Jumaat, 11 Februari 2011

Mari Belajar Bahasa Arab

Atif : Ibu.. tadi ustazah ajarkan kat kelas.. ana tu saya.. anta tu awak lelaki.. anti tu awak perempuan.
Ibu : Oooooo... cuba Atif dengar ibu cakap.. betul tak.. konon-konon macam yang Atif selalu cakap kat ibu tu.. "Ibu.. boleh ke anti suapkan ana makan?"  
Atif : Ha.. betul tu.
Ibu : Pas tu ibu jawap kat Atif pulak.. "Tak boleh la.. anta suap la sendiri."
Atif : Tak betul sebab ibu memang kena suapkan Atif makan.
Ibu : (hehehe.. tau pulak ko yang ibu tak mau suapkan makan.. hahaha)


Khamis, 10 Februari 2011

Illusion Circle

Rapat-rapat.. cuba tengok gambar-gambar ilusi di bawah ni..


Gambar ni statik sebenarnya.. tidak dianimasikan tetapi ia kelihatan bergerak di mana bergantung kepada tahap keupayaan kita menangani stress kita.
Kalau uol tengok cam dia gerak laju je tu maknanya tahap keupayaan menangani stress tu rendah dan kalau uol tengok dia gerak slow motion je kiranya stress uol di tahap yang tak membimbangkan. hehehe.


cuba tengok gambar ilusi kat atas ni jugak.. tak pun uol try tengok dalam dua keadaan yang mana uol rasa lebih relex dan under pressure.. nampak tak perbezaan pergerakan gambar ni? Sebabnya kita yang tau keadaan diri kita kan.. tetapi Allah lebih-lebih lagi mengetahui.

Bukan apa.. ngeri biler tengok ramai yang menamatkan sendiri riwayat hidup mereka kerana stress. Yang menamatkan riwayat hidup orang lain pun ramai jugak. Na'uzubillah. 

Agak-agak kalau uol tengok gambar kat atas tu bergerak dengan laju.. bacalah doa untuk menghadapi tekanan dengan yakin. InsyaAllah. Allah saja tempat kita mohon pertolongan dan perlindungan.

Rabu, 9 Februari 2011

Orang kaya?

Meh nak stori + gossip sikit. Nak citer pasal orang kaya.

Citernya macam ni.. ada beberapa orang anggap aku orang kaya yang banyak duit sebab boleh pegi haji. Apa pun Alhamdulillah.. moga doa diorang menjadi kenyataan. Lagi banyak kita boleh sedekah. InsyaAllah.

Sebenarnya aku memang berazam nak pegi haji masa usia muda dan sebelum beli rumah atau apa-apa yang melibatkan hutang yang banyak. Masa dapat kuarkan duit KWSP tahun 2004 dulu, aku terus ajak CK daftar haji. Alhamdulillah.. lepas 5 tahun Allah jemput kami jadi tetamuNya. So.. moral di sini adalah aku termasuk dalam golongan orang-orang yang tidak berharta. Aku plak rasa aku la orang yang paling miskin di opis aku sebabnya ada kawan aku buat kenyataan sebegini .. "Si A tu muda-muda dah berjaya sebab dah ada rumah dan kereta sendiri. Rumah besar dan kereta besar". Apa rasa korang? Rasa oren atau ribena? Aku cuma ada kereta sendiri je yang mana sekadar memenuhi keperluan keluarga. Alhamdulillah.

Biler dah balik haji pulak.. ada beberapa kawan yang nak pinjam duit dengan aku. Dalam kuantiti yang banyak pulak tu. Aku pun pelik. Apa pandangan diorang sebenarnya pada orang-orang yang dah menunaikan fardhu haji? Aku memang tak de simpanan ribu riban yang aku boleh bagi pinjam. Serius. Tak tipu.

Part yang paling best.. ada seorang warga emas kata.. kalau hutang tengah banyak tak boleh pegi haji. Hmmmmm.. aku semak la diri aku. Hutang aku cuma dengan bank yang dibayar secara berkala. InsyaAllah aku tak de hutang dengan orang. Yang tu aku dah settlekan masa aku daftar haji dulu lagi. Tapi yang sedihnya.. si warga emas tu dok mengutuk orang-orang yang pergi haji di usia muda. Pada aku.. perlukah kita tunggu dah pencen baru nak pergi haji? Ada jaminankah nyawa kita masih ada time tu? Ada kepastiankah yang kita dipilih oleh Allah pada masa tu? Kita masih sihat ke di usia 58 tahun lepas pencen tu?

Apa pun.. kalau kita mati sebelum sempat tunai haji.. susahkan orang pulak nak naikkan haji untuk kita. Bukan cakap besar. Kata-kata ini yang aku tanamkan dalam diri aku dari dulu lagi. Aku mohon pada Allah semoga aku dapat merasa sendiri menjalani ibadah haji dan umrah itu sebelum aku meninggalkan dunia ini. Alhamdulillah.

Kesimpulan.. untuk murah rezeki.. korang cuba la amalkan :
1. solat dhuha 6 rakaat setiap hari - InsyaAllah akan selesai banyak perkara kita
2. baca ayat 1000 dinar tiap kali lepas solat
3. banyakkan sedekah - ini yang menyuburkan rezeki kita sebenarnya
4. amal Surah Al-Waqiah setiap malam

Try la. InsyaAllah hidup akan aman damai dan kita tak cemburu dengan kekayaan maupun kesenangan orang lain. Chow!
 

Ahad, 6 Februari 2011

Keseronokan Berganda

Alhamdulillah. Semua perancangan berjalan lancar dengan izin Allah.

Lama tak bersiaran. Sibuk sikit. Tak sempat nak buat entry untuk auto publish. Seronok sangat sebab kesemua adik beradik aku berkumpul di rumah aku di Pulau Pinang. Hmmmmm.. kejadian sebegini jarang-jarang berlaku di rumah aku. Seronoknya. Walaupun rumah macam kapal karam tapi itu semua belakang kira. Yang penting kami dapat bersua muka. Tujuan utama gathering adalah untuk meraikan perkahwinan adik lelaki bongsu kami yang memilih warga Perlis sebagai pasangannya. Kiranya mereka bakal memeriahkan lebuh raya utara selatan. Tujuan sampingan pulak mestilah round satu Perlis. Sungguh seronok. (dah nama pun keseronokan berganda kan..)


Inilah pasangan pengantin tu. Gambar aku amik dari facebook adik ipar aku yang hidungnya sungguh mancung tu. Pehhh!! Waktu gambar ni diambil kami semua sudah meninggalkan bumi Perlis. Zaman aku dulu tak sempat amik gambar kat taman sebab dalam hati sudah ada taman. Hehehe..

Mudahan Allah akan limpahkan mereka dengan kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Sentiasa ingat akan Allah dan Rasulullah. Tidak lupakan jasa ibu bapa dan keluarga. Dunia adalah tempat untuk kita membina akhirat.

Khamis, 3 Februari 2011

Spelling Mistake

One spelling mistake can destroy your life.

A Husband sent this to his wife:
I'm having a wonderful time wish you were her.


(It should be.. I'm having a wonderful time wish you were here... hahahahhahahahahaha... ada betul?)

Rabu, 2 Februari 2011

Sepagi di Thailand

Bulan Disember lepas kitorang ada berjalan ke Perlis sambil-sambil nak berkenalan merangkap meminang bakal adik ipar aku. Weol stay kat homestay yang disediakan seperti yang aku cerita sebelum ni. Selain dari motif yang tersebut di atas, agenda utama weol adalah hendak ke Wang Kelian (pasarnya hari Ahad je) selain Padang Besar. Kiranya berkenalan pada hari weol sampai dari Penang then besoknya adalah hari meronda Perlis. Best. Kiranya tercapai gak cita-cita nak keluar negara - Thailand, negara jiran kita.














Selasa, 1 Februari 2011

Jom makan kek!

Hari ni kan besday Cik Tipah yang ke4.. tapi aku berhajat nak cutikan dia dari ke sekolah maka kek-kek yang aku oder telah dimakan bersama kengkawannya sehari awal dari hari kejadian sebenar.. aku mintak design yang simple je walaupun kawan aku boleh buat lagi hebat.. dan Cik Tipah plak masa ambik dia dari sekolahnya terus sound kat aku.. "Len kali ibu buat kek yang ada gambar pompuan dan kucing". Aku pun tanya la CK.. "gambar apa tu?" CK jawap dengan confidentnya.. "Ala.. Tom & Jerry". Hmmmm.. boleh terima kah itu jawapan? Rasanya kena google nih. Tapi pada hemat aku.. pompuan tu mungkin merujuk kepada Barbie dan kucing tu pula si Tom. (Perasan tak yang Cik Tipah kata len kali ibu BUAT.... hehehehe).

kek yang dikongsi bersama kengkawan

yang ni plak untuk Atif dan kengkawan.. kena anta gak kat Atif sebab dia tanya kenapa besday Atif lambat besday Tipah awal? Ibu memang tetapkan tarikh ke? (Soalan yang menghiris kalbu dan mencabar kewibawaanku.. hehehe). Bukan la Atif.. Allah dah tetapkan bila Atif dan adik-adik lahir.. bukan ibu.. bukan ayah.. bukan sapa-sapa..

 

yang ni plak plan asal nak dihantar sekolah Atiqah.. tapi rezeki orang kita tak tahu kan.. oleh kerana Atiqah aku dah tercutikan sama macam aku.. maka cup cake ni dimakan bersama jiran-jiran dan sedara maraku yang datang dari Johor. 

Alhamdulillah.. semuanya memang sedap hingga menjilat jari dan sangat sesuai jadi hidangan minum petang bersama teh o dan dinikmati beramai-ramai. Moga Allah izin lagi. Amin.

p/s: Semua gambar-gambar kek dalam entry ni dan entry terdahulu adalah dicopy dari blog kawan aku si cake maker. Tq ya.

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...