Jumaat, 27 Mei 2011

Nabi mengajarkan doa (Bebas dari hutang)

Suatu ketika seorang sahabat sedang bersedih, lantas Rasulullah S.A.W bertemu dan bertanya kepadanya: "Wahai sahabat, mengapa kamu bersedih?"

Lantas sahabat tadi menjawab: "Ya Rasulullah, aku bersedih kerana beban kehidupan yang terlalu berat di atas bahuku."

"Apa dia?" tanya Rasulullah.

"Hutang yang membelenggu diriku dan kesedihan yang mengikat sanubariku."

Lantas Baginda S.A.W bertanya: "Apakah kau ingin aku ajarkan satu doa, satu amalan yang jika kau amalkan nescaya segala kesedihan, segala kedukaanmu akan diangkat oleh Allah S.W.T, akan dipulihkan, akan diganti dengan kegembiraan dan kebahagiaan?"

"Balaa ya Rasulullah. Sebutlah, apakah doa, apakah amalan itu ya Rasulullah?"

Lantas Baginda mengajarkan sepotong doa. "Wahai sahabatku, jika kamu amalkan doa ini setiap pagi dan setiap petang, InsyaAllah sebanyak manapun hutangmu, akan dilunaskan Allah S.W.T; setebal manapun kedukaanmu, akan dilenyapkan oleh Allah S.W.T."

Image result for doa bebas hutang

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada sifat sedih dan dukacita.

Aku berlindung kepadaMu ya Allah, dari sifat lemah dan malas,

Dan aku berlindung kepadaMu ya Allah, dari sifat penakut dan bakhil

Dan aku berlindung kepadaMu ya Allah, daripada beban hutang dan tekanan perasaan (oleh orang lain)."



1 ulasan:

Ziarah76 berkata...

dlm kitab muntakhab hadith ada doa tu.

tengah dok blaja amalkan ni...

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...