Singgah Jap

Sabtu, 28 Mei 2011

Mari Belajar Matematik

Anda berminat untuk belajar Matematik Perniagaan? Matematik ini digunapakai untuk kegunaan kita seharian seperti mengira pinjaman kenderaan, rumah, simpanan di bank, annuiti, kos pengangkutan, umpukan, kalkulus dan banyak lagi. Apa lagi.. marilah kita rujuk dan beli buku yang telah dikarang oleh 2 orang kawan aku bersama-sama aku dan diterbitkan oleh Oxford Fajar. Hehe..

Alhamdulillah.. setelah berhempas pulas lebih kurang setahun maka siap la sebuah buku yang bertajuk "Business Mathematics". Taraaaaaaaaaaa!!!!


Buku ini sangat sesuai untuk kegunaan mereka yang mengambil subjek ini di semua politeknik Malaysia. Subjek ini merupakan subjek teras bagi semua pelajar jurusan Perdagangan. Oleh itu pensyarah berkenaan bolehlah mengguna pakai untuk dijadikan rujukan dan teks dalam kelas.

InsyaAllah boleh didapati di semua kedai buku. Jom kita tambahkan lagi ianya di rak buku rujukan di rumah kita. Yok!

1 ulasan:

Anak Pendang Sekeluarga berkata...

Salam,apa khabar,menarik sungguh cerita di atas,tuan/puan pemilik blog,sya menjemput tuan/puan untuk memberikan cerita pengalaman tuan/puan di dalam isu penggunaan miswak or sugi ini.
Mungkin pembaca di luar sana,ada cerita yang menarik untuk di kongsi bersama,mana tahu,cerita tersebut merupakan kenangan manis kita ketika kita dalam proses untuk menghidupkan kembali sunnah junjungan besar kita di zaman yang kehidupannya serba mencabar ini.Pembaca yang budiman dan rakan-rakan sekalian,bolehlah berkongsi di sini,kenangan manis yang ada ketika mula mengamalkan sunnah bersugi @ miswak ini.

Related Posts with Thumbnails