Ahad, 31 Januari 2010

Perjalanan ke Tanah Suci - Bahagian 4

Ok.. kali ni nak story pasal ziarah dalam plak.. maksudnya ziarah dalam Masjid Nabawi dan sekitarnya. Kalau ziarah dalam ni kita boleh buat hari-hari.. untuk orang lelaki dibuka 24jam tapi kalau untuk orang pompuan pulak.. ada waktu-waktu ziarahnya dan dibuat ikut kumpulan (negara).. Waktu ziarah bagi orang pompuan dibenarkan 3 kali sehari..

1. 7pagi - 9pagi (biasa orang dok p ziarah time ni.. mata masih segar lagi)
2. 1tengahari - 2.30 petang (time paling padat.. orang Malaysia @ Asia Tenggara tak digalakkan ziarah pada waktu ni sebabnya sangat sesak)
3. 9 malam - 11 malam (time ni paling lengang.. mungkin sebab dah waktu tido.. waktu Isyak kat sana lebih kurang pukul 7malam.. so.. kalau kul 9 malam tu dah kira larut gak la kan..)

Orang Malaysia + Thailand + Singapura + Indonesia + Brunei dikira satu kumpulan dan berbahasa Melayu.. negara lain macam India + Bangladesh + Pakistan kira satu kumpulan lain.. then orang-orang Turki.. Afrika Selatan + Nigeria.. tu yang aku perasan la.. ada petugas muslimah dok pegang papan sepanduk.. kita tengok tulisan kt situ.. kalau dia tulis 'ceramah agama' kat papan tu.. kita pegi la berkumpul kat situ.. petugas tu akan bagitau kita adab-adab dan kelebihan menziarah Masjid Nabawi.. jangan takut tak paham.. dia cakap Melayu.. jangan plak pegi kt papan sepanduk yang tulis dengan tulisan kita tak paham.. dia cakap apa pun kita tak paham jugak..

Tempat-tempat yang dibawa ziarah dalam Masjid Nabawi dan sekitarnya adalah
1. Makam Rasulullah S.A.W
2. Makan Saidina Umarbin Al-Khatab
3. Makam Saidina Abu Bakar al-Siddiq
4. Raudhah (taman syurga yg terletak di antara makam nabi dan mimbarnya)
5. Perkuburan Al-Baqi'

Kat Makam Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda, kita kena berdo'a untuk baginda dan memberi salam kepada baginda dan sahabatnya dengan suara yang rendah dan dilarang merendahkan badan. Rasulullah tau sapa yang datang.. mudahan ia jadi saksi di akhirat masa kita nak mintak syafaat baginda.. dan kita boleh sampaikan salam orang lain juga kepada Rasulullah..

Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.AW. bersabda:
"Barangsiapa menziarahiku di Madinah dengan tujuan memperoleh ganjaran (rohaniah) akan bersama-sama denganku dan untuknya aku akan menjadi pensyafaat pada Hari Kiamat".

Pas tu, tunggu turn nak dapat masuk ke Raudhah. Kat Raudhah kita hanya dibenarkan sembahyang sunat 2 rakaat je.. sebab nak bagi peluang pada orang-orang lain gak.. ramai sungguh.. menguji fizikal dan mental gak.. berebut-rebut.. hehe.. kira sujud atas tapak kaki org pun ada.. sebabnya Raudhah adalah salah satu tempat mustajab berdoa.. so.. kalau ada rezeki sampai Masjid Nabawi.. jangan lepaskan peluang nih..

Perkuburan Al-Baqi' plak letaknya kat luar masjid.. dipagar sekelilingnya.. orang pompuan tak boleh masuk so tengok dari luar pagar je (sambil tu berdo'a untuk ahli-ahli kubur) tapi orang lelaki dibenarkan ziarah ke dalam kawasan pagar tu.. perkuburan ni adalah perkuburan ahli-ahli Madinah dari zaman Rasulullah sampai la sekarang. Antaranya Saidina Othman bin Affan, isteri-isteri Rasulullah dan anak-anaknya (Saidatina Fatimah al-Zahrah, Saidatina Ruqaiyyah dll), Malik bin Anas r.a, Saad bin Muaz r.a, ABi Sufyan bin Al-Harith, Saidina Hassan bin Ali dan ramai lagi. Isteri nabi Saidatina Khadijah dimakamkan di Perkuburan Ma'ala di Mekah.

Alhamdulillah.. selama 8 hari kt Madinah.. aku dapat sampai ke Makam Nabi dan Raudhah 5 kali.. tapi tu pun menuntut kesabaran yang sangat tinggi.. walaupun dalam masjid je tapi sementara nak dapat turn ke situ.. Allah je yang tau.. mungkin sebab time tu musim haji.. time lain mungkin lengang.. aku pun tak pasti.. tu yang tanam azam nak pegi lagi.. InsyaAllah.. hari ke 8 di Madinah.. kita dikehendaki membuat ziarah wadak (ziarah perpisahan).. then doa sungguh-sungguh mudahan itu bukan la ziarah kita yang terakhir.. InsyaAllah..

Gambar seperti yang dimaklumkan awal.. kena tangguh dulu ya..

2 ulasan:

alladiin berkata...

bila baca.. terasa mcm ada kat situ.. insyaallah..

Ahliacikgukhairul berkata...

Alhamdulillah.. kiranya ada sikit 'pengalamian' dah tu..

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  ðŸ˜‚ entri terakhir pasal...