TAPI MANUSIALAH YANG SERING MUNGKIR JANJI KEPADA ALLAH."


2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...