Khamis, 21 Januari 2010

Perjalanan ke Tanah Suci - Bahagian 3

Alhamdulillah.. sambung lagi.. hari ke3 weol di Madinah, pihak Tabung Haji bawa ronda2 (ziarah luar) naik bas sekitar2 Madinah.. yg pasti.. tempat yg nak diziarah tu mestilah yg ada sejarah dengan Rasullullah S.A.W.. Rasulullah telah diperintah oleh Allah agar berhijrah dr Mekah ke Madinah kan.. dan Madinah adalah sebuah kampung yg tinggi sekali kelebihan dan keistimewaannya.. antaranya..

1. Bandar itu menghapuskan org2 jahat sebagaimana logam cair menanggalkan kotoran.
2. Tempat bersemadinya jasad Rasulullah S.A.W dan sahabat2nya.. anak2 dan isteri2 baginda turut dimakamkan di bumi Madinah..
3. Merupakan salah satu Tanah Haram yg mana kita tak boley membuat kerosakan di dalamnya.
4. Ketinggian rahmat bg penduduk Madinah.
5. Rasulullah S.A.W memberi syafaat kepada penduduk Madinah (yg mana mereka akan mudah dihisab, keselesaan di bawah lindungan Arasy Allah, sepantas kilat masuk syurga.. sebab tu kiter kena mohon agar dpt syafaat Nabi.. antara amalannya ialah bacalah Surah Al-Mulk setiap malam.. InsyaAllah.. tu usaha kiter)
6. dan lain2 lagi.....

so.. pas siap sarapan tu around kul 6.30pg.. weol pun naik la bas yg disediakan..

CK bergambar berlatarbelakangkan Bukit Memanah..

CK kelihatan gembira nak pegi ziarah luar.. maklum la.. first time dan tempat bersejarah yang ada kaitan dengan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W.



Setiap bas ada 'tourist guide' yg terdiri drp student Universiti Islam Madinah.. hmmm.. kagum la aku dgn pengetahuan diorg tuh.. Bas yg aku naik tuh diketuai oleh adik Mohd Udzair bin Mohamad Zaid.. umur br 23 taun.. sepanjang perjalanan dia dok stori mori pasal sejarah tempat2 yg weol lawati tuh... kiranya banyak benda yg aku br tau.. teruk tul aku nih.. Tempat pertama yg weol pg adalah Masjid Quba'..

Masjid Quba' ni adalah masjid pertama yg dibina dalam sejarah Islam dgn rasa taqwa yg maner Rasulullah S.A.W turut sama membinanya.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yg berwudhuk di rumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk bersolat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala mengerjakan umrah" (Riwayat Ibnu Majah).

MasyaAllah.. so kengkawan.. kalau ada rezeki kiter nanti.. jangan lupa amik wudhuk siap2 dr bilik hotel then sampai kt masjid tuh kita solat.. tak kira la solat apa.. solat tahiyatul masjid ke.. sunat dhuha ke.. solat mutlak kerana Allah Taala ke..

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yg didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba'), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang2 yg ingin membersihkan diri. Dan Allah menyukai org2 yg bersih". (Surah At Taubah, Ayat 108)




Kemudian pegi plak ziarah ke Masjid Qiblatain yg bermaksud dua kiblat.. sejarahnya.. masjid ni dulu berkiblatkan BaitulMaqdis di Palestin then Allah memerintahkan Rasulullah S.A.W mengubah arah kiblat masjid ke arah Kaabah di Masjidil Haram. Kiblat diubah ketika Rasulullah S.A.W dan sahabat sedang rukuk dalam sembahyang.. Satu lg masjid yg weol dibawa melawat (tgk dr atas bas je).. ialah Masjid Tujuh.. gambar tak da plak.. antara sejarahnya ialah Peperangan Khandak yg bermaksud 'parit'.. Salman al-Farisi mengusulkan agar parit digali yg maner sepanjang 20.4km parit telah digali yg dalamnya 3 - 5 meter... kiranya itu utk tipu helah saja kerana org2 kafir dok terus mengganggu kaum muslimin.. biler parit digali org2 kafir tak boley masuk dan kemudiannya Allah hantar ribut pasir untuk serang tentera kafir..




Ni plak perkuburan para syuhada'.. iaitu mereka yg terkorban semasa peperangan Uhud.. kubur mereka semua tak bertanda.. antara yg dimakamkan kt sini adalah Saidina Hamzah dan anak saudaranya Abdullah bin Jahsyi, Mus'ab bin Umar r.a dan ramai lg perajurit Islam.. kiter perlu berdoa utk para syuhada semua kerana mereka telah berkorban demi menegakkan kebenaran Islam..


Ni adalah Bukit Uhud (Jabal Uhud).. keluasannya 8km.. bayangkan mcm maner sahabat2 Rasulullah berkawal di bukit tuh semasa Perang Uhud.. terutama mereka dipesan agar berkawal di puncak Bukit Uhud tu.. kelebihan org2 Arab ialah diorang ni sgt mahir dgn bukit bukau..

    Bukit yg rendah sikit tu (gambar atas sekali) adalah Bukit Memanah.. atau Jabal Rumat.. Rasulullah perintahkan 50 org pemanah berkawal kt sini.. mereka setia berkawal sampailah ternampak harta rampasan dan terlupa arahan Rasulullah. Time tu la org2 musyrikin ambil peluang mengepung kaum muslimin dan ramai sahabat yg gugur syahid..



    Last destinasi adalah ladang kurma.. tapi masa time weol melawat tu.. sebiji kurma pun tak de kat pokok.. rupa pokok kurma ni macam pokok kelapa sawit kt Malaysia.. tapi kt ladang kurma tu tak de ular mcm kt ladang kelapa sawit.. tu yg diberitau la.. dan buah kurma ni masak waktu musim panas.. kadang2 suhu kt Madinah boleh mencecah 54darjah celcius.. panaskan? tu yg pihak Arab Saudi ada buat air terjun buatan kt sepanjang jalan (gambar bawah).. tujuannya agar rakyat boley berehat kt situ sambil menyejukkan badan..




    Then abis lawatan around 11 lebih pg.. weol terus p Masjid Nabawi utk solat zuhur.. masuk waktu dlm kul 12.05 tengahari..k.. sambung lg nti.. citer pasal ziarah dalam (dalam Masjid Nabawi) plak.. InsyaAllah..

    Tiada ulasan:

    2019 dah?

    Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...