Khamis, 29 Ogos 2013

Cerita raya kami ini tahun.. Bahagian 2


Sambung lagi...

Bila dah berkumpul ramai-ramai memang seronok.. maklum la setahun sekali berlaku.. tak tahu tahun depan dapat lagi atau tidak.. Aku tengok.. budak-budak lelaki sibuk dengan pelbagai gajet : ipad, psp, ps2.. siap bertukar-tukar ipad sebab nak try game yang ada... budak-budak perempuan pulak sibuk baca novel cinta.. aku pun terjebak membaca sebuah.. hahaha... CK jeling je.. anak-anak buah perempuan tanya.. "Kenapa Cik Noorul tak nak baca novel yang lain?"... belum sempat aku jawab CK dah tolong jawapkan.. "Umur macam Cik Noorul dah tak sesuai nak berangan macam dalam novel.. dah kena banyak baca taklim".. Hehehehehe... (memang betul pun. korang try baca taklim di rumah.. sama ada lepas maghrib atau lepas isyak untuk seisi rumah.. in shaa Allah banyak sangat manfaatnya.. lagipun itu adalah warisan peninggalan Rasulullah.. so.. jom kita hidupkan sunnah)

Aktiviti lain adalah mandi laut.. yeay! Setengah jam je dari rumah keluarga CK.. Ini adalah acara kemuncak gathering raya kali ini.. hahaha... 5 buah kereta yang kesemuanya penuh dengan penumpang.. aku nampak ibu bapa CK sangat gembira termasuk la kami.. Alhamdulillah.. dan bermula hari Khamis beransur-ansur satu demi satu keluarga kembali ke tempat asal masing-masing.. weol balik hari Khamis juga sebab CK nak khuruj 3 hari bermula Jumaat tu... dan kami pun kembali kepada rutin biasa...

Tamat..


Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...