Keterangan
Sebanyak mana tahap kekhusyukan dan keikhlasan dalam solah seseorang maka sebanyak itulah ganjaran pahala yang akan diperoleh. Sesetengah orang mendapat sepersepuluh daripada ganjaran penuh, mengikut khusyuk dan khudunya dan sesetengah orang yang lain mendapat separuh. Begitulah sesetengah orang yang lain mendapat lebih daripada separuh dan ada yang mendapat ganjaran penuh. Ada juga yang tidak mendapat ganjaran langsung kerana solahnya memang tidak layak mendapat sebarang ganjaran. Disebutkan dalam sebuah hadith bahawa Allah S.W.T. mempunyai satu alat ukuran khas untuk menghisab kekurangan yang terdapat dalam solah fardhu. Disebutkan dalam banyak hadith bahawa khusyuk dalam solah adalah perkara pertama akan diangkat daripada manusia, sehingga tidak akan didapati seorang pun dalam satu jemaah yang bersolah degan khusyuk.
Moral : Perlu disemak selalu akan solah kita. InsyaAllah
Sumber : Kitab Fadhilat Amal - Fadhilat Solah - ms 102-103
Tiada ulasan:
Catat Ulasan