Khamis, 29 Ogos 2013

Cerita raya kami ini tahun.. Bahagian 2


Sambung lagi...

Bila dah berkumpul ramai-ramai memang seronok.. maklum la setahun sekali berlaku.. tak tahu tahun depan dapat lagi atau tidak.. Aku tengok.. budak-budak lelaki sibuk dengan pelbagai gajet : ipad, psp, ps2.. siap bertukar-tukar ipad sebab nak try game yang ada... budak-budak perempuan pulak sibuk baca novel cinta.. aku pun terjebak membaca sebuah.. hahaha... CK jeling je.. anak-anak buah perempuan tanya.. "Kenapa Cik Noorul tak nak baca novel yang lain?"... belum sempat aku jawab CK dah tolong jawapkan.. "Umur macam Cik Noorul dah tak sesuai nak berangan macam dalam novel.. dah kena banyak baca taklim".. Hehehehehe... (memang betul pun. korang try baca taklim di rumah.. sama ada lepas maghrib atau lepas isyak untuk seisi rumah.. in shaa Allah banyak sangat manfaatnya.. lagipun itu adalah warisan peninggalan Rasulullah.. so.. jom kita hidupkan sunnah)

Aktiviti lain adalah mandi laut.. yeay! Setengah jam je dari rumah keluarga CK.. Ini adalah acara kemuncak gathering raya kali ini.. hahaha... 5 buah kereta yang kesemuanya penuh dengan penumpang.. aku nampak ibu bapa CK sangat gembira termasuk la kami.. Alhamdulillah.. dan bermula hari Khamis beransur-ansur satu demi satu keluarga kembali ke tempat asal masing-masing.. weol balik hari Khamis juga sebab CK nak khuruj 3 hari bermula Jumaat tu... dan kami pun kembali kepada rutin biasa...

Tamat..


Selasa, 27 Ogos 2013

Kelebihan yang diperolehi oleh seorang muadzin


Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., beliau bersabda,

"Muadzin itu diampuni dosa-dosanya sejauh sampai suaranya. Dan akan saksi baginya pada hari kiamat setiap benda yang basah (lembek) maupun yang kering (keras). Dan orang yang kerana panggillannya datang ke masjid untuk solat berjemaah, akan ditulis baginya pahala 25 kali solat dan akan dihapus darinya dosa-dosa yang terjadi di antara keduanya." (Hadis riwayat Abu Dawud)

Keterangan : Seorang muadzin (bilal) diampuni dosanya sejauh sampainya suaranya. Ini adalah tamsilan yang maksudnya, seandainya diukur jarak dari hujung tempat sampainya suara muadzin ke tempat berdirinya dan sepanjang jarak tersebut dipenuhi oleh dosa-dosanya, nescaya Allah akan mengampuninya.

p/s: Galakkan mahram kita berjemaah di masjid dan jangan menolak andai diminta untuk mengalunkan azan. Subhanallah!!




Isnin, 26 Ogos 2013

Cerita raya kami ini tahun.. Bahagian 1

Best pulak baca cerita pasal raya kawan-kawan.. ada suka duka.. macam-macam makanan.. macam-macam cerita.. macam-macam ragam..

Raya aku pulak? Alhamdulillah.. Allah beri aku peluang dan rezeki untuk beraya bersama keluarga aku dan CK.. anak-anak la paling meriah.. dapat berkumpul dengan sepupu sepapat yang jarang-jarang boleh bertemu.. letih tapi seronok.. seronok berganda apabila dapat menggembirakan ibu bapa dan berbakti dengan mereka.. oh kawan sekalian.. rebutlah peluang andai ibu bapa anda masih ada.. pulanglah menjengok mereka..

Raya kali ni masih lagi giliran Johor kerana adik CK yang jauh di perantauan akan pulang berhari raya.. so kita tukar giliran.. kalau tak nanti tak dapat jumpa dengan mereka.. bila dah bentang kertas kerja.. masa cuti Nuzul Al-Quran kita balik Kelantan jap.. settlekan keperluan raya untuk ibu bapa CK campur dengan nak makan colek... hehehe..

Tentatif program raya aku bermula lepas Zohor hari Ahad, 4 Ogos 2013 = 26 Ramadhan 1434. Sabtu adalah hari mengemas rumah serta mendobi pakaian dan simpan baju dalam beg masing-masing.. Selesai.. Lebih kurang pukul 2.30 petang, kami pun bergerak ke Johor.. mula-mula aku yang drive sebab CK mengantuk.. then semua ahli kumpulan tidur.. leganya memandu dengan aman.. jalan raya pun lengang.. Berhenti jap kat Behrang sebab nak solat Asar.. then berhenti lagi kat Seremban sebab nak berbuka puasa dan solat.. Lengang.. singgah isi minyak kat Petronas Seremban, ada nescafe, biskut dan air oren percuma.. Alhamdulillah rezeki.. teruskan perjalanan ke Johor dan selamat sampai ke rumah mak aku lebih kurang pukul 9.30 malam..

Pagi-pagi Isnin aku pegi pasar dengan kakak aku.. cari daging, ikan dan sayuran untuk dimasak untuk berbuka puasa.. settle.. petang sebelum berbuka pegi bazar ramadhan kat Air Hitam.. misi utama adalah sambal goreng jawa dan putu bambu.. settle jugak... perghhh... bermakna sungguh puasa kali ni..

Pagi Selasa kitorang mula menganyam ketupat.. ketupat nasi.. guna daun kelapa.. daun kecik-kecik.. dapat la dalam 100 biji.. Pagi Rabu isi beras dalam ketupat dan rebus.. masak rendang ayam, sambal goreng, daging masak kicap.. siap lauk berbuka dan raya.. malam kita boleh takbir..

Pagi-pagi raya masing-masing sibuk siapkan diri dan mandi sunat Aidil Fitri.. solat Aidil Fitri dan bermaafan sesama kami. Gambar memang tak ada sebab sibuk nak makan.. hahaha.. lagipun aku memang kurang sikit bergambar sebab nanti aku tak percaya diri aku sendiri yang dalam gambar tu.. Pas tu beraya rumah jiran tetangga.. sebenarnya sepanjang aku hidup.. inilah pertama kali aku beraya di rumah mak aku yang mana dengan lain perkataan mak aku pun pertama kali beraya di rumah sendiri. Tradisi sebelum ni mak aku akan balik kampung 2,3 hari sebelum raya.. tapi tahun ni kami buat keputusan untuk beraya di rumah mak aku je.. raya kedua baru balik ke kampung mak aku..

So, raya kedua kita pun balik la ke kampung mak aku untuk berjumpa saudara mara.. seronok sangat tapi masa sangat terhad.. tengah malam tu jugak kami balik ke rumah mak aku sebab raya ketiga aku sekeluarga perlu bergerak ke Kelantan... sob sob..

Pagi raya ketiga, lebih kurang pukul 10pg kami pun bertolak ke Kelantan.. lalu Segamat-Jabor-Bukit Besi-singgah Kuala Terengganu jap. Sampai KT lebih kurang pukul 6 petang dan terus ke rumah kawan kami yang dijangka akan menunaikan fardhu haji tak lama lagi.. Kul 9.30 malam baru gerak dari rumah kawan. Masa tu ada game Malaysia lawan Barcelona. Yang aku pelik tu, rakyat Malaysia ni, boleh pulak sokong Barcelona.. bukan ke kita rakyat Malaysia? aishhhh.... tak patut betul.. pas tu boleh pulak kata.. 3 minit pertama main nanti Barcelona dah gol.. aku pun konfius.. sampai hati diorang kan.. mesti sedih pemain Harimau Malaya.. hmmmmm...

Kami teruskan perjalanan ke Kelantan dan alhamdulillah sampai rumah ibu bapa lebih kurang pukul 11.45 malam. Ada 3 keluarga yang sampai.. meriah.. meriah.. bila aku kira.. ada 30 orang termasuk kanak-kanak yang akan tinggal bersama selama seminggu... phewwiittttt... seronok tapi letih ok.. budak-budak tak tau erti kenyang.. makanya asyik la masuk dapur.. weol yang di dapur ni pulak tak boleh keluar dapur.. masak apa je semua abis..

Ok.. sambung lagi nanti.. ni aku dah dapat keluar dari dapur... hehehe





Ahad, 25 Ogos 2013

iphone2fix

Buat pengguna iPhone, iPad, iPod, MacBook dan juga produk Apple digigit, anda bolehlah ke kedai iphone2fix sekiranya peranti anda mengalami sebarang permasalahan seperti retak skrin sentuh, wifi terputus dan macam-macam lagi la.. Kedai tersebut ada di Klang, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang..

Alhamdulillah aku dah pernah dapatkan khidmat mereka.. jujur adalah kriteria paling penting dalam perniagaankan... in shaa Allah mereka bersikap begitu.. aku berpuas hati dengan khidmat yang diberi.. untuk di Pulau Pinang.. mereka beroperasi di Bangunan E-Gate, Gelugor.. tak pun korang buka laman sesawang diorang untuk maklumat lanjut..

Senyum







Sabtu, 24 Ogos 2013

Makna Bacaan Dalam Solat 1


Makna bacaan ketika duduk di antara dua sujud



Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Warhamni (sayangi aku)

Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)


Warfa’nii (Angkatlah darjatku)

Warzuqnii (Berilah aku rezeki)

Wahdinii (Berilah aku petunjuk)

Wa’Aafinii (Sihatkan aku)

Wa’fuannii (Maafkan aku)

 
Oleh itu, bacalah dengan tertib supaya setiap bacaan kita itu menjadi doa kita yang bermakna.. Kalau baca laju-laju, dah lari makna.. makanya itulah yang kita doakan.. Wallahu'alam..



Senyum..




Jumaat, 23 Ogos 2013

Rindu!


hehe... rindu dengan blog sendiri.. terasa banyak yang nak ditulis tetapi rupanya "words don't come easy"... In shaa Allah nanti kita sembang lagi ya... malam ni ada jamuan raya bersama anak-anak yatim.. kalau ahkak cukup kekuatan.. nanti ahkak kongsi cerita ya... chow dulu!

p/s: errrr... aku sudah jadi ahkak? tanda-tanda penuaan sudah semakin jelas.. owwhhhhh..




Rabu, 7 Ogos 2013

Salam Lebaran

Ramadhan sudah ke penghujungnya.. Moga Allah beri kita lagi kesempatan untuk Ramadhan akan datang.. "Ya Allah! Ampunilah segala dosa kami. Berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan jauhkanlah kami dari azab nerakaMu."

Tanda hati kita mati ialah apabila diterangkan segala kelebihan Ramadhan, kita tidak berusaha untuk merebutnya. Na'uzubillah.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Moga raya kali merupakan kemenangan kita dalam mengharungi Ramadhan. Maaf atas segala keterlanjuran perkataan mahupun perbuatan. Sesungguhnya kita hanyalah manusia biasa yang tidak sempurna.

"Andai ada kekhilafan perkataan maupun tingkah laku,
Mohon hamba untuk memperaku
Agar tidak terkesan di hati
Mahupun berbekas di kalbu"

Salam Aidil Fitri 1434,
Yong Peng, Johor


2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...